omniture

SANY: Menunjukkan Komitmen Mereka kepada Kelestarian di Afrika

SANY Group
2023-07-27 16:17 114

BEIJING, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ketiga telahpun diadakan di Changsha mulai 29 Jun hingga 2 Julai, yang mana 53 negara Afrika, 12 organisasi antarabangsa dan lebih 1500 peserta pameran berhimpun, bagi memacu pembangunan kerjasama ekonomi dan perdagangan Sino-Afrika. SANY Group ("SANY") mempamerkan 14 produk utama, termasuk produk daripada kategori-kategori jentera konkrit, jalan raya dan pelabuhan di Ekspo itu.

The third China-Africa Economic and Trade Expo 1
The third China-Africa Economic and Trade Expo 1

Di Ekspo berkenaan, Xiang Wenbo, Pengerusi bergilir SANY, menyampaikan ucapan sebagai satu-satunya wakil perniagaan Cina. Beliau mengetengahkan sejarah persahabatan Sino-Afrika yang sudah lama terjalin dan corak ekonomi yang amat saling melengkapi antara kedua-dua wilayah, lalu membawa potensi kerjasama yang sangat besar.

Hubungan Sino-Afrika ketika ini berada pada tahap yang paling kukuh dalam sejarah memandangkan kerangka kerjasama yang menyeluruh dan pelbagai peringkat beransur-ansur terbentuk. Menurut Kementerian Perdagangan China, China kekal menjadi rakan dagangan terbesar Afrika selama 14 tahun berturut-turut. Pada tahun 2021, perdagangan Sino-Afrika mencapai paras tertinggi iaitu USD 254.289 bilion, meningkat 35.3% berbanding tahun sebelumnya. Kolaborasi infrastruktur antara kedua-dua pihak terus kukuh, dengan perusahaan-perusahaan Cina melabur dalam pembinaan beribu-ribu jambatan dan beratus-ratus pelabuhan di seluruh benua ini.

Dengan kerjasama China, Afrika memperluaskan rangkaian tulang belakangnya kepada 150,000 kilometer dan perkhidmatan rangkaiannya kepada hampir 700 juta pengguna, seterusnya mempercepatkan pengindustrian dan pemodenannya. Dari segi pembangunan sosial, China melatih lebih daripada 160,000 ahli profesional Afrika dalam pelbagai bidang dengan menjemput para pelajar Afrika untuk belajar di China. Selain itu, China turut berkongsi penyelesaian pertaniannya dengan Afrika, menggalakkan transformasi luar bandar mampan secara keseluruhan untuk negara-negara Afrika.

Dalam pada itu, potensi ekonomi Afrika yang sangat besar menawarkan pasaran yang luas untuk China. Pada tahun 2002, SANY mengeksport jentera peratanya ke Maghribi sebagai kumpulan pengeluar jentera pembinaan pertama menembusi pasaran Afrika. Sejak itu, produk Afrika telah meliputi lebih 50 negara dan wilayah di seluruh Afrika dan mengambil bahagian dalam banyak projek pembinaan utama, termasuk Projek Kuasa Angin Adama. Sejak kebelakangan ini, 102 turbin angin SANY menjadi sebahagian daripada landskap Etiopia, menghantar tenaga bersih secara berterusan ke Addis Ababa, ibu kota negara itu.

Industri kuasa angin memainkan peranan penting dalam menggalakkan transformasi tenaga dan menjamin sekuriti tenaga di bawah matlamat "dwi karbon" China. SANY menumpukan perhatian untuk menjadi peneraju global dalam menyediakan peralatan dan perkhidmatan tenaga bersih serta komited untuk membangunkan kerjasama yang lebih luas dan lebih mendalam bersama negara-negara Afrika demi mewujudkan sebuah masyarakat yang mesra alam dan lestari.

The third China-Africa Economic and Trade Expo 2
The third China-Africa Economic and Trade Expo 2

 

 

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Utilities Trade show news