omniture

Senheng App Mengguna Platform Teknologi Pemasaran Dikuasakan AI daripada Netcore untuk Membangunkan Pengalaman Peribadi Pelanggan

Netcore Cloud
2023-07-27 18:59 0

Senheng App bermatlamat untuk memanfaatkan rangkaian Unbxd Netcore bagi mengoptimumkan carian laman web, memperibadikan penyemakan imbas dan menyediakan cadangan produk yang disesuaikan, sekali gus meningkatkan pengalaman dan penglibatan pelanggan dengan ketara. 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Netcore Cloud, penyedia Teknologi Pemasaran global, bekerjasama dengan Senheng App, peruncit elektronik pengguna yang terkemuka di Malaysia untuk meningkatkan pengalaman runcit dengan menggunakan carian laman web, perdagangan dan penyelesaian pemperibadian berasaskan AI. Melalui kerjasama ini, Senheng App telah menyepadukan produk Unbxd Netcore untuk mendorong pengalaman aplikasinya ke peringkat seterusnya. Kerjasama ini akan membolehkan Senheng menyediakan carian laman web termaju, penyemakan imbas diperibadikan dan cadangan produk sasaran yang meningkatkan penglibatan pelanggan dan mempercepat transformasi digital mereka. Penyepaduan ini akan mengautomasikan proses carian, menyampaikan hasil yang disesuaikan dan berkaitan serta memperkemas perjalanan pelanggan dengan berkesan.

L to R Anand Lakshmanan, Netcore Cloud, Rossnan Cheong, Senheng App, Triton Dsouza, Netcore Cloud
L to R Anand Lakshmanan, Netcore Cloud, Rossnan Cheong, Senheng App, Triton Dsouza, Netcore Cloud

Dengan mengautomasikan proses carian dan menyampaikan hasil yang berkaitan, Senheng App akan meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan, memastikan pembeli mencari dengan tepat apa yang mereka perlukan dengan mudah. Malah Senheng App turut berhasrat untuk memanfaatkan keupayaan pemperibadian termaju daripada Unbxd bagi mewujudkan pengalaman pelanggan yang disesuaikan dan menarik.

"Netcore Cloud teruja untuk menyokong Senheng App dalam menyediakan pengalaman yang amat diperibadikan melalui penyelesaian dipacu AI," kata Triton Dsouza, Naib Presiden Kanan Netcore Cloud. "Dengan rangkaian Unbxd, kami memanfaatkan potensi AI untuk memberi pengalaman membeli-belah dalam talian yang lancar dan diperibadikan kepada para pelanggan Senheng yang memberi tumpuan kepada peruncitan. Dengan menggunakan teknologi termaju ini, kerjasama kami dengan ekosistem Senheng menerajui inovasi digital berfokuskan pelanggan dalam industri peruncitan."

"Apabila Senheng meluaskan jangkauannya melalui program ganjaran S-Coin kami, pemperibadian hiper merentasi berbilang vertikal kami telah menjadi perkara yang penting dalam rancangan kami untuk memperoleh kejayaan," kata Rossnan Cheong, Ketua Pegawai Eksekutif Senheng App. "Penyepaduan dengan produk Unbxd Netcore memberi kami laluan yang jelas untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang merangkumi pengesyoran kedai, cadangan kandungan dan carian. Kerjasama ini merupakan suatu langkah yang penting dalam perjalanan kami untuk menyampaikan pengalaman ganjaran yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Malaysia sebelum ini."

Kerjasama antara Senheng App dan Unbxd Netcore ini bersedia untuk memberi kesan yang besar terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) Senheng App. Kadar klikan, penukaran, purata nilai pesanan, pendapatan setiap sesi, trafik pengguna berulang dan penggunaan carian diunjurkan akan meningkat, malah kadar pengekalan akan turut meningkat sebanyak tiga kali ganda. Pada masa yang sama, kadar lantunan, keluar carian dan hasil sifar akan berkurangan, sekali gus memastikan pengalaman membeli-belah yang diperkemas dan memuaskan untuk para pelanggan Senheng.

Kerjasama Senheng App dengan Netcore Cloud menunjukkan komitmennya untuk melabur dalam teknologi terkini bagi meningkatkan kehadiran digitalnya dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara berterusan.

Tentang Senheng App: 

Senheng App ialah platform ganjaran untuk Senheng® ELECTRIC (KL) SDN. BHD. yang merupakan kedai elektronik pengguna yang terkemuka di Malaysia. Dengan lebih 19 kategori dan ratusan pedagang di pasaran ganjarannya serta perkhidmatan gaya hidup tambahan seperti tiket, tambah nilai mudah alih dan penstriman langsung yang semakin bertambah jumlahnya, Senheng App menyediakan pengalaman ganjaran yang tiada tandingan untuk rakyat Malaysia. Senheng App memberi pengalaman ganjaran terbaik yang mencipta nilai sebenar kepada ahli Senheng Plus One.

Tentang Netcore Cloud: 
https://netcorecloud.com/about-us/ 
Untuk maklumat lanjut: https://netcorecloud.com/

Hubungan Media:
Mekhala Maitra, Pengurus Perhubungan Awam
news@netcorecloud.com
 / mekhala.maitra@netcorecloud.com

Photo: https://mma.prnasia.com/media2/2163684/Netcore_Cloud.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2002062/Netcore_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Netcore Cloud
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Contracts Licensing/marketing agreements