-- Adyen memperkasa pengalaman pelanggan yang dioptimumkan untuk 1.2 juta transaksi bulanan OffGamers di seluruh dunia
SINGAPURA, 22 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Adyen, penyedia teknologi pembayaran global, hari ini mengumumkan ia telah dipilih oleh OffGamers, salah satu pengedar produk dan perkhidmatan permainan dalam talian yang menerajui di dunia, untuk mewujudkan penyelesaian pembayaran dalam talian yang lancar bagi komuniti pemain peringkat globalnya di seluruh Asia, Eropah, Amerika serta Timur Tengah.
Setelah ditubuhkan pada tahun 2004, OffGamers membolehkan para pemain untuk bermain lebih 2,500 permainan dalam talian, selain menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menjual permainan konsol dan permainan komputer peribadi boleh muat turun yang popular, kunci penyahsulitan perisian dan juga mata permainan untuk konsol, MMORPG serta permainan sosial. Ia turut membolehkan para pemain untuk 'tambah nilai' atau mengisi semula kad permainan mereka bagi membeli mata wang permainan atau mata permainan, ataupun menggunakan Perkhidmatan Ukuran Aras Kuasa OffGamers, urus niaga aset dan juga urus niaga akaun peringkat tinggi. Hasil gabungan ini, OffGamers dapat memudahkan lebih 1.2 juta transaksi berkaitan permainan setiap bulan.
OffGamers telah memilih Adyen sebagai rakan kongsi pembayaran baharunya berdasarkan faktor capaian geografinya yang luas, termasuk kebolehannya untuk menyediakan capaian kepada lebih 250 kaedah pembayaran tempatan pilihan serta 187 mata wang. Syarikat tersebut juga memperoleh analisis pembayaran ruang peralatan Adyen yang canggih, pengurusan risiko lanjutan serta beberapa ciri pengurusan pembayaran hebat yang meningkatkan penukaran pembayaran, di samping mengoptimumkan proses serta mengurangkan kos. Antara muka ruang peralatan Adyen turut menyediakan pandangan menyeluruh untuk OffGamers tentang operasi pembayaran global – mengikut negara, kaedah pembayaran, produk/perkhidmatan atau kriteria lain – serta pandangan hebat terhadap caj balik, transaksi yang ditolak dan banyak lagi data, isu dan juga arah aliran yang berkaitan dengan pembayaran.
"Salah satu nilai teras kami adalah untuk memastikan pengalaman terbaik untuk para pemain kami dari serata dunia, sama ada mereka bermain permainan dalam talian terbaik ataupun membayar untuk menikmati salah satu perkhidmatan permainan kami. Kami mahu memudahkan proses pembayaran di samping memastikan tahap keselamatan tertinggi adalah terjamin," ujar Leonard Chee, Ketua Pegawai Eksekutif OffGamers. "Kebolehan Adyen untuk menyediakan penyelesaian pembayaran global yang lancar menjadikannya rakan kongsi terbaik bagi memperluas platform kami ke dalam pasaran dan saluran baharu."
"Kami amat teruja dapat membolehkan syarikat yang berkembang pantas seperti OffGamers untuk memperluas operasi antarabangsanya dan turut membolehkan mereka untuk menawarkan pengalaman pengguna yang dioptimumkan," kata Roelant Prins, Ketua Pegawai Komersil Adyen. "Penyelesaian pembayaran global kami yang mantap dan berskala akan membantu OffGamers untuk memperluas kehadiran antarabangsanya yang telah pun mantap, lalu membolehkan mereka untuk menarik pemain baharu, penerbit serta pembangun permainan dari serata dunia."
Latar Belakang OffGamers
Beribu pejabat di Singapura, OffGamers telah ditubuhkan pada tahun 2004 untuk meraih keuntungan daripada permintaan tinggi bagi permainan dalam talian dan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan di serata dunia. Bermula dengan menjual barangan maya melalui eBay pada tahun 2001, OffGamers telah menjadi salah satu penyedia perkhidmatan permainan terkemuka, yang menyokong lebih 2,500 permainan serta memudahkan lebih 1.2 juta transaksi sebulan untuk lebih 1 juta pengguna di seluruh dunia. Syarikat ini mempunyai beberapa pejabat di Malaysia, China, Hong Kong, Great Britain serta Amerika Syarikat.
Latar Belakang Adyen
Adyen merupakan penyedia global untuk penyelesaian pembayaran antarabangsa dan semua saluran. Adyen beroleh lesen penuh untuk skim Visa, MasterCard, American Express, Diners, Discover serta Union Pay yang membolehkan platformnya untuk memproses pembayaran daripada apa jua saluran jualan termasuk dalam talian, mudah alih, dan juga titik jualan (POS). Platform ini adalah sangat berskala dan boleh disesuaikan sepenuhnya bagi memenuhi segala kehendak pembeli. Adyen memproses lebih 250 kaedah pembayaran tempatan dan 187 mata wang transaksi yang digunakan di enam benua, lalu menjadikannya rakan kongsi ideal untuk perluasan antarabangsa. Sejumlah besar pelanggan berprofil tinggi menggunakan Adyen termasuk Groupon, Indiegogo, Wix, TomTom, Graze, Farfetch, Badoo, SoundCloud, Mango, KLM, CityJet, i-Parcel dan juga Vodafone. Adyen mempunyai ibu pejabat di Amsterdam dengan rangkaian pejabat di London, Paris, Berlin, Stockholm, San Francisco, Boston, Sao Paulo, serta Singapura. Syarikat ini juga telah memproses transaksi pembayaran berjumlah lebih USD 14 bilion pada tahun 2013.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.adyen.com dan ikuti Adyen melalui Twitter di @AdyenPayments (http://twitter.com/AdyenPayments) dan LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/adyen.
Bagi sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Delphine Bos
Adyen
Delphine.Bos@adyen.com
Telefon: +31.20.240.1212