omniture

Rangkaian Produk Pemakanan Baharu Diperkenalkan di Acara Asia Pasifik Herbalife

Herbalife Asia Pacific
2014-05-23 12:21 97

Lebih 21,000 Pengedar Bebas Herbalife telah menyaksikan pelancaran rangkaian baharu produk penjagaan kulit serta penjenamaan dan aktiviti gaya hidup aktif sihat Herbalife

SINGAPURA, 23 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Herbalife, syarikat pemakanan global yang menerajui bidangnya, telah mengadakan acara Ekstravaganza Asia Pasifik 2014 mereka di Ekspo Singapura mulai 16 hingga 18 Mei. Acara selama tiga hari itu yang dihadiri lebih 21,000 ahli Herbalife ialah acara tahunan yang diadakan oleh syarikat itu untuk mengemas kini pengetahuan ahli Herbalife di Asia Pasifik dan turut melatih mereka tentang produk pemakanan terkini dan inisiatif pembinaan perniagaan oleh ketua Herbalife dan pakar pemakanan.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140519/8521402834 )

Pada tahun ini, beberapa eksekutif kanan Herbalife yang telah menyertai acara Ekstravaganza Asia Pasifik ini termasuklah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife Michael O. Johnson serta Presiden Des Walsh.

Semasa acara itu, Herbalife telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit pemakanan luaran terkini mereka, Herbalife SKIN. Rangkaian baharu itu, yang terdiri daripada 10 produk, boleh didapati dalam pasaran terpilih merentasi Asia Pasifik mulai pertengahan bulan Jun 2014 serta akan dikeluarkan secara besar-besaran dan berperingkat dalam pasaran Asia Pasifik yang lain menjelang tahun 2015.

Tambahan lagi, para peserta acara Ekstravaganza itu juga telah dihidangkan pratonton jenama baharu Herbalife yang berorientasikan kecergasan, Herbalife24, yang akan melanjutkan lagi rangkaian produk pemakanan syarikat itu sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menggalakkan gaya hidup aktif sihat dalam kalangan penggunanya.

Sejajar dengan usaha Herbalife untuk menggalakkan gaya hidup aktif sihat dalam kalangan pengedar bebasnya serta penggunanya, ia telah menganjurkan beberapa aktiviti kecergasan dan saat bertenaga sepanjang acara tiga hari itu yang diketuai oleh Samantha Clayton, Pengarah Pendidikan Kecergasan Sedunia Herbalife.

William M. Rahn, naib presiden kanan dan pengarah urusan, Herbalife Asia Pasifik, berkata, "Herbalife ialah syarikat pemakanan global yang telah beroperasi selama lebih 30 tahun di seluruh dunia. Selain memperkenalkan produk baharu, acara Ekstravaganza juga merupakan platform untuk kami melatih dan turut mengingatkan ahli Herbalife kami untuk memperjuangkan etika tertinggi serta standard kualiti terbaik, selain memastikan mereka beroperasi dengan pematuhan sepenuhnya dengan undang-undang dan peraturan yang tertakluk."

"Penekanan ke atas amalan perniagaan beretika ini adalah penting untuk kejayaan masa hadapan kami di Asia Pasifik. Dengan peningkatan taraf hidup pengguna Asia dan penekanan yang lebih tinggi ke atas gaya hidup aktif sihat, mereka juga semakin mementingkan kualiti produk dan reputasi syarikat yang berurus niaga dengan mereka. Kami percaya Herbalife – dengan rangkaian menyeluruh produk yang dipercayai berdasarkan sains pemakanan – berada dalam kedudukan yang sesuai untuk memenuhi jangkaan semua pengguna ini. Dengan penambahan akan datang Herbalife SKIN dan Herbalife24 kepada rangkaian produk semasa kami, kami yakin yang kami akan menjadi syarikat pemakanan pilihan pengguna di Asia Pasifik."

***

Latar belakang Herbalife

Herbalife Ltd. (NYSE: HLF) ialah syarikat pemakanan global yang menjual produk pengurusan berat badan, pemakanan serta penjagaan peribadi yang bertujuan untuk menyokong gaya hidup yang sihat. Produk Herbalife® dijual di lebih 90 negara kepada dan melalui rangkaian pengedar bebas. Syarikat itu menyokong Yayasan Keluarga Herbalife dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawakan pemakanan yang bagus kepada kanak-kanak. Laman web Herbalife mengandungi maklumat kewangan serta maklumat lain di www.herbalife.com.

- Tamat -

Maklumat perhubungan media:


Herbalife Asia Pasifik

Daliea Mohamad-Liauw

Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik

Dail Masuk Langsung (DID): +852 3589 2643

E-mel: dalieal@herbalife.com

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Trade show news