omniture

Pusat Data BDx yang Disokong I Squared Capital Melantik Manish Prakash sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Perniagaan

BDx Data Centers
2023-08-02 10:00 0

Peneraju Industri Teknologi yang Berpengalaman ini akan Memacu Pendapatan, Peluasan Pasaran dan Pertumbuhan Digital BDx Di Seluruh Asia

SINGAPURA, 2 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- BDx Data Centers, sebuah syarikat portfolio bagi firma ekuiti persendirian AS, I Squared Capital, sedang mengembangkan strategi pertumbuhan perniagaannya dengan pelantikan Manish Prakash sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Perniagaan. Manish membawa lebih 25 tahun pengalaman kepemimpinan eksekutif dalam pemulihan, membina organisasi dan transformasi digital yang lestari merentasi firma telekomunikasi dan teknologi global terkemuka. Di BDx, Manish akan bertanggungjawab ke atas strategi perniagaan dan pertumbuhan serta akan menerajui semua fungsi Komersial, Pemasaran dan Saluran merentasi pelbagai pasaran syarikat di seluruh dunia.

 

Manish Prakash, President and Chief Business Officer, BDx
Manish Prakash, President and Chief Business Officer, BDx

Dalam jawaatan terbaru beliau, Manish berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Asia-Pasifik untuk Industri Terkawal Microsoft - Tenaga, Infrastruktur Kritikal, Penjagaan Kesihatan, Pendidikan dan Sektor Awam. Sebelum berkhidmat di Microsoft, Manish berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Bahagian untuk Telenor Global Enterprise dan mengetuai perniagaan Perusahaan B2B di seluruh negara Nordik dan Asia. Manish juga telah berkhidmat sebagai Presiden untuk Airtel Business/Enterprise dan memegang jawatan kepemimpinan kanan di Accenture, SK Group dan Tech Mahindra. Memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari INSEAD, beliau kini menjadi ahli lembaga penasihat Asian Development Bank (ADB) dan Ecosystm.

"Manish membawa pelbagai pengalaman dalam industri, kepakaran perniagaan yang tinggi dan pemikiran yang strategik yang akan membolehkan BDx terus berkembang ke pasaran baharu serta memenuhi keperluan perusahaan dan syarikat gergasi yang semakin meningkat," kata Mayank Srivastava, Ketua Pegawai Eksekutif BDx Data Centers. "Beliau ialah pemimpin kanan yang luar biasa yang akan membawa perniagaan kami ke tahap yang lebih tinggi dan akan memberi inspirasi kepada pasukan kami yang semakin berkembang merentasi pelbagai bahagian untuk terus memacu inovasi dengan melihat ke arah masa hadapan. Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Manish dan kepemimpinan yang dilantik baru-baru ini ke pasukan BDx."

"Saya sangat teruja untuk menyertai BDx. AI Generatif telah melancarkan ekonomi data yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang akan menambah trilion dolar nilai ekonomi sepanjang dekad akan datang," kata Manish. "Dengan kejuruteraan pusat data terkini, inovasi dan kredibiliti yang dibina selama bertahun-tahun, diperkukuh oleh kepercayaan pelanggan dan rakan kongsi kami, BDx berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil kedudukan peneraju dalam pasaran utamanya. Saya berharap untuk memimpin fasa seterusnya bagi strategi pertumbuhan kami serta mencipta nilai jangka panjang untuk firma kami dan pihak berkepentingan."

Selain itu, BDx telah membuat pelantikan penting dalam kepemimpinannya dengan melantik Rajiv Sareen baru-baru ini sebagai Naib Presiden Operasi Perniagaan dan Kewangan Korporat, Prasheel Pardhe sebagai Naib Presiden bagi Ketua Global Sumber Manusia dan Pentadbiran, serta Pravin Mahajan sebagai Naib Presiden bagi Ketua Pemasaran Global.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BDx dan tawaran pusat data yang canggih serta lokasinya, sila layari www.bdxworld.com. 

 Tentang BDx Data Centers

BDx Data Centers ialah penyedia penyelesaian kolokasi, bina mengikut kesesuaian, perkhidmatan terurus dan kesalinghubungan terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada perusahaan dan syarikat gergasi di pasaran yang berkembang pesat di Asia. Dipimpin oleh sebuah pasukan yang diiktiraf di peringkat global, BDx Data Centers mengendalikan kemudahan yang sangat moden di seluruh rantau agar pelanggan dapat mempercepatkan inisiatif pendigitalan mereka. BDx Data Centers lebih daripada sekadar menyediakan ruang dan kuasa yang sangat cekap, di mana ia turut menyampaikan perkhidmatan termaju yang dibuat khusus dan direka bentuk dengan sumber yang boleh diperbaharui. BDx Data Centers sedang melabur secara aktif dalam kedua-dua pasaran maju dan baru muncul untuk membawa penyelesaian yang selamat, boleh diskala dan lestari untuk menggerakkan pendigitalan Asia yang semakin berkembang.

Tentang I Squared Capital 

I Squared Capital ialah pengurus infrastruktur global bebas dengan aset di bawah pengurusan bernilai lebih $37 bilion yang tertumpu pada pelaburan di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Beribu pejabat di Miami, firma ini mempunyai lebih 215 ahli profesional di seluruh pejabatnya di Miami, Hong Kong, London, New Delhi, Singapura, Taipei dan Sydney. I Squared Capital telah melabur dalam portfolio yang pelbagai yang terdiri daripada 77 buah syarikat di 59 buah negara dengan lebih 31,000 pekerja merentas sektor utiliti, tenaga, infrastruktur digital, pengangkutan, infrastruktur alam sekitar dan infrastruktur sosial yang menyediakan perkhidmatan penting kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Sila layari bdxworld.com atau ikuti di LinkedIn atau YouTube.

Hubungan Media:
Tara Karolski, bagi pihak BDx Data Centers
Jaymie Scotto & Associates (JSA)
jsa_bdx@jsa.net

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2166224/BDx_Manish_Prakash.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2166223/BDx_Data_Centers_Logo.jpg?p=medium600

Source: BDx Data Centers
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Personnel announcements