ABU DHABI, UAE, 2 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Ibu negara UAE yang merupakan salah sebuah bandar yang paling selamat di dunia, sekali lagi menganjurkan acara terbesar seumpamanya dengan menghimpunkan organisasi rasmi terkemuka dalam pemeliharaan warisan budaya dan sumber semula jadi serta syarikat-syarikat besar, pengilang, pengedar, penyedia perkhidmatan, agensi pelancongan dan profesional pemburuan daripada 50 buah negara.
Penggemar pemburuan, pengembaraan dan alam semula jadi sedang menunggu pelancaran edisi ke-20 ADIHEX yang akan berlangsung bermula daripada 2 hingga 8 September untuk meneroka dan menimba pengalaman yang akan dipersembahkan oleh ratusan peserta pameran tempatan dan antarabangsa daripada inovasi dan produk terkini yang ditawarkan oleh jenama antarabangsa yang sangat terkenal.
ADIHEX merupakan satu peluang yang unik untuk para pelawat daripada kumpulan umur yang berbeza memperoleh alatan dan inovasi terkini dalam dunia falkonri, seni & kraftangan, senapang memburu & menembak, ekuestrian, lawatan safari & perkhemahan serta sukan luar pada harga yang berpatutan dengan penyertaan oleh kira-kira 900 pempamer dan jenama.
Lebih 100 ciri menarik menanti para pengunjung ADIHEX untuk mengalami detik-detik istimewa dengan menonton pertunjukan burung helang, anjing, kuda dan unta secara langsung dan jarang ditemui serta persembahan muzik dan seni secara langsung di salah sebuah dewan yang paling menarik untuk orang ramai, "The Arena".
ADIHEX, acara terbesar di Timur Tengah dan Afrika, memainkan peranan utama dalam menarik para pengunjung khususnya dari wilayah GCC. Sejak tahun 2003, acara tersebut telah menerima kedatangan kira-kira dua juta orang pelawat, termasuk 150,000 orang yang terdiri daripada 125 kewarganegaraan pada (ADIHEX2022).
Banyak aktiviti, pertandingan inovatif serta pertunjukan sukan dan warisan secara langsung menanti semua pengunjung, menyampaikan aktiviti pendidikan secara hiburan untuk keluarga yang meningkatkan kedudukan Pameran ini sebagai sebuah tarikan popular yang sesuai untuk semua anggota masyarakat.
ADIHEX ialah suatu peluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya UAE dan warisannya yang asli melalui pelbagai aktiviti yang menggalakkan orang ramai mengamalkan sukan yang tulen dan mesra alam sekitar dengan cara yang lestari.
Lelongan burung helang, unta, pisau memburu dan seni adalah antara ciri yang paling menarik untuk orang ramai. ADIHEX juga menawarkan pengalaman simulasi secara langsung yang unik untuk para peminat sukan memanah dalam persekitaran selamat yang ideal serta pertunjukan sukan memanah kuda secara langsung.
Selain persembahan Saluki dan anjing polis secara langsung, pertunjukan warisan dan sukan yang menarik, aktiviti pendidikan serta pertandingan kreatif, seni, kebudayaan dan saintifik turut dipersembahkan. Bagi generasi muda, aktiviti luar adalah antara cara terbaik untuk menjauhi teknologi dan berhubung semula dengan alam semula jadi.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2167005/adihexphotofor2023press.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2167004/Adihex_Logo.jpg?p=medium600