omniture

Milestone Systems Mengeluarkan XProtect(R) 2014

Milestone Systems
2014-05-23 18:29 289

COPENHAGEN, Denmark, 23 Mei 2014 /PRNewswire/ --

Kemampuan baharu dalam perisian pengurusan video Milestone membolehkan generasi seterusnya untuk penyepaduan, saling kendali kawalan akses serta pengalaman pengguna teroptimum.

Milestone Systems, syarikat platform terbuka dalam perisian pengurusan video (VMS) IP, mengumumkan pengeluaran set produk VMS Milestone XProtect 2014 untuk rakan kongsi dan pelanggan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134 )

Set produk XProtect 2014 memberi perhatian terhadap keseluruhan pasaran keselamatan tanpa mengira saiz, kesulitan ataupun lokasi pemasangannya. Para pelanggan XProtect Milestone juga dioptimumkan dan dikemas kini bagi memanfaatkan kemampuan XProtect 2014 baharu ini.

Rangkaian penuh perisian XProtect 2014 Milestone akan dipamerkan semasa pembentangan langsung di tapak pameran Milestone E800 semasa persidangan IFSEC Antarabangsa 2014 di London pada 17 hingga 19 Jun.

XProtect 2014 memperkenalkan beberapa kelebihan* baharu untuk para pelanggan Milestone serta ekosistem rakan kongsi Milestone.

Kemampuan penyepaduan pintar baharu 

Produk tambahan Milestone, XProtect® Access Control Module 2014, memungkinkan untuk menyepadukan sistem kawalan capaian berbeza dalam pemasangan pelanggan yang sama. XProtect® Smart Client pula menyediakan antara muka yang disatukan untuk sistem kawalan capaian bersepadu beroperasi dengan fungsi yang dikhususkan untuk memantau kejadian capaian secara berkesan, membantu laluan secara manual dan turut menjalankan penyiasatan pemegang kad ataupun titik capaian tertentu.

Pengendalian video pintar dengan metadata

Milestone memperkenalkan kerangka kerja yang mematuhi ONVIF (Forum Antara Muka Video Rangkaian Terbuka) bagi mengendalikan dan turut menyimpan metadata yang berkaitan dengan video bagi rangkaian produk VMS canggih XProtect mereka yang termasuklah XProtect® Corporate 2014 dan XProtect® Expert 2014. Metadata ialah apa jua data yang menambahkan lapisan maklumat kepada aliran video dan audio. Kerangka kerja metadata membolehkan kemungkinan baharu untuk penyepaduan peringkat tinggi: penyepadu boleh menggunakan metadata untuk berhubung dengan semua jenis sistem IT serta Rakan Kongsi Perikatan Pengeluar Milestone boleh menggunakan penyepaduan metadata ini untuk menyokong kamera dengan analisis terbina dalam.

Aliran kerja pengendalian bukti yang lebih cekap

Pengendalian video dalam XProtect 2014 diperhebat dengan ciri baharu bagi melancarkan pengalaman pengguna:

  • Fungsi Pencarian Pintar menggunakan metadata pergerakan yang dijana sewaktu analisis pengesanan pergerakan dalam pelayan rakaman. Dengan mencari metadata yang dijana ini, aturan dengan pergerakan dalam ruang tertentu pemandangan kamera boleh dijumpai dengan cepat dan tepat, lalu mengurangkan masa yang diperlukan untuk mengendalikan penyiasatan.
  • Kunci Bukti ialah fungsi baharu dalam VMS XProtect 2014 yang menjamin ketersediaan rakaman video untuk penyiasatan dengan membenarkan masa tahanan bagi aturan video terpilih untuk dipanjangkan melangkaui polisi pengekalan yang ditentukan.
  • Fungsi papan cerita menukarkan video menjadi bukti dengan mendokumentasikan aturan kejadian. Memadankan bersama aturan video daripada berbilang kamera menjadi aliran berstruktur membuatkan penjejakan objek menjadi mudah bagi semakan yang logik, objektif serta jelas dan mudah.

Keselamatan sistem lanjutan

Ciri keselamatan baharu dalam XProtect ialah hak pentadbiran berperingkat yang dengannya kakitangan pentadbiran boleh dibenarkan capaian kepada fungsi berdasarkan tahap jawatan. Dwi-pengesahan menyediakan pilihan untuk peringkat keselamatan sistem tambahan, agar sesuatu log masuk atau capaian hanya akan berjaya apabila pengguna kedua membenarkannya.

Ciri yang memudahkan penggunaan bagi rakan kongsi dan pengguna akhir

Ciri bagi memudahkan penggunaan yang baharu dalam VMS XProtect 2014 mengutamakan rakan kongsi dan pengguna akhir Milestone bagi memastikan pengalaman yang ringkas dan dioptimumkan apabila menggunakan penyelesaian Milestone. Misalnya, proses penaikan taraf produk ditingkatkan bagi mengurangkan masa yang dihabiskan untuk menyelenggara sistem itu.

Pengguna akhir akan menikmati faedah daripada fungsi peta interaktif baharu dalam XProtect® Essential dan XProtect® Express yang menyediakan gambaran keseluruhan grafik untuk keseluruhan pemasangan itu. Petua alat dan kemungkinan pengoptimuman disertakan kepada XProtect Smart Client bagi mengurangkan keperluan untuk latihan pengguna akhir.

Tolak Video dengan metadata GPS dalam Milestone Mobile membenarkan pekerja kecemasan dan kakitangan keselamatan untuk menggunakan telefon pintar sebagai kamera mudah alih untuk liputan video bagi insiden yang tidak dapat dilihat oleh kamera pegun. Koordinat GPSnya serta aliran video itu kemudiannya akan ditolak daripada telefon pintar itu kepada sistem VMS XProtect.

Satu lagi ciri penting ialah Papan Pemuka Pelanggan Milestone, perkhidmatan pemantauan sistem dalam talian yang membolehkan penjual Milestone mendapatkan status sistem masa sebenar untuk pemasangan pelanggan mereka. Ini membenarkan pemberitahuan dan perkhidmatan proaktif bagi menambah baik pengalaman pelanggan.

Janne Jacobsen, Naib Presiden Unit Perniagaan Produk Profesional di Milestone Systems berkata: "Kemas kini 2014 set VMS XProtect Milestone mencerminkan dedikasi kami untuk menyediakan penyelesaian yang dioptimumkan bagi segmen pasaran serta keperluan pelanggan berbeza. Bagi pemasangan bersaiz kecil hingga sederhana, edisi 2014 set produk VMS XProtect Professional bertumpu pada usaha memudahkan setiap langkah dalam pemasangan serta penggunaan produk kami. Matlamatnya adalah untuk menyediakan penyelesaian yang memenuhi permintaan pelanggan kami untuk penyelesaian video yang mudah digunakan dan juga berkesan daripada segi kos untuk dipasang dan dimajukan."

Bjorn Eilertsen, Naib Presiden Unit Perniagaan Produk Korporat di Milestone Systems berkata: "Saya sangat teruja dengan pengeluaran tahun 2014 ini dan segala kemungkinan yang dijanjikannya kepada para pelanggan serta rakan kongsi kami. Jika anda melihat peningkatan besar yang telah kami lakukan kepada aliran kerja pengendalian bukti, anda akan mendapati fungsi Pencarian Pintar baharu, digabungkan pula dengan fungsi Kunci Bukti serta kemampuan papan cerita yang baharu itu, akan memendekkan masa dengan begitu ketara bagi menghasilkan bahan bukti. Selain itu, terdapat kemampuan keselamatan baharu yang akan membuatkan produk VMS canggih kami lebih menarik untuk pemasangan besar dan pemasangan dengan tahap keselamatan tinggi. Ini hanya separuh sahaja daripada keseluruhan ceritanya! Kami juga telah membawakan platform terbuka itu ke peringkat yang baharu sepenuhnya, memperkenalkan sokongan yang mematuhi ONVIF untuk metadata serta kerangka kerja bagi menyepadukan sistem kawalan capaian dengan XProtect Access Control Module baharu kami. Kedua-dua inisiatif ini memperkasa ekosistem rakan kongsi kami bagi membangunkan penyelesaian baharu dan turut memenuhi keperluan pelanggan kami."

Set produk Milestone XProtect 2014 boleh didapati sekarang melalui rangkaian rakan kongsi Milestone.

Muat turun gambar:

Janne Jacobsen dan Bjorn Eilertsen.
Grafik gambaran keseluruhan XProtect 2014 dan logo Milestone 

YouTube: Video pelancaran XProtect 2014

*Sila ambil perhatian semua ciri mungkin terhad kepada versi XProtect tertentu dan bukan semua peranti mungkin disokong dengan semua ciri. Sila lihat http://www.milestonesys.com untuk butiran penuh

Latar belakang Milestone Systems

Setelah ditubuhkan pada tahun 1998, Milestone Systems ialah peneraju industri global bagi perisian pengurusan video IP platform terbuka, menurut IHS Inc. (dahulunya dikenali IMS Research). Teknologi Milestone menawarkan pengawasan berkuasa tinggi yang mudah diuruskan, andal serta terbukti dalam ribuan pemasangan pelanggan seluruh dunia. Dengan sokongan bagi kepelbagaian pilihan paling tinggi dalam perkakasan rangkaian dan penyepaduan dengan sistem lain, Milestone menyediakan penyelesaian terbaik dalam kategorinya kepada organisasi dibolehkan video - menguruskan risiko, melindungi orang dan aset, mengoptimumkan proses dan turut mengurangkan kos. Perisian Milestone dijual melalui rakan kongsi sah dan rakan kongsi berdaftar. Bagi maklumat lanjut, lawati: http://www.milestonesys.com

Sumber: Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services