omniture

AVEVA Engineering Tingkatkan Kawalan terhadap Projek Global Kompleks

AVEVA Engineering
2014-05-23 21:37 142

CAMBRIDGE, England, 23 Mei 2014 /PRNewswire/ --

Kebolehan terbaharu membolehkan jurutera menguruskan proses kejuruteraan dan reka bentuk yang sentiasa berulang dan kian berkembang dengan lebih cekap

Pelancaran terkini AVEVA Engineering menambahkan ciri produktiviti baharu serta penting yang dapat meningkatkan kawalan maklumat kejuruteraan bagi seluruh projek yang amat kompleks. Kontraktor kejuruteraan (EPC) mungkin menghadapi pelbagai cabaran yang serius didalam mengawal dan menyampaikan perubahan maklumat kejuruteraan serta reka bentuk  ketika ia terus berkembang. Pengurusan yang lemah terhadap proses yang sangat interaktif dan berbilang disiplin ini meningkatkan risiko dan kos projek serta dapat melewatkan jadual penghantaran dan turut mengurangkan kualiti. AVEVA Engineering 14.1 dapat mengatasi masalah ini.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120619/538079)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140522/687061)

Berdasarkan kepada maklum balas pelanggan, AVEVA telah menambahkan kebolehan baharu kepada AVEVA Engineering yang membolehkan pelbagai bidang kejuruteraan, di lokasi yang berlainan untuk bekerjasama dengan lebih berkesan dalam aliran kerja yang sama bagi menghasilkan reka bentuk lebih berkualiti tinggi  tanpa melibatkan banyak usaha yang tidak sia-sia. Dengan lebih kepintaran dan automasi tambahan, AVEVA Engineering membolehkan kawalan semakan dilakukan pada peringkat objek bertanda individu dan juga untuk setiap bidang menyampaikan maklumat kepada seluruh anggota pasukan projek tersebut hanya apabila ia telah benar-benar bersedia untuk digunakan oleh individu lain.

"Salah satu daripada masalah utama yang dihadapi pelanggan kami ialah kesukaran bagi mendapatkan kerjasama yang selari yang cekap antara bidang berbeza untuk projek kejuruteraan yang kompleks," ujar Bruce Douglas, Naib Presiden Kanan, Strategi & Pemasaran Produk EDS, AVEVA. "AVEVA Engineering dapat menyokong kerja kolaboratif sebenar dengan membolehkan setiap bidang untuk bekerja  mengikut kemampuan masing-masing dan pada masa yang sama mampu melihat sebarang perubahan relevan yang dilakukan oleh individu lain serta mampu bertindak balas terhadap perubahan tersebut dengan cara yang cekap dan mengutamakan. Kini, pelanggan kami mampu mengawal projek kejuruteraan mereka dengan lebih cekap, mengurangkan masa dan usaha yang sia-sia serta meningkatkan kualiti projek."

Bagi maklumat lanjut dan bagi memuat turun kertas kerja perniagaan yang berkaitan "Object Lessons" sila layari http://www.aveva.com/aveva_engineering.

Latar Belakang AVEVA Engineering 

AVEVA Engineering merupakan aplikasi perisian berbilang disiplin yang membolehkan pasukan kejuruteraan untuk bekerja bersama-sama dalam projek loji ataupun projek marin. AVEVA Engineering juga telah disepadukan sepenuhnya ke dalam penyelesaian Kejuruteraan & Reka Bentuk Bersepadu AVEVA. Pendekatan ini meningkatkan kecekapan projek serta mengurangkan kos kejuruteraan dan kos reka bentuk dengan menyediakan produk pelengkap yang meliputi proses biasa, bidang serta serahan menerusi model maklumat yang diuruskan secara tunggal. Bagi mendapatkan maklumat lanjut layari http://www.aveva.com/plant

Latar Belakang AVEVA

AVEVA merupakan peneraju penyelesaian pengurusan reka bentuk dan maklumat kejuruteraan untuk industri loji, kuasa serta marin. Selama lebih 45 tahun syarikat ini telah menyediakan penyelesaian perisian yang penting untuk perniagaan kepada pemilik pengusaha, kontraktor kejuruteraan dan juga pembina kapal di serata dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.aveva.com/ednotes.

Hak Cipta 2014 AVEVA Solutions Limited. Semua hak terpelihara. AVEVA Solutions Limited dimiliki oleh AVEVA Group plc. AVEVA, logo AVEVA serta nama produk AVEVA ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar untuk AVEVA Group plc atau syarikat subsidiarinya di United Kingdom dan negara lain. Jenama dan juga nama produk lain ialah tanda niaga syarikat masing-masing.

Ikuti AVEVA menerusi Twitter @avevagroup
Tonton AVEVA menerusi YouTube http://www.youtube.com/avevagroup
Bagi mengetahui kisah pelanggan, baca AVEVA World Magazine di http://www.aveva.com/Media-Centre/AWM

SUMBER  AVEVA Engineering

Source: AVEVA Engineering
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services