omniture

Tongwei Group Membuat Kemunculan Sulungnya dalam Senarai Fortune Global 500

Tongwei Group
2023-08-07 09:02 85

CHENGDU, China, 7 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada 2 Ogos, senarai Fortune Global 500 2023 telahpun dikeluarkan secara rasmi. Tongwei Group membuat kemunculan sulungnya dalam senarai itu dengan hasil sebanyak CNY 2148.82 bilion dan menduduki kedudukan ke-476, menjadi syarikat fotovolta pertama di dunia yang memasuki senarai Fortune Global 500. Dalam masa yang sama, Tongwei Group menduduki kedudukan ke-34 dalam senarai Pulangan Ekuiti (ROE) dengan kadar pulangan aset bersih mencapai 42.9%, lalu menjadikannya sebagai satu-satunya syarikat tanah besar Cina antara 50 syarikat teratas dengan ROE tertinggi. Kemasukan Tongwei Group dalam senarai Fortune Global 500 menandakan kemasukan rasminya ke dalam "kelab" perusahaan gergasi global dan menunjukkan komitmen yang teguh kepada pengantarabangsaan yang komprehensif.

Tongwei Group Made its Debut on Fortune Global 500 List
Tongwei Group Made its Debut on Fortune Global 500 List

Sejak 41 tahun yang lalu, Tongwei Group mencapai pembangunan yang mantap. Sebagai peneraju global bagi polisilikon dengan ketulenan tinggi dan sel solar, ketika ini Tongwei Group memegang bahagian pasaran global yang terbesar bagi pengeluaran dan penjualan polisilikon berketulenan tinggi. Penghantaran sel solarnya kekal di kedudukan teratas di peringkat global selama enam tahun berturut-turut. Pada tahun 2022, Tongwei berkembang ke sektor Modul dan penghantaran Modulnya telah memasuki senarai sepuluh teratas di peringkat global. Produk fotovoltanya dieksport ke lebih daripada 40 negara dan wilayah di seluruh dunia. Tongwei turut mempelopori model pembangunan "Integrasi Perikanan & PV" ("Fishery & PV Integration"), dengan 52 pangkalan "Integrasi Perikanan-PV" diwujudkan, lalu mencapai kapasiti grid-terhubung kumulatif 3.4 GW. Kuasa fotovolta yang berkualiti tinggi dan bersih telah memberi manfaat kepada banyak isi rumah.

Bermula daripada penubuhannya di China hinggalah pengembangan globalnya, daripada memperdalam pembuatan Cina hingga menerajui inovasi Cina, Tongwei Group, sebagai sebuah syarikat Fortune Global 500, akan merebut peluang, menggunakan setiap inovasi teknologi dan produk berkualiti untuk menyumbang kepada respons global terhadap perubahan iklim, menggalakkan transformasi tenaga hijau dan mencapai matlamat keneuteralan karbon. Ia akan menyediakan penyelesaian China dan menyumbang kekuatan Tongwei Group.

 

Source: Tongwei Group
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Utilities Awards Corporate Social Responsibility