omniture

Turbin Angin Bandar Revolusioner

The Archimedes
2014-05-27 12:43 103

ROTTERDAM, Belanda, 27 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat penyelidikan dan pembangunan yang mempunyai pusat operasi di Rotterdam, "The Archimedes" mendedahkan ia telah berjaya membangunkan turbin angin generasi baharu untuk kegunaan domestik. Turbin angin ini akan beroleh lebih banyak tenaga daripada angin berbanding turbin angin sedia ada. Di samping itu, Turbin Angin Bandar Liam F1 ini tidak mengeluarkan sebarang bunyi disebabkan reka bentuknya yang unggul. Turbin ini juga akan mula diperkenalkan kepada pihak media dan orang ramai yang hadir dari lebih 40 negara pada hari Selasa.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140527/689219-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140527/689219-b )

Liam F1 ini menjana purata tenaga 1,500 kilowatt per jam pada kelajuan angin 5m/s yang menyerupai separuh daripada penggunaan kuasa isi rumah biasa. Hasil gabungan panel suria di atas bumbung, sesuatu isi rumah boleh menanggung sendiri penjanaan tenaga bagi memenuhi keperluan tenaganya sendiri. Jurutera Richard Ruijtenbeek daripada The Archimedes menjelaskan "apabila terdapat angin, tenaga boleh didapati daripada turbin angin yang digunakan, manakala ketika matahari bersinar, sel suria pula digunakan bagi menjana tenaga".

Pada masa kini, hanya terdapat sejumlah kecil turbin angin yang digunakan untuk menjana tenaga bagi keperluan isi rumah. Salah satu sebabnya ialah hasil yang diperoleh daripada turbin angin sedia ada adalah sangat rendah (purata 25 peratus) manakala bilah yang digunakan pula mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat. Atas sebab-sebab inilah, pencipta turbin angin Archimedes, Marinus Mieremet, telah mengubah suai reka bentuk tersebut. Dengan menggabungkan bentuk cangkerang Nautilus, teori Archimedes dan formula matematik beliau sendiri, beliau berjaya mencipta turbin baharu yang tidak mempunyai sebarang rintangan dan telah menghasilkan reka bentuk yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Bentuk skrunya membolehkan Liam untuk menghala ke arah kedudukan angin yang optimum secara automatik, sama seperti panji dan seterusnya dapat memperoleh hasil maksimum. Menurut Mieremet, hasil maksimum adalah sebanyak 80 peratus, secara teorinya. Liam juga telah diuji lebih 50 kali kerana pada peringkat awalnya, para pembangunnya sukar untuk mempercayai keputusan yang mereka lihat.

Walaupun pengenalan kaedah yang digunakan dan pameran turbin angin ini akan berlangsung pada hari ini, syarikat itu telah pun berjaya menjual sebanyak 7,000 turbin di 14 negara. Minat yang tinggi menyebabkan syarikat tersebut telah mula membangunkan turbin kecil dari segi perbandingannya bagi kegunaan di atas bot, tiang lampu serta di dalam air.

Sumber: The Archimedes

Source: The Archimedes
Keywords: Alternative Energies Utilities