LONDON, 27 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Thomsons Online Benefits ("Thomsons"), kumpulan perisian penglibatan kakitangan dan pengurusan faedah global, telah menerbitkan keputusannya bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013.
Sorotan pengendalian penting
Sorotan kewangan penting
Michael Whitfield, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan memberi komen:
"2013 merupakan tahun yang amat penting dalam sejarah perniagaan kami. Ia bermula dengan pelaburan baharu yang menguja daripada ABRY Partners, yang mempunyai pusat operasi di Boston. Perkongsian kami dengan ABRY telah membolehkan kami untuk mempercepat misi kami agar dapat merevolusikan pasaran faedah kakitangan global.
"Kami sedang terus menerima pertambahan momentum daripada syarikat multinasional global utama yang mahu menggunakan perisian sebagai ganti lembaran hamparan dan penyelesaian negara tempatan. Kami sedang mempercepat pertumbuhan ini dengan membuka pejabat di San Francisco untuk meningkatkan jualan dan untuk menyokong para pelanggan serta Rakan Kongsi kami.
"Para pengguna telah mengakses Darwin™ 2.5 sebanyak 2.5 juta kali sepanjang tahun 2013 bagi menguruskan faedah kakitangan mereka secara dalam talian, dan kami sedang menerajui kemaraan perintis pasaran perisian faedah kakitangan global yang semakin berkembang pantas.
"Dalam masa 12 bulan lepas, Thomsons telah memfokuskan pertumbuhannya sebagai pembekal Perisian sebagai Perkhidmatan peringkat global, lalu melebarkan sayap pada peringkat antarabangsa, dan turut meletakkan kami dalam kedudukan untuk kejayaan jangka panjang berterusan. Kami telah mengenal pasti peluang organik menyeluruh dalam pasaran antarabangsa kami, dan kami yakin tahun 2014 akan mencetuskan pertumbuhan pantas melalui tiga saluran penting kami ke pasaran yakni Syarikat Global, UK serta Rakan Kongsi."
Gambaran keseluruhan strategik
Thomsons ialah pembekal Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), memperluas jejak geografinya merentasi dunia, dan turut memperbanyak jadual kerja pelanggan cip biru mereka.
Sepanjang tahun itu Thomsons telah berjaya mendapatkan kontrak dengan syarikat perisian global utama bagi pelaksanaan global, lalu membawa pelanggan teknologi kami kepada 7 daripada 10 syarikat teknologi antarabangsa terbesar. Thomsons kini bekerjasama dengan lebih 300 syarikat di 64 negara. Baru-baru ini kami berjaya mendapatkan kontrak pertama kami melalui kolaborasi kami dengan Benefitfocus.
Kebolehlenturan perisian Darwin™ kami membenarkannya untuk memberi dan turut menyampaikan faedah kakitangan, tidak kira apa jua keadaan pelanggan kami atau di mana sahaja mereka berada. Kebolehlenturan ini memacu pertumbuhan organik, baik dalam keadaan ekonomi sukar apabila nilai memacu serta kawalan kos adalah penting, mahupun sewaktu tempoh pertumbuhan ketika penglibatan, pengambilan dan juga pengekalan kakitangan adalah kritikal. Dengan menyediakan pengalaman pengguna yang menarik perhatian, mirip dengan perisian pengguna, dan disampaikan melalui tablet serta peranti mudah alih, Darwin™ menggalakkan kakitangan untuk menyertai dan berinteraksi dengan program faedah sambil mengukuhkan lagi kuasa tawaran ganjaran penuh pelanggan.
Perisian Darwin™ kami benar-benar terbenam dalam pengendalian sumber manusia pelanggan, dengan kebanyakan pelanggan terikat dengan kontrak selama lima tahun, lalu ini bermakna kadar pulangan pelanggan rendah dan juga aliran hasil berulang yang mantap. Memandangkan ia perkhidmatan SaaS, skalanya juga sangat mudah untuk ditentukan.
2013 ialah satu lagi tahun yang cemerlang untuk Thomsons, dengan hasil meningkat sebanyak 12 peratus menjadi 36.7 juta pounds (2012: 32.7 juta pounds) manakala keuntungan pengendalian terlaras pula meningkat sebanyak 11 peratus menjadi 8.3 juta pounds (2012: 7.5 juta pounds). Thomsons berkemampuan untuk menjana keuntungan tunai secara mantap dengan margin EBITDA yang tinggi. Kualiti hasil pendapatan kami telah meningkat dengan hasil berulang yang meningkat sebanyak 37 peratus.
Kami bertumpu pada kontrak berulang jangka panjang yang meningkatkan bilangan kakitangan yang menggunakan platform Darwin™ kami. Thomsons telah meningkatkan bilangan log masuk pelanggan sebanyak 24 peratus pada tahun itu menjadi 2.5 juta.
Pelaburan daripada ABRY Partners membolehkan kami mempercepat misi kami untuk merevolusikan pasaran faedah kakitangan global. Khususnya, kami telah memperluas pasukan teknologi global kami bagi meningkatkan penyediaan fungsi global Darwin™ sejajar dengan keperluan pelanggan dan syarat kawal selia. Hasilnya, Darwin™ telah menyaksikan sejumlah besar pengeluaran baharu termasuk pelancaran Pusat Ganjaran baharu pada peringkat global, Pengurus Akaun Perbelanjaan di Asia Pasifik dan penyelesaian Pendaftaran Automatik di UK.
Pada tahun 2013 kami telah membuka Akademi Thomsons di Romania untuk terus memajukan kakitangan kami dan turut membolehkan Rakan Kongsi kami. Tahun 2014 bakal menyaksikan perluasan lanjutan Akademi itu bagi memenuhi keperluan pembangunan kakitangan Thomsons sendiri serta Rakan Kongsi mereka pada peringkat global.
Ulasan kewangan |
|||
2013 |
2012 |
Perubahan |
|
000 pounds |
000 pounds |
% |
|
Hasil |
36,732 |
32,687 |
12 |
Keuntungan pengendalian |
7,590 |
7,474 |
2 |
Keuntungan pengendalian terlaras* |
8,271 |
7,484 |
11 |
Keuntungan selepas cukai |
7,654 |
6,634 |
15 |
Kakitangan sehingga hujung tahun |
384 |
295 |
30 |
*Keuntungan pengendalian terlaras dicatatkan sebelum kos yang ditanggung untuk pembelian |
Hasil Kumpulan meningkat sebanyak 12 peratus menjadi 36.7 juta pounds, mencerminkan pertumbuhan organik yang mantap. Perniagaan Syarikat Global bertambah sebanyak 28 peratus dan setelah berjaya mendapatkan beberapa kontrak pada tahun 2013, Kumpulan itu menjangkakan pertumbuhan mantap pada tahun 2014.
Thomsons terus memperluas hasil dengan pelanggan sedia ada secara signifikan dengan menawarkan produk SaaS tambahan serta perkhidmatan berkaitan. Hasil berulang naik sebanyak 37 peratus, memperbaiki kualiti hasil dan turut menghasilkan aliran hasil yang lebih mudah diramal untuk Kumpulan itu.
Keuntungan pengendalian terlaras meningkat sebanyak 11 peratus menjadi 8.3 juta pounds (2012: 7.5 juta pounds), mencerminkan pelaburan penting yang dilakukan sepanjang tahun itu termasuk sumber pembangunan tambahan untuk pasukan teknologi kami, menskalakan kemampuan penyampaian kami, serta perluasan geografi ke AS dengan pejabat jualan baharu kami di San Francisco.
Keuntungan selepas cukai meningkat sebanyak 15 peratus menjadi 7.7 juta pounds (2012: 6.6 juta pounds). Kumpulan itu telah menikmati faedah daripada penggunaan kerugian cukai yang dihasilkan daripada pelaksanaan pilihan syer syarikat itu, dan pengurangan bunga berikutan penjelasan nota pinjaman sepanjang tahun itu.
Kumpulan itu telah meningkatkan pelaburannya secara signifikan dalam Darwin™, lalu meningkatkan saiz pasukan teknologi kami daripada 86 pada permulaan tahun 2013 menjadi 150 pada tahun 2014. Ini bertumpu pada Pusat Ganjaran baharu, yang memperhebat pengalaman pengguna perisian itu, penyelesaian Pendaftaran Automatik, (modul tambahan untuk pasaran UK yang dipacu undang-undang tempatan), serta fungsi Syarikat Global seperti Pengurus Akaun Perbelanjaan. Kumpulan itu terus membuat pelaburan signifikan dalam infrastrukturnya bagi membolehkannya untuk ditingkatkan agar selari dengan pertumbuhan yang dirancang.
Kumpulan itu telah mencapai kadar penukaran tunai pengendalian sebanyak 105 peratus dan telah mengakhiri tahun itu dengan baki tunai sebanyak 17.5 juta pounds (2012: 11.6 juta pounds).
Kunci kira-kira Kumpulan itu telah dimantapkan sepanjang tahun yang menyusuli pelaburan daripada ABRY itu, yang telah menghasilkan sifar hutang luaran selepas penjelasan semua nota pinjaman tertunggak.
Latar belakang pasaran dan ulasan pengendalian
Thomsons bertumpu pada usaha untuk terus memperluas portfolio pelanggan cip biru mereka, yang memacu pertumbuhan organik melalui tiga saluran utama mereka ke pasaran: Syarikat Global, UK serta Rakan Kongsi.
Pasaran Syarikat Global bersedia untuk pertumbuhan signifikan. Memandangkan syarikat multinasional besar terus memperluas jejak pada peringkat global, mereka bergelut dengan kesukaran dan cabaran yang berkaitan dengan usaha memberi dan menyampaikan faedah kakitangan merentasi berbilang negara, dengan keperluan undang-undang serta budaya yang berbeza.
Dengan persaingan sengit untuk bakat, dan tekanan berterusan ke atas kos pengendalian, terdapat keperluan yang mendesak untuk perniagaan menggunakan teknologi bagi memudahkan pelaksanaan strategi faedah mereka, dan bagi membenarkan pengalaman yang mesra pengguna, tersuai khusus serta konsisten untuk semua kakitangan, di mana sahaja mereka berada.
Pada tahun 2013, Thomsons memperluas kehadiran jualan mereka dalam kedua-dua saluran jualan langsung dan saluran jualan tidak langsung. Kami telah membuka cawangan di San Francisco bagi memantapkan hubungan dengan perniagaan yang beribu pejabat global AS, dan telah meningkatkan kehadiran kami di rantau Eropah, Timur Tengah & Afrika serta Asia Pasifik.
Selama 15 tahun lepas pasaran UK untuk perisian faedah kakitangan telah menjadi matang, dipacu permulaan penggunaan strategi faedah fleksibel, dan juga faktor undang-undang seperti pendaftaran automatik serta pengorbanan gaji. Pasaran sekunder, malah pasaran tertier, kini sudah dibangunkan sepenuhnya memandangkan majikan UK yang utama ingin menukar penyelesaian mereka bagi memberikan pengalaman faedah terkini kepada para pekerja mereka, menggunakan teknologi digital terkini.
Perubahan undang-undang yang signifikan di UK telah menyebabkan Thomsons menikmati kualiti hasil yang lebih bagus sambil ia menerima hasil berulang daripada kontrak yang lebih tinggi dalam tempoh masa yang lebih panjang. Ini memberikan ketampakan perniagaan yang lebih ketara, hasil jangka masa yang lebih panjang, serta kebolehramalan untuk terus membina dan turut meningkatkan pencapaian perniagaan ini.
Kebangkitan pasaran perisian sumber manusia SaaS masih berterusan tanpa henti, memandangkan lebih banyak syarikat mula menjauhkan diri daripada penyelesaian di dalam premis. 60 peratus daripada organisasi diramal akan mengubah sistem sumber manusia atau pengurusan bakat mereka dalam masa 18 bulan akan datang. Bagi mengambil kesempatan daripada perkara ini, Thomsons telah membangunkan sebilangan kolaborasi penting serta hubungan Rakan Kongsi dalam Pasaran Modal Insan SaaS, ("HCM"), manakala pembekal utama pula sudah pun memberi komitmen, termasuklah SuccessFactors dan Benefitfocus. Darwin™ telah menyelesaikan kesukaran pentadbiran faedah global dan telah melakukan apa yang dianggap sebagai sukar untuk dilakukan sebelum ini. Ia menghubungkan aspek pasaran HCM bersama, dan bertindak sebagai hab pusat bagi perisian HCM, perisian gaji, penyedia perkhidmatan serta perunding faedah kakitangan. Kami melihat potensi yang besar untuk pertumbuhan yang sangat pesat dalam syer pasaran kami melalui khidmat rujuk semula, jual semula dan juga Rakan Kongsi penyampaian yang menawarkan perniagaan percuma.
Pandangan
Pada tahun 2014, Thomsons akan mengekalkan tumpuan strategik mereka dengan meningkatkan pelaburan teknologi dalam platform Darwin™ kami, membangunkan perkongsian strategik penting yang memecut perluasan tapak pelanggan kami, dan dengan terus membuat pelaburan dalam individu dan proses sambil Thomsons mengalami pertumbuhan pada peringkat antarabangsa.
Dengan kedudukan Thomsons yang sudah sedia mantap sebagai peneraju dunia dalam bidang perisian faedah kakitangan, Kumpulan itu semakin positif dengan pertumbuhan berterusan. Terdapat beberapa peluang hebat untuk menambah pelanggan baharu, dan turut meningkatkan hasil berulang secara organik merentasi semua geografi. Tambahan lagi, Thomsons akan terus meningkatkan hubungan dengan pelanggan sedia ada dengan melanjutkan bilangan produk dan wilayah tempat syarikat ini beroperasi untuk mereka. Pada tahun 2014 Thomsons telah menandatangani persetujuan dengan beberapa pelanggan UK dan pelanggan Antarabangsa yang penting bagi menambahkan kakitangan secara signifikan kepada platform Darwin™ kami, lalu meningkatkan lagi penggunaan kami di rantau Asia Pasifik dan Amerika Selatan.
Thomsons berasa yakin senarai pesanan akan bertambah dengan mantap pada tahun 2014, dengan pelanggan Syarikat Global dan UK yang baharu menambahkan bilangan pengguna baharu yang signifikan kepada platform itu. Tambahan lagi, Kumpulan itu menjangkakan hasil berulang SaaS akan meningkat dengan pantas sebagai hasil pemerolehan pelanggan berterusan melalui tiga saluran utama ke pasaran yakni Syarikat Global, UK serta Rakan Kongsi.
Pertanyaan:
Thomsons Online Benefits +44(0)203-328-4000
Michael Whitfield Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Paul Smolinski, Ketua Pegawai Kewangan
Instinctif Partners +44(0)207-457-2020
Adrian Duffield/Kathy Gordon