- Hubungan antara SPEED™ dan STAR-CCM+® menghasilkan penyelesaian mesin elektrik yang menyeluruh
NEW YORK dan LONDON, 27 Mei 2014 /PRNewswire/ -- CD-adapco™, syarikat milik persendirian terbesar yang memfokuskan CFD dan merupakan penyedia perisian Kejuruteraan Dibantu Komputer, telah mengintegrasikan SPEED™ dengan STAR-CCM+®. SPEED™ ialah alat reka bentuk mesin elektrik yang menerajui bidangnya, manakala STAR-CCM+® pula ialah alat berkuasa semua dalam satu yang menjadi model pemindahan haba, dinamik bendalir, tekanan struktur, medan elektrik dan medan magnet serta aero-akustik, yang memainkan peranan penting dalam kebanyakan aplikasi mesin elektrik.
CD-adapco™ telah membeli set program mesin elektrik SPEED™ pada Jun 2011. SPEED™ menghasilkan reka bentuk magnetik 2D menggunakan hubungan pengiraan analisis dan analisis unsur terhad (menggunakan PC-FEA, penyelesai FE 2D) untuk motor elektrik, penjana, pengulang alik dan juga penggerak magnetik yang lain. Ia turut menggabungkan model pemacu elektronik dengan reka bentuk magnetik mesin tersebut. STAR-CCM+® menggunakan hasil simulasi SPEED™, menukarkan model 2D mereka menjadi model 3D serta menjadi model prestasi terma mesin tersebut dalam pelbagai keadaan persekitaran. STAR-CCM+® juga boleh digunakan untuk pengiraan 2D elektromagnet memandangkan GoFER PC-FEA akan tersedia untuk STAR-CCM+® dengan menggunakan penyelesai FV magnetik 2D.
Proses reka bentuk ini menghasilkan penyelesaian mesin elektrik yang menyeluruh. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej SPEED™ dan STAR-CCM+® yang komprehensif ini, sila hubungi Markus Anders di markus.anders@cd-adapco.com.
Latar Belakang CD-adapco
CD-adapco™ (http://www.cd-adapco.com) merupakan penyedia CAE persendirian terbesar di dunia yang memfokuskan CFD. Produk utama kami ialah pakej simulasi teknologi terkini, STAR-CCM+® serta STAR-CD®. Namun demikian, skop aktiviti kami menjangkaui pembangunan perisian CFD, yang merangkumi pelbagai perkhidmatan kejuruteraan CAE dalam dinamik bendalir, pemindahan haba dan juga kejuruteraan struktur. Misi kami yang berterusan adalah untuk "menggalakkan inovasi dan turut mengurangkan kos menerusi penggunaan perisian dan perkhidmatan simulasi kejuruteraan."
Sebagai syarikat milik persendirian, CD-adapco™ telah mengekalkan pertumbuhan organik tahun demi tahun sebanyak 17 peratus selama 5 tahun yang lepas. CD-adapco™ mempunyai 800 pekerja berbakat yang bertugas di 30 pejabat berlainan di seluruh dunia.