omniture

AUSTIN BUTLER, DUTA GLOBAL BAHARU YSL BEAUTY

Yves Saint Laurent Beauté
2023-08-08 20:00

PARIS, 8 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- YSL Beauty dengan bangganya mengumumkan Austin Butler sebagai Duta global untuk wangian terbaharunya MYSLF, sebuah visi kontemporari kemaskulinan.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/English/9192151-austin-butler-ysl-beauty-new-global-ambassador/

"Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk diminta menyertai keluarga YSL Beauty", kata Austin Butler. "Sejak beberapa tahun kebelakangan, saya telah berbual dengan mereka yang mengenali M. Saint Laurent. Beliau mencapai kejayaan melalui label. Beliau seorang pemberontak, dan saya suka perkara tersebut tentang beliau. Saya berasa bertuah untuk menjadi sebahagian daripada warisan yang telah diusahakan oleh beliau."

Salah seorang pelakon yang paling terkenal daripada generasinya, bintang Amerika yang sedang meningkat naik ini telah bekerjasama dengan beberapa pengarah yang paling berprestij -- Quentin Tarantino, Baz Luhrmann, Jim Jarmusch dan kini Jeff Nichols dan Denis Villeneuve, masing-masing untuk filem Bikeriders dan Dune: Part Two yang akan datang. Lakonan cemerlang beliau di dalam filem Elvis yang tercalon dalam Academy Award telah menunjukkan kebolehan beliau yang unik untuk melakonkan watak yang kompleks dan menarik - sebagai seorang lelaki dan juga seorang lagenda. Usaha keras beliau selama tiga tahun telah diiktiraf dengan pencalonan dalam Academy Award, selain memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe dan BAFTA.

Austin memanfaatkan sepenuhnya kesemua aspek berbeza yang beliau miliki. Sensitif dan tulen. Yakin tetapi mudah didekati. Mudah tetapi kompleks. Tiada siapa yang boleh menggambarkan wangian baharu MYSLF dengan lebih asli. Tiada siapa yang boleh menjadi suara yang lebih menarik untuk pernyataan YSL Beauty tentang maskuliniti moden.

"Dalam mencari seorang tokoh untuk mewakili visi YSL Beauty tentang maskuliniti baharu, tidak mungkin ada pilihan yang lebih baik bagi kami selain Austin Butler. Sebagai seorang artis dan juga seorang manusia, beliau mewakili nilai-nilai yang ditunjukkan oleh jenama kami melalui MYSLF,  iaitu suatu perlambangan moden tentang erti menjadi seorang lelaki. Menerima sisinya yang pelbagai. Memiliki keperibadiannya, dengan murah hati, tanpa rasa bersalah. Itulah sebabnya kami berbangga untuk mengalu-alukan penyertaan Austin Butler sebagai Duta wangian YSL Beauty yang terbaharu."

Stephan Bezy, Pengurus Besar Antarabangsa YSL Beauty

Filem kempen diarahkan oleh Julia Ducournau, yang memenangi Palme d'Or untuk filem Titane, iaitu salah seorang pengarah paling berpotensi daripada generasinya, yang dikenali dengan imej beliau yang kuat dan tiada tapisan.

Kempen bercetak diambil gambar oleh Gray Sorrenti, jurugambar yang berpangkalan di New York.

Kempen bercetak akan dilancarkan pada 8 Ogos dan filemnya pada 22 Ogos di @yslbeauty

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2170517/YSL_Beauty_Ambassador.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2170516/Yves_Saint_Laurent_Beaute_Logo.jpg?p=medium600

 

GREG WILLIAMS FOR YSL BEAUTY
GREG WILLIAMS FOR YSL BEAUTY

 

 

Source: Yves Saint Laurent Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements Personnel announcements