LONDON, 28 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Playtech, pereka, pembangun dan juga pemberi lesen antarabangsa bagi perisian serta perkhidmatan untuk industri perjudian dalam talian, mudah alih, TV dan berpangkalan di darat, dengan bangganya mengumumkan pelantikan Shay Segev sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi bahagian Runcit yang dikendalikan oleh syarikat subsidiarinya, Videobet.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120515/531552)
Menerusi pelantikan baharu ini, Playtech memperkukuh komitmennya terhadap inovasi, lalu membolehkan perniagaan perjudian dalam bangunan untuk berhubung dengan dunia mudah alih digital serta menikmati pertumbuhan yang hebat melangkaui lokasi fizikalnya dan juga meluaskan peluang pendapatan baharu.
Shay telah menyertai Playtech pada tahun 2006 sebagai Ketua Pegawai Operasi Videobet dan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Playtech pada tahun 2011. Kerjaya beliau meliputi bahagian runcit dan perjudian dalam talian sebagai pengurus eksekutif yang bertumpu pada inovasi serta pertumbuhan. Menerusi jawatan beliau sebelum ini, Shay telah memainkan peranan penting dalam pengeluaran besar-besaran 25,000 mesin Videobet di beberapa kedai pertaruhan UK serta telah menerajui pelbagai inisiatif dalam talian yang berjaya oleh Playtech. Baru-baru ini, Shay telah menyertai Pertubuhan Piawaian Perjudian (GSA) sebagai ahli lembaga, lalu menyumbang kepada masa hadapan pengalaman perjudian berbilang saluran.
Teknologi Runcit Playtech digunakan secara meluas di kedai pertaruhan UK seperti Coral dan Ladbrokes. Tawaran ini telah dimantapkan untuk merangkumi sistem pengurusan ruang kasino generasi baharu, yang telah pun dipasang di lebih 60 kasino dan akan diedarkan secara besar-besaran di semua pusat Genting UK pada tahun 2014.
Bahagian Runcit Playtech juga memberi tumpuan penuh pada usaha untuk menyediakan penyelesaian yang menggabungkan pengalaman pemain dalam talian, mudah alih serta runcit, lalu menghasilkan penyelesaian siap guna penuh dalam ekosistem yang tunggal. Kemajuan tersebut kini menyelaraskan hubungan antara kedai pertaruhan, loteri serta ruang perjudian dengan perjudian dalam talian yang akhirnya menghasilkan pengalaman yang benar-benar lancar untuk para pemain merentasi semua saluran. Contoh yang baik ialah program Connect oleh Coral iaitu sistem berbilang saluran bersepadu pertama yang menghubungkan perjudian interaktif serta perjudian runcit. Coral Connect ini menghubungkan operasi perjudian dalam talian penerima taruhan di UK itu kepada 1,800 kedai pertaruhannya bagi menyediakan akaun pelanggan tunggal serta dompet untuk perjudian interaktif, mesin perjudian elektronik serta pertaruhan di kaunter.
Shay Segev mengulas, "Saya amat gembira dapat memimpin bahagian Runcit Playtech menerusi fasa strategik selanjutnya dengan menggabungkan tawaran runcit dan dalam talian kami. Beberapa tahun akan datang menjanjikan kepentingan strategi dan operasi yang hebat, memandangkan kami memulakan pelbagai inisiatif untuk menghasilkan penyelesaian siap guna penuh yang akan membolehkan peralihan perniagaan runcit ke dalam dunia digital. Menerusi teknologi kami, kami akan membolehkan para pelanggan kami untuk menikmati ekosistem tunggal yang dapat membantu mereka untuk memaksimumkan prestasi perniagaan secara sepenuhnya merentasi seluruh tawaran yang disediakan."
Latar Belakang Playtech
Playtech http://www.playtech.com membangunkan platform dan kandungan perisian bersepadu untuk industri perjudian secara dalam talian dan yang berpangkalan di darat, serta menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan pemasaran, pengehosan serta CRM.
Keupayaan Kumpulan ini ialah menyediakan penyelesaian siap guna atau perisian bersepadu agar para pemain dapat mengakses terminal perjudian secara dalam talian, penyiaran, mudah alih serta berasaskan pelayan menerusi akaun tunggal.
Pemegang lesen baharu termasuk pengendali dalam talian sedia ada yang menaik taraf atau mempelbagaikan tawaran mereka, kumpulan kasino berpangkalan di darat, entiti yang ditaja kerajaan seperti loteri serta peserta baharu yang membuat kemunculan perjudian dalam talian mereka yang pertama, terutamanya dalam pasaran yang baru dikawal selia.
Setelah ditubuhkan pada tahun 1999, Playtech turut disenaraikan dalam Bursa Saham London dan mempunyai lebih 3,000 kakitangan di dua belas negara. Aplikasi perjudian terkenalnya merangkumi kasino, poker, bingo, pertaruhan sukan, perjudian secara langsung, mudah alih dan juga sosial, serta perjudian kasual dan perjudian kemungkinan tetap.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut hubungi:
Playtech Ltd
Mor Weizer, Ketua Pegawai Eksekutif
Ron Hoffman, Ketua Pegawai Kewangan
d/a Pelham Bell Pottinger
+44(0)20-7861-3232
Adam Kay, Ketua Perhubungan Pelabur
+44(0)1624-645954
Pelham Bell Pottinger
David Rydell / Olly Scott / Guy Scarborough
+44(0)20-7861-3232
SUMBER Playtech