-- Dunkin' Donuts menjemput para pengunjung di restoran yang mengambil bahagian di seluruh dunia bagi menikmati donut percuma dengan pembelian apa-apa minuman
CANTON, Massachusetts, 28 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Dunkin' Donuts, salah satu rangkaian makanan bakar dan kopi yang menerajui di dunia, hari ini telah mengumumkan tawaran istimewa untuk para peminat donut di seluruh dunia. Pada Jumaat, 6 Jun ini, restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh dunia akan menawarkan donut percuma pilihan masing-masing (selagi stok masih ada) kepada para pengunjung dengan pembelian apa-apa minuman bersempena dengan sambutan Hari Donut Global tahunan kedua jenama tersebut.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110224/NY53806LOGO
"Kami amat berbangga dengan sambutan Hari Donut Global di restoran kami di seluruh dunia pada tahun lalu dan kami ingin berkongsi promosi hebat ini bersama para pengunjung kami di serata dunia sekali lagi pada tahun ini," kata John Costello, Presiden, Inovasi dan Pemasaran Global, Dunkin' Brands. "Donut ialah makanan yang menarik dan lazat serta dapat menggembirakan para pengunjung di restoran Dunkin' Donuts di serata dunia setiap hari. Kami berharap para pengunjung kami dapat menikmati tawaran donut percuma jenama kami dengan pembelian apa-apa minuman pada 6 Jun ini."
Di samping tawaran istimewa donut percuma pada Hari Donut Global dengan pembelian apa-apa minuman, restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh dunia akan turut menyediakan Smiley Face Donut yang enak bagi meraikan senyuman yang terukir pada wajah para peminat donut. Smiley Face Donut ialah donut berinti dengan luaran bersalut yis, serta dihiasi dengan muka senyuman yang menawan. Inti donut adalah berbagai-bagai mengikut pasaran bagi memenuhi cita rasa penduduk tempatan dan inti yang disediakan ini termasuklah Jelly, Bavarian Kreme dan juga Chocolate Kreme.
Selama lebih 60 tahun, Dunkin' Donuts telah menjadi peneraju dalam kategori donut dan pada tahun lalu, ia telah berjaya menjual sebanyak 2.5 bilion donut serta donut mini MUNCHKINS® di restorannya di 33 negara serata dunia. Ia menawarkan pelbagai donut yang lazat dan kreatif termasuk perisa kegemaran ramai seperti Boston Kreme, Glazed serta Chocolate Frosted.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Dunkin' Donuts, sila layari www.DunkinDonuts.com atau ikuti kami di Facebook (www.facebook.com/DunkinDonuts) dan Twitter (www.twitter.com/DunkinDonuts).
Latar Belakang Dunkin' Donuts
Dunkin' Donuts yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 merupakan hentian kegemaran harian rakyat Amerika bagi menikmati kopi dan makanan bakar. Dunkin' Donuts juga ialah peneraju pasaran bagi minuman kopi panas biasa/bebas kafein/berperisa, kopi ais, donut, bagel dan juga pelbagai jenis mufin. Dunkin' Donuts telah meraih kedudukan No.1 bagi kesetiaan pelanggan dalam kategori kopi oleh Brand Keys selama lapan tahun berturut-turut. Syarikat ini mempunyai hampir 11,000 restoran di 33 negara di serata dunia. Sebagai syarikat yang mempunyai pusat operasi di Canton, Massachusetts, Dunkin' Donuts adalah sebahagian daripada keluarga syarikat Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.DunkinDonuts.com.
Hubungi:
Justin Drake
Dunkin' Brands
+1-781-737-5200
Justin.Drake@dunkinbrands.com