omniture

Herbalife Keluarkan Laporan Kelestarian Global Kedua

Herbalife Asia Pacific
2023-08-11 15:45 53

Laporan Baharu Menekankan Komitmen Syarikat Kesihatan dan Kesejahteraan Global terhadap Produk, Masyarakat dan Planet

HONG KONG, 11 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat kesihatan dan kesejahteraan terulung, Herbalife, mengeluarkan Laporan Kelestarian Global keduanya: Jalani Kehidupan Terbaik Anda. Laporan tersebut merangkumi impak Syarikat dari tahun 2021-2022 serta ketelusan amalan perniagaannya yang mampan dan komitmen dalam tiga bidang keutamaan: produk berkualiti, individu dan masyarakat yang sihat serta planet yang berkembang maju.

Sorotan Laporan Kelestarian Global Herbalife (2021-2022)
Sorotan Laporan Kelestarian Global Herbalife (2021-2022)

"Keluaran Laporan Kelestarian Global kedua kami menekankan komitmen kami untuk menerapkan kelestarian ke dalam fabrik perniagaan kami di Asia Pasifik dan serata dunia," kata Stephen Conchie, Presiden Serantau Asia Pasifik dan China Herbalife. "Memperkukuh segala inisiatif kami adalah misi kami dalam memenuhi keperluan pengedar bebas, pelanggan, pekerja, pelabur serta masyarakat yang semakin berubah – pada masa yang sama memenuhi tujuan kami untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan terbaik mereka dan menyumbang untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan masyarakat kita dan juga planet kita."

Mengutamakan bidang-bidang yang membolehkan Syarikat memberi impak terbesar, strategi Kelestarian Global Herbalife memfokuskan pada pengawasan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan amalan tadbir urus yang telus. Strategi ini adalah berdasarkan keutamaan pihak berkepentingan, risiko perusahaan dan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tahun 2022, Herbalife menjalankan penilaian pihak berkepentingan formal untuk memperoleh pandangan mengenai prestasi kelestariannya, keutamaan serta bagaimana syarikat dapat meningkatkan ketelusan dan pelaporan kelestariannya. Penilaian ini membolehkan Herbalife mengenal pasti isu-isu kelestarian paling signifikan yang dihadapi oleh syarikat ini.

Laporan Kelestarian Global 2021-2022 Herbalife mendedahkan pencapaian syarikat dalam setiap satu daripada tiga bidang keutamaan termasuk:

Produk Berkualiti

  • Kira-kira 700 produk dilancarkan di peringkat global, termasuk 40 produk yang dilancarkan dalam 14 pasaran di rantau Asia Pasifik
  • Mengekalkan pengiktirafan sebagai jenama #1 Dunia untuk Pengurusan Berat Badan dan Kesejahteraan*, serta jenama #1 Dunia bagi Health Shakes**
  • Menerima lebih daripada 40 anugerah dan pengiktirafan atas kualiti dan kecemerlangan produk termasuk:
    • Pensijilan Symbol of National Quality bagi kualiti produk untuk 11 tahun berturut-turut daripada Institute for Biotechnology and Medicine Industry di Taiwan
    • Pengiktirafan Produk Emas bagi Kesihatan Awam untuk 33 produk daripada Vietnam Association of Functional Food pada tahun 2021 dan 2022
    • Anugerah Jenama Paling Dipercayai Pelanggan - kategori makanan kesihatan fungsian, pada tahun 2022. Anugerah berkenaan ditaja oleh Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga serta Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea

Orang Ramai yang Sihat

  • Menerima 10 anugerah untuk tawaran terbaik dalam industri bagi aplikasi mudah alih HN Grow, yang menyediakan latihan pendidikan kepada pengedar bebas Herbalife.
  • Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kerajaan di seluruh Mexico, Brazil, Indonesia dan India yang menyokong kempen mengenai obesiti dan pencegahan penyakit tidak berjangkit melalui gaya hidup yang sihat serta pendidikan pemakanan, pengendalian dan kebersihan makanan
  • Meluaskan perkongsian dengan pertubuhan-pertubuhan bukan bermotifkan untung bagi menyokong lebih daripada 20 program yang memfokuskan pada kesejahteraan kesihatan dan pemakanan di seluruh dunia, termasuk:
    • Bekerjasama dengan The Global FoodBanking Network pada tahun 2022 untuk program Food Bank Incubator mereka di Asia Tenggara, menyokong pembangunan dan kelestarian sistem bank makanan merentas lima negara di Asia Pasifik – Vietnam, Filipina, Malaysia, Indonesia dan Thailand
  • Hampir 4,000 kanak-kanak dalam lapan pasaran Asia Pasifik terlibat dalam Program STAR Herbalife pada tahun 2021 dan 2022 untuk mempelajari cara membina tabiat pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif.

Planet Berkembang Maju

  • Menghapuskan 322 tan metrik plastik mentah (mewakili 2.5% daripada penggunaan plastik keseluruhan) daripada pembungkusan produknya dengan memasukkan 25% bahan kitar semula (PCR) ke dalam pembungkusan produk Formula 1 dalam pasaran terpilih.
  • Mengitar semula 5,475 tan metrik plastik dan bahan daripada pusat jualan dan pengedarannya di lebih 30 pasaran di seluruh dunia
  • Mengumumkan kerjasama tanggungjawab global bersama Plastic Bank selama dua tahun pada tahun 2022, dengan tujuan untuk mengelakkan lebih 180,000 kilogram plastik daripada memasuki laut menjelang akhir tahun 2023 (impak di Indonesia)
  • Menyerahkan lebih 712,000 kanister produk, bersamaan dengan 36 tan metrik pembungkusan plastik untuk dikitar semula, melalui pelaksanaan Simply Recycle Challenge merentasi pasaran Asia Pasifik pada tahun 2022. Kempen kitar semula turut menyumbang kepada 1,421 batang pokok ditanam dengan perkongsian bersama pertubuhan bukan bermotifkan untung One Tree Planted

Di samping itu, melalui sokongan yang sangat baik daripada pengedar bebas dan pekerja Syarikat, Herbalife Nutrition Foundation (HNF) terus menyediakan pemakanan dan pendidikan yang betul yang diperlukan demi kesejahteraan kanak-kanak dan masyarakat. HNF memberikan AS$5.12 juta kepada 178 pertubuhan tempatan pada tahun 2022, termasuk AS$1.2 juta kepada 41 pertubuhan amal di rantau Asia Pasifik, yang telah memanfaatkan 229,000 kanak-kanak di seluruh dunia.

Laporan Kelestarian Global Herbalife boleh dilihat sepenuhnya di sini.

Latar Belakang Herbalife Ltd.

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi pengedar bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk berlandaskan sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran menerusi pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif untuk menikmati kehidupan terbaik mereka.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://ir.herbalife.com.

* Sumber Euromonitor International Limited; berdasarkan Consumer Health 2023ed, pengurusan berat badan dan definisi kesejahteraan; gabungan % bahagian RSP GBO, data 2022.
**Sumber Euromonitor International Limited; berdasarkan Consumer Health 2023ed, Health Shake mengikut serbuk protein sukan, RTD protein sukan, penggantian makanan, minuman pemakanan tambahan dan tambahan protein, gabungan % bahagian RSP GBO, data 2022.

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG