omniture

AUTOMOBILI PININFARINA AKAN MELAKUKAN TAYANGAN PERDANA BAGI KERETA PERTAMA PORTFOLIO MASA DEPAN PADA MINGGU KERETA MONTEREY: B95 YANG BAHARU

Automobili Pininfarina
2023-08-12 05:00
  • Automobili Pininfarina akan menghadiri Minggu Kereta Monterey (Monterey Car Week) pada bulan Ogos, mempersembahkan tiga kenderaan di sebuah kediaman persendirian mulai Khamis 17 Ogos, dan seterusnya di 'The Quail'
  • Membuat tayangan perdana dunianya sebagai kenderaan pertama dalam koleksi baharu Automobili Pininfarina, dengan reka bentuk yang indah dan hasil karya teknikal untuk pelanggan bijak yang diberi nama B95
  • Ia akan disertai dengan konsep reka bentuk PURA Vision, yang memberikan inspirasi untuk kenderaan elektrik mewah masa depan Automobili Pininfarina, menetapkan teras falsafah reka bentuk PURA
  • Kenderaan ketiga yang dipersembahkan ialah Battista Edizione Nino Farina, yang membintangi dokumentari mini baharu tentang legenda perlumbaan Nino Farina, yang menampilkan Daniele Farina dan Paolo Pininfarina
  • Minggu Kereta Monterey berlangsung di Monterey, California, antara 11 hingga 20 Ogos 2023, diikuti dengan The Quail, iaitu Perhimpunan Sukan Permotoran, pada 18 Ogos
  • Rangkaian penuh aset kenderaan yang akan dipamerkan di Monterey boleh didapati di sini
  • Untuk kandungan yang lebih hebat, ikuti Automobili Pininfarina di TikTok

MONTEREY, Calif., 11 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Automobili Pininfarina ditetapkan untuk kembali ke Minggu Kereta Monterey tahun ini, dengan persembahan luar biasa rangkaian modelnya dan pandangan yang menarik ke arah masa depannya. Tiga kenderaan indah akan dipamerkan di kediaman persendirian mulai Khamis 17 Ogos dan kemudian di The Quail, iaitu sebuah Perhimpunan Sukan Permotoran, pada hari Jumaat 18 Ogos.

B95 Intro
B95 Intro

Membuat tayangan perdana dunianya sebagai kenderaan pertama daripada koleksi baharu kenderaan masa hadapan daripada Automobili Pininfarina, iitu karya agung yang boleh dikumpulkan untuk pelanggan yang bijak, yang diberi nama B95. Ia akan menampilkan perincian yang diilhamkan oleh konsep reka bentuk PURA Vision yang didedahkan baru-baru ini, menawarkan usul yang baharu sepenuhnya daripada syarikat utama Itali ini.

Siaran berita untuk B95 ditetapkan pada 8 malam waktu PST pada hari Khamis 17 Ogos, apabila butiran penuh, imej dan filem yang memaparkan kereta baharu rintis ini akan dikongsi oleh Automobili Pininfarina.

Bintang baharu ini akan ditunjukkan bersama konsep reka bentuk PURA Vision di kediaman persendirian Automobili Pininfarina di Monterey untuk acara minggu tersebut, serta Battista Edizione Nino Farina, yang telah membuat penampilan sulung dinamiknya kepada dunia di Goodwood Festival of Speed pada bulan Julai lalu.  Sebuah dokumentari mini baharu menarik yang menerangkan tentang sejarah, ciri dan pencapaian Nino Farina diterbitkan hari ini dengan siaran akhbar ini.

Paolo Dellachà, Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Pininfarina berkata: "Saya teruja dengan prospek Automobili Pininfarina yang memberi impak yang besar semasa Minggu Kereta Monterey pada tahun ini, menggembirakan pelanggan, rakan kongsi peruncit dan peminat kami dengan koleksi kenderaan baharu yang menarik.  

"Ia adalah tempoh yang penting dalam evolusi Automobili Pininfarina. Cita-cita kami apabila kami melancarkan syarikat ini pada tahun 2018 adalah untuk menjadi pencipta kereta mewah elektrik yang pertama di dunia. Kami membayangkan, mereka bentuk dan menyampaikan impian pelanggan kami. Saya kini amat berbangga untuk berkongsi apa yang telah kami sediakan dengan teliti kepada para pelanggan dan peminat kami pada tahun 2023.

"Ini adalah kali pertama di dalam dunia ini di mana model-model istimewa ini akan dipersembahkan bersama-sama – diterajui oleh B95 baharu yang luar biasa - yang merupakan satu cadangan baharu sepenuhnya yang mengambil inspirasi daripada konsep reka bentuk PURA Vision kami yang didedahkan baru-baru ini." 

DEBUT AMERIKA UTARA: BATTISTA EDIZIONE NINO FARINA
Selepas tayangan perdana dunia dan debut dinamiknya di Goodwood Festival of Speed pada bulan Julai, Battista Edizione Nino Farina akan dipersembahkan secara terbuka di Amerika Utara buat kali pertama. Ia adalah satu penghormatan kepada legenda perlumbaan Nino Farina – anak saudara kepada Battista 'Pinin' Farina – dengan kemasan luaran dan dalaman yang ditempah khas serta perincian indah yang merujuk kepada kejayaan Nino dalam perlumbaan.  Hanya lima contoh sahaja yang akan wujud iadan merupakan 'edisi reka bentuk' kedua dalam portfolio Battista, selepas Battista Anniversarioyang jarang dihasilkan dan istimewa.

Pelancaran Battista Edizione Nino Farina disokong oleh penciptaan dokumentari mini baharu yang didedikasikan untuk pemandu lumba legenda tersebut, dengan ahli keluarganya Daniele Farina dan Paolo Pininfarina menceritakan kisah hidup Nino yang luar biasa. Menampilkan rakaman bersejarah Juara Dunia F1 yang pertama dan kisah-kisah yang menyayat hati daripada orang yang paling mengingati beliau, ia merupakan satu penghormatan indah kepada pelumba lelaki terkenal daripada sebuah keluarga Itali. Filem ini boleh ditonton di sini, manakala kandungan terkini daripada Automobili Pininfarina boleh dilihat pada saluran TikTok jenama ini yang dilancarkan baru-baru ini, yang mana boleh diakses dan diikuti di sini.

PURA VISION DIPERSEMBAHKAN KEPADA UMUM BUAT PERTAMA KALINYA
Menunjukkan falsafah reka bentuk PURA Automobili Pininfarina dan inspirasi untuk portfolio kenderaan masa depannya, konsep reka bentuk PURA Vision baharu akan ditunjukkan di kediaman persendirian sempena 'Minggu Kereta' syarikat ini di Carmel Valley, menjadikan ia sebagai tayangan perdana dunia secara fizikal. Ia memperkenalkan era baharu rintis bagi kenderaan elektrik mewah dengan siluet yang elegan dan reka bentuk yang dramatik. PURA Vision dengan mudah mengubah teras reka bentuk kereta ikonik masa lalu untuk menterjemahkan masa depan Automobili Pininfarina – yang dibayangkan sebagai Kenderaan Utiliti Mewah (e-LUV) elektrik yang cantik dengan kehadiran yang tidak dapat disangkal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari 

automobili-pininfarina.com/media-zone

NOTA EDITOR 

TENTANG AUTOMOBILI PININFARIN
Automobili Pininfarina berpangkalan di ibu pejabat operasi di Munich, Jerman, dikendalikan oleh sebuah pasukan eksekutif automotif berpengalaman daripada jenama kereta mewah dan premium. Direka bentuk, direkayasa dan dihasilkan dengan tangan di Itali, Battista hyper GT dan semua model kereta masa depan akan dijual di semua pasaran global utama di bawah nama jenama Pininfarina. Syarikat baharu ini bermatlamat untuk menjadi jenama kereta mewah yang paling diingini dan lestari di dunia. Syarikat ini merupakan 100 peratus pelaburan Mahindra & Mahindra Ltd. dan telah dinamakan Automobili Pininfarina setelah perjanjian lesen tanda dagangan ditandatangani antara Pininfarina S.p.A. dengan Mahindra & Mahindra Ltd. Pininfarina S.p.A. mempunyai peranan yang berpengaruh dalam menyokong reka bentuk dan kapasiti pengeluaran berdasarkan pengalaman uniknya selama 94 tahun dalam menghasilkan pelbagai kereta paling ikonik di dunia.

 AUTOMOBILI PININFARINA BATTISTA (KIT AKHBAR)
Battista ialah kereta paling berkuasa yang pernah direka dan dibina di Itali dan ia memberikan tahap prestasi yang tidak boleh dicapai pada hari ini dalam mana-mana kereta sukan yang sah di jalan raya yang menampilkan teknologi enjin pembakaran dalaman. Lebih pantas daripada kereta lumba Formula 1 semasa dalam pecutan 0-100 km/j sub-dua saat, dan dengan 1,900 hp dan 2,340 Nm tork pada ketikan, Battista akan menggabungkan kejuruteraan dan teknologi yang ekstrem dalam pakej sifar pelepasan. Bateri Battista berkapasiti 120 kWh membekalkan kuasa kepada empat motor elektrik – satu pada setiap roda – dengan julat WLTP gabungan sehingga 476 km (EPA gabungan AS: 300 batu) dalam satu pengecasan. Tidak lebih daripada 150 contoh Battista yang akan dihasilkan secara individu di Pininfarina SpA atelier di Cambiano, Itali.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2183766/Automobili_Pininfarina_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2183782/Automobili_Pininfarina_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2183783/Automobili_Pininfarina_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2183784/Automobili_Pininfarina_4.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2183775/Automobili_Pininfarina_5.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2183780/Automobili_Pininfarina_6.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1316779/Automobili_Pininfarina_Logo.jpg?p=medium600

 

PURA Vision 01
PURA Vision 01

 

PURA Vision 02
PURA Vision 02

 

PURA Vision 03
PURA Vision 03

 

Battista Edizione Nino Farina 01
Battista Edizione Nino Farina 01

 

Battista Edizione Nino Farina 02
Battista Edizione Nino Farina 02

 

Source: Automobili Pininfarina
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news