-- Tandatangani Perjanjian bersama Empirical Media bagi Memanfaatkan Peluang Lesen Asing untuk Newsweek dalam Pasaran Sasaran Seluruh Dunia
NEW YORK dan LONDON, 29 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Hanya dalam tempoh tiga bulan setelah edisi cetak Newsweek berjaya dilancarkan semula di gerai surat khabar di Amerika Syarikat dan Eropah, penerbitan berita mingguan yang ikonik ini telah mengumumkan ia telah memeterai perkongsian eksklusif dengan Empirical Media bagi melanjutkan perjanjian lesen asing untuk Newsweek dan Newsweek.com dalam pasaran sasaran di seluruh dunia.
"Kami amat teruja untuk mengumumkan perkongsian dengan Empirical ini bagi membantu kami untuk membawakan edisi pasaran tempatan kepada para pembaca dalam pasaran seluruh dunia," ujar Etienne Uzac, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif IBT Media, pemilik Newsweek. "Permintaan terhadap Newsweek bersifat global dan kami sedang melihat peningkatan minat terhadap editorial kami sejak jenama ini dilancarkan semula di A.S. dan Eropah. Berdasarkan arah aliran ini, kami melihat peluang penting untuk memperluas jejak jenama ini pada peringkat antarabangsa dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan kerjasama dengan Empirical bagi mencapai matlamat ini."
Empirical Media, firma khidmat media dan nasihat global akan meneruskan dan turut memudahkan perkongsian lesen asing bagi menerbitkan Newsweek dalam pasaran sasaran, dengan tumpuan awal terhadap usaha memenuhi permintaan di Eropah Tengah dan Asia yang semakin meningkat. Newsweek, jenama pelesenan yang mantap telah pun diterbitkan menerusi perkongsian lesen tempatan di Korea, Pakistan, Poland, Jepun serta Amerika Latin.
"Terdapat permintaan signifikan untuk meluaskan penerbitan dan pengedaran Newsweek di serata dunia," ujar Laurie Benson, daripada Empirical. "Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan IBT Media dan Newsweek untuk membantu mereka menyediakan kandungan editorial yang berjenama hebat dan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pembaca dalam lebih banyak bahasa."
Latar Belakang IBT Media
IBT Media merupakan organisasi penaung yang menerbitkan jenama editorial ikonik dan orang kaya baharu yang inovatif dengan matlamat yang sama untuk menggalakkan minat serta membolehkan keputusan berdasarkan maklumat dibuat di serata dunia. IBT Media memberikan wadah kepada para pembaca di 190 negara untuk mendapatkan isu semasa, perspektif berinspirasi dan juga maklumat penting. Jenama IBT Media kini diterbitkan oleh kakitangan tempatannya di 5 negara dan ini termasuklah International Business Times, Newsweek, Medical Daily, Latin Times serta iDigitalTimes dan banyak lagi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang IBT Media, sila layari: http://corp.ibt.com.
Latar Belakang Empirical Media
Empirical Media mempercepat pertumbuhan global bagi syarikat media, menyediakan khidmat nasihat serta khidmat media yang tiada tandingan daripada pasukannya yang terdiri daripada para pengendali yang berpengalaman. Empirical diterajui oleh veteran industri media, Jim Friedlich dan pejabatnya di London dipimpin oleh Laurie Benson, mantan Penerbit Time Magazine Eropah yang pernah memimpin Bloomberg BusinessWeek di EMEA. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari: http://empiricalmedia.com/.
Bagi mengetahui tentang peluang pelesenan, sila hubungi Laurie.Benson@empiricalmedia.com.
Maklumat Perhubungan Media
Samantha Nelson, Edelman bagi pihak Newsweek dan IBT Media
+1-212-704-4589
Samantha.nelson@edelman.com