omniture

Hong Bao Media Lancarkan Pusat Penerbitan Pemasaran Kandungan Bersepadu Pertama di Asia Tenggara

Hong Bao Media
2014-05-30 17:26 81

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Hong Bao Media (HBM) dengan bangganya melancarkan enjin perbualan pertama di Malaysia, dikhususkan untuk penerbitan video pemasaran kandungan bagi para pemasar di Asia Tenggara.

Terletak berhampiran dengan Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur di kawasan pembangunan Sentul Timur YTL, pusat penerbitan pemasaran kandungan itu mempunyai studio rakaman televisyen skrin hijau berbentuk U dan berukuran 15 x 15 kaki dari lantai ke siling, kamera berdefinisi tinggi, talian gentian optik berkelajuan tinggi untuk siaran web beresolusi tinggi dan juga kemudahan suntingan penuh serta reka bentuk grafik.

Kumpulan penulis dan penerbit berpengalaman di Hong Bao Media membantu para pelanggan untuk menghasilkan konsep, skrip serta menerbitkan dan turut mengedarkan kandungan.

"Pemasaran kandungan yang berjaya bergantung pada kandungan menarik yang sentiasa dikemas kini. Oleh itu, kami berharap agar organisasi memilih kami sebagai stesen berita televisyen tersedia untuk mereka," kata Mark Laudi, Pengarah Urusan Hong Bao Media pada majlis pelancarannya.

Institut Pemasaran Kandungan yang berpusat di AS berkata para pemasar kerap menyatakan kesuntukan masa, kekurangan kandungan dan juga kurang kepelbagaian kandungan yang menarik menjadi antara cabaran utama.

HBM dapat menyelesaikannya dengan menyediakan konsep, menulis dan turut menerbitkan kandungan perniagaan yang menarik seperti buletin berita, kajian kes, perbincangan panel, temu ramah dan juga vignet.

Pemasaran kandungan telah digunakan dengan pesat di serata dunia, memandangkan para pengguna berpeluang untuk berhubung terus dengan pelbagai jenama melalui media sosial, tanpa "dijual kepada" kempen yang tidak terbatas.

Tidak seperti pengiklanan biasa, matlamatnya adalah untuk menjana perbualan berharga dan relevan yang dapat membantu organisasi meningkatkan kesedaran, penglibatan serta petunjuk untuk jenama.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Institut Pemasaran Kandungan, 92 peratus daripada pemasar AS kini menggunakan pemasaran kandungan untuk meningkatkan kesedaran, berhubung dan turut membina kepercayaan bersama para pengguna.

Mereka mengkhususkan belanjawan pemasaran mereka sebanyak 30 peratus secara purata untuk pemasaran kandungan, dan video menjadi salah satu medium paling popular (73 peratus).

Tontonan video secara dalam talian juga telah menjadi semakin popular di Asia dengan 4 daripada 5 pengguna Internet di Malaysia menonton video secara dalam talian, menurut statistik yang dikeluarkan oleh comScore. Sejumlah besar persidangan yang dikhususkan untuk pemasaran kandungan juga telah muncul.

LATAR BELAKANG HONG BAO MEDIA

Hong Bao Media ialah penerbit yang memenangi anugerah bagi kandungan berita video untuk pelbagai pelanggan – kesemuanya dengan tumpuan perniagaan.

Lebih daripada sekadar syarikat penerbitan, pasukan HBM yang memenangi anugerah ini mempunyai kekuatan tersendiri daripada segi:

  • Editorial - para penerbit kami menyediakan konsep, skrip serta panduan editorial
  • Persembahan - pasukan kami yang terdiri daripada penyampai televisyen berpengalaman dan berbilang bahasa menambahkan kredibiliti dan autoriti
  • Pensindiketan - kami menghasilkan lebih daripada sekadar kandungan bagi memastikan ia dapat mencapai penonton sasaran yang anda kehendaki secara dalam talian, mudah alih, di luar rumah serta saluran media tradisional.

HBM juga merupakan stesen berita televisyen yang disediakan untuk organisasi anda yang dapat mengekalkan perbualan bersama prospek dan juga pelanggan anda.

Kami menghasilkan pemasaran kandungan dan komunikasi dalaman serta liputan peristiwa melalui khidmat eventv™ kami.

HBM telah mempunyai satu enjin perbualan di Daerah Perniagaan Pusat Singapura.

BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

Shreya Shetty
Pengurus Pemasaran
Hong Bao Media
(+603) 4065 0228 atau (+65) 6223 2249

Source: Hong Bao Media
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services