35% daripada permainan yang disyaki berlaku di tiga buah negara
21% adalah berkaitan dengan pasaran pertaruhan Separuh Masa Pertama Sahaja
LONDON, 16 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Data baharu daripada pakar integriti pertaruhan sukan Starlizard Integrity Services (SIS) telah mengenal pasti 79 perlawanan bola sepak yang dimainkan di seluruh dunia antara 1 Januari hingga 30 Jun 2023 yang mana dianggap sebagai "mencurigakan". Daripada jumlah ini, 28 (35%) perlawanan berlaku di tiga buah negara sahaja, dengan salah satu daripada negara tersebut menyumbang kepada 12 amaran integriti (15%).
Perlawanan yang dianalisis oleh SIS dikategorikan sebagai "mencurigakan" apabila ia didapati mempunyai corak pertaruhan mencurigakan yang berkaitan dengannya yang mungkin menunjukkan berlakunya penetapan perlawanan. Walaupun tahap syak wasangka akan menjadi berbeza-beza merentasi perlawanan yang bergantung pada jenis dan jumlah bukti yang ditemui, SIS percaya bahawa semua perlawanan yang telah dikenal pasti akan dilakukan siasatan lanjut.
79 perlawanan telah dianggap "mencurigakan" pada separuh masa pertama 2023 mewakili 0.48% daripada jumlah 16,336 perlawanan bola sepak yang dianalisis oleh SIS dalam tempoh tersebut. Ini dibandingkan dengan 84 perlawanan "mencurigakan" (0.45%) daripada sejumlah 18,845 permainan yang dianalisis untuk tempoh yang sama pada tahun 2022.
Data enam bulan pertama 2023 SIS mendedahkan bahawa:
Affy Sheikh, Ketua Starlizard Integrity Services mengulas:
"Statistik ini menunjukkan bahawa aktiviti pertaruhan yang mencurigakan dan tangan-tangan ghaib yang mengatur perlawanan akan terus menghantui sukan bola sepak - dan tidak akan hilang. Hakikat bahawa kami telah melihat tahap syak wasangka yang sama sepanjang tiga tahun yang lalu, menekankan bahawa usaha berterusan yang bersepadu dan kerjasama yang lebih kukuh dalam kalangan pihak berkepentingan anti-rasuah adalah diperlukan untuk menangani masalah yang berterusan ini dalam sukan permainan yang indah ini.
"Data terkini juga menunjukkan peningkatan dalam aktiviti yang mencurigakan dalam pasaran yang lebih khusus, seperti pertaruhan Separuh Masa Pertama Sahaja. Ini menyerlahkan kepelbagaian pasaran di mana percubaan untuk memanipulasikan perlawanan boleh berlaku. Malangnya, peningkatan dalam amaran integriti daripada liga domestik yang lebih rendah sekali lagi menunjukkan kelemahan mereka yang terlibat dalam liga dan pertandingan dengan pembiayaan yang lebih rendah di mana kewaspadaan dan pendidikan berterusan adalah yang paling penting."
Tentang Starlizard Integrity Services
Starlizard Integrity Services (SIS) ialah bahagian kepakaran integriti Starlizard, sebuah syarikat perundingan data dan pertaruhan sukan yang berpangkalan dari London Pemahaman terperinci Starlizard tentang sukan dan prestasi sukan, serta pembabitan aktifnya dan pasaran pertaruhan, memberikan perspekstif yang unik, membolehkan syarikat untuk mengenalinya dengan lebih baik berbanding yang lain apabila pasaran pertaruhan dan pertandingan sukan kelihatan tidak kena. Starlizard telah menyediakan perkhidmatan integriti bebas untuk persatuan dan badan pentadbiran sukan sejak 2010, dan menubuhkan SIS pada 2017 sebagai sumber khusus untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas ini. Menggabungkan pandangannya yang mendalam tentang bagaimana sepatutnya pasaran pertaruhan menjaga tatakelakuan dengan analisis dan kajian data prestasi atas padang yang teliti, SIS telah ditempatkan secara ideal untuk mengenal pasti perlawanan dan corak pertaruhan yang meragukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.starlizardintegrity.com
HUBUNGAN: +44 (0)20 3014 9800, integrity@starlizard.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2185291/SIS_Logo.jpg?p=medium600