omniture

Instameet Unggul Dunia - Semua Kos Ditanggung dan Anda Dijemput!

Burj Al Arab
2014-06-03 03:01 95

DUBAI, 3 Jun 2014 /PRNewswire/ -- 

Burj Al Arab mewah Dubai bekerjasama dengan akaun kembara Instagram terbesar dunia

Impikan kehidupan mewah? Mercu tanda Dubai, hotel Burj Al Arab dan akaun Instagram @beautifuldestinations telah bersatu bagi mewujudkan Instameet sedunia unggul yang akan diadakan di Dubai; termasuk butler peribadi, lawatan helikopter melihat pemandangan indah serta hidangan koktel di dalam Bilik Mewah Diraja ikonik hotel itu.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140602/690058-a )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140602/690058-b )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140602/690058-c )

Pada peringkat global, sesiapa sahaja boleh memohon untuk peluang dengan semua perbelanjaan ditanggung ini, namun hanya 10 orang sahaja yang layak mendapat peluang untuk menikmati pengalaman ini.

Selain lawatan helikopter itu dan perkhidmatan butler eksklusif, Instameet Unggul Dunia ini termasuklah:

  • Penginapan selama dua malam di dalam bilik mewah Burj Al Arab yang sangat indah
  • Makan secara percuma di restoran Burj Al Arab yang memenangi anugerah
  • Tiket penerbangan pulang serta penghantaran ke lapangan terbang dari Burj Al Arab menggunakan kereta Rolls-Royce Phantom

Instameet itu akan berlangsung pada 20 hingga 22 Jun 2014. Lima daripada sepuluh pengunjung itu akan dipilih oleh Burj Al Arab dan @beautifuldestinations sementara lima pengunjung lagi pula akan dipilih oleh orang ramai, berdasarkan populariti penyertaan imej Instagram mereka.

Mulai 8 hingga 12 Jun, orang awam digalakkan untuk menangkap imej yang mereka anggap sebagai destinasi indah mereka dan seterusnya memuat naik imej itu kepada Instagram dengan menggunakan pautan @beautifuldestinations dan #WorldsUltimateInstameet. Setiap hari lima imej teratas, yang dipilih oleh Burj Al Arab dan @beautifuldestinations, akan ditambah kepada @burjalarab, manakala pemilik imej itu dengan undian suka yang paling tinggi pula akan ditambah kepada senarai jemputan.

Tawaran Lengkap Instameet Unggul di Dunia:

  • Penginapan selama dua malam di dalam bilik mewah Burj Al Arab yang sangat indah seluas 170 meter persegi (bernilai US$2,500 satu malam) lengkap dengan butler peribadi, kemudahan tempahan khas Hermes bersaiz penuh bernilai US$600, iPad emas 24 karat, iMac skrin 21 inci serta tawaran ditempah khas yang menyeluruh
  • Parti koktel eksklusif sekali dalam seumur hidup di Bilik Mewah Diraja
  • Jelajah helikopter melihat pemandangan indah yang akan berlepas dari helipad bumbung persendirian Burj Al Arab
  • Capaian tanpa had ke Pantai Persendirian Burj Al Arab
  • Capaian tanpa had ke restoran Burj Al Arab dan bar secara percuma
  • Sesi memanjakan diri La Prairie di Spa Talise Burj Al Arab
  • Capaian tanpa had ke kemudahan riadah Burj Al Arab termasuk perpustakaan dengan skrip yang jarang ditemui dan terkenal seluruh dunia, meja snuker diraja, dua kolam renang tidak berpenghujung dalam bangunan yang diasingkan untuk wanita sahaja dan yang dibuka untuk pengunjung bercampur terletak setinggi 150 meter atas paras Teluk Arab, gelanggang skuasy persendirian, jurulatih persendirian serta ruang kesihatan dan kecergasan berasingan lelaki dan wanita gaya avant-garde menghadap lautan
  • Penerbangan pulang dan penghantaran ke lapangan terbang dari Burj Al Arab menggunakan kereta Rolls-Royce Phantom

Pengalaman pilihan:

  • Lawatan persendirian ke akuarium Burj Al Arab dan Projek Pemuliharaan Penyu Dubai kami, satu-satunya projek pemuliharaan penyu di Timur Tengah
  • Pengalaman membeli-belah peribadi dengan penggaya yang memenangi anugerah
  • Capaian kepada orang berpengaruh media sosial terbesar di Dubai untuk petua orang dalam yang terbaik

Lebih banyak imej Burj Al Arab boleh didapati dalam pustaka media Jumeirah http://media.jumeirah.com

-Tamat-

Nota kepada Editor

Apa itu Instameet? 

Instameet ialah acara yang mempertemukan orang ramai dengan minat yang sama untuk bertemu sesama sendiri, menerokai dan turut berkongsi fotografi dengan para pengikut di bawah hashtag yang sama (#WorldsUltimateInstameet).

Mengapa Burj Al Arab mengadakan Instameet?

Memandangkan platform media sosial terus mendapat pengaruh global, Burj Al Arab percaya adalah penting untuk menerima peluang baharu yang timbul sebagai hasilnya. Ramai individu berpengaruh media sosial mempunyai lebih ramai pengikut berbanding sebilangan penerbitan yang menerajui di dunia. Dengan membawakan orang berpengaruh yang penting dalam media sosial bagi menikmati Burj Al Arab, kami dapat memperluas nilai jenama teras kami dan turut memantapkan kedudukan kami sebagai peneraju industri.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:

Burj Al Arab, Jabatan Pemasaran dan Perhubungan Awam
Peti Surat 74147, Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Telefon Bimbit: +971 555008337 / +971 555009809
E-mel: BurjAlArabPR@jumeirah.com
Lawati kami di: http://www.jumeirah.com/burjalarab

Sumber: Burj Al Arab

Source: Burj Al Arab
Keywords: Hotels and Resorts Travel