RS merangsang capaian global kepada pelbagai IC analog berkuasa rendah dan berprestasi tinggi yang dimiliki Silicon Labs
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Jun 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar global bagi para jurutera, kini menyimpan stok produk litar bersepadu (IC) analog berkuasa rendah dan berprestasi tinggi yang dibangunkan oleh Touchstone Semiconductor dan baru-baru ini diperoleh oleh Silicon Labs bagi melengkapi portfolio terbenamnya untuk pasaran Internet of Things (IoT). RS akan menyediakan perkhidmatan logistik dan inventori untuk semua produk IC analog ini di Eropah, Timur Tengah serta Afrika (EMEA) dan juga Asia Pasifik.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Produk analog Touchstone yang dibeli oleh Silicon Labs termasuklah penguat beroperasi, penukar analog kepada digital, pembanding, penguat pengesan arus, IC pengurusan kuasa, IC pemasa, pengesan voltan serta rujukan voltan. Semua peranti ini menyasarkan pelbagai IoT, kawalan perindustrian, barangan elektronik pengguna dan juga aplikasi pengalatan. Semua produk analog itu kini boleh dibeli dalam gelung standard industri melalui berbilang saluran RS, termasuk katalog dalam talian dan katalog bercetak pengedar itu.
Selain produk IC analog teras ini, Silicon Labs menyediakan pilihan papan penilaian yang mudah dan mampu milik bagi mempercepat masa pembangunan untuk jurutera reka bentuk yang menggunakan rangkaian produk Touchstone. Semua papan penilaian ini juga boleh dibeli daripada RS.
"Kos, prestasi serta ketersediaan pantas semuanya pertimbangan penting untuk pereka analog," kata Jonathan Boxall, Ketua Semikonduktor Peringkat Global di RS Components. "Dengan pembelian aset Touchstone baru-baru ini, Silicon Labs kini menawarkan portfolio luas yang terdiri daripada peranti analog berkos rendah dan berprestasi tinggi terus daripada rak bagi membantu para jurutera mencapai matlamat reka bentuk mereka dengan lebih pantas."
"RS dikenali umum kerana litar elektronik bermodul (line card) semikonduktor mereka yang mantap. Pelanggan mereka menerima perkhidmatan yang bagus seluruh dunia melalui pengalaman pembelian dan penyumberan mereka," kata Phil DeMarie, Naib Presiden Jualan Saluran Global di Silicon Labs. "Perikatan dengan pengedar utama ini akan meningkatkan peluang kami untuk memperluas lagi rangkaian IC analog kami dan turut memberi para jurutera lebih banyak pilihan, capaian yang lebih mudah, di samping sejumlah besar sokongan reka bentuk dalam talian melalui komuniti kejuruteraan DesignSpark."
Latar belakang Silicon Labs
Silicon Labs ialah peneraju industri dalam inovasi IC isyarat bercampur, intensif analog yang berprestasi tinggi. Sebagai portfolio yang dibangunkan oleh pasukan kejuruteraan bertaraf dunia dengan kepakaran yang tiada tandingan dalam reka bentuk isyarat bercampur, portfolio penyelesaian semikonduktor berpaten Silicon Labs yang berkepelbagaian tinggi menawarkan kelebihan signifikan kepada para pelanggan daripada segi prestasi, saiz serta penggunaan kuasa. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Silicon Labs, sila lawati www.silabs.com.
Latar belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar global bagi para jurutera. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter jualan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui bidang masing-masing, termasuklah semikonduktor, saling hubung, pasif serta elektromekanikal, automasi dan juga kawalan, elektrik, ujian dan pengukuran, alatan serta bahan guna habis.
Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang tamat pada 31 Mac 2014, telah mencatatkan hasil sebanyak GBP 1.27 bilion.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-online.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
SUBMER RS Components