omniture

CGTN: Pertukaran belia mencerminkan persahabatan China-Afrika Selatan 'mesra, bersaudara'

CGTN
2023-08-21 20:13 32

BEIJING, 21 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai seorang guru bahasa mandarin yang pernah menjadi pelajar di Institut Confucius di Durban University of Technology, Afrika Selatan, Sanele Ntuli merupakan peserta dan benefisiari bagi pertukaran budaya dan kerjasama China-Afrika Selatan.

Sanele Ntuli (2nd R), a mandarin teacher at the Confucius Institute at Durban University of Technology, poses for a photo with faculty and students with a calligraphic work showing "China-South Africa Friendship" in Durban, South Africa, August 18, 2023. /Xinhua
Sanele Ntuli (2nd R), a mandarin teacher at the Confucius Institute at Durban University of Technology, poses for a photo with faculty and students with a calligraphic work showing "China-South Africa Friendship" in Durban, South Africa, August 18, 2023. /Xinhua

Mempelajari bahasa mandarin di institut berkenaan sejak tahun 2018, beliau pernah ke China untuk belajar selama setahun pada tahun 2019, mengalami pembangunan China. Minat beliau yang tinggi dan pembelajaran yang gigih membolehkan beliau menyediakan pengajian bahasa mandarin untuk rakyat tempatan di Afrika Selatan.

Baru-baru ini, 50 fakulti dan pelajar di institut tersebut menulis sepucuk surat kepada Presiden China Xi Jinping, bagi mengucapkan terima kasih kepada beliau dan kerajaan China kerana memberi peluang kepada anak muda Afrika untuk mempelajari bahasa Cina dan mengejar impian mereka.

Asalnya, ia merupakan idea Ntuli untuk menulis kepada Presiden Xi bagi memaklumkan kepada beliau tentang perkembangan dan pencapaian institut berkenaan. "Ia akan menjadi detik yang menggembirakan sekiranya Presiden Xi membalas dan mengunjungi kami," kata beliau kepada China Media Group.

Untunglah impian beliau menjadi kenyataan. Pada 18 Ogos, Xi membalas surat tersebut, menggalakkan mereka untuk mempelajari bahasa Cina dengan baik dan menyumbang untuk meneruskan persahabatan China-Afrika Selatan serta mendorong kerjasama yang mesra antara kedua-dua negara.

Presiden China dijadualkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-15 di Johannesburg, bandar terbesar di Afrika Selatan dan mengadakan lawatan ke negara tersebut mulai 21 hingga 24 Ogos.

Pertukaran budaya antara China dan Afrika Selatan

Semasa lawatan beliau ke Afrika Selatan pada Mac 2013, Xi menyaksikan penandatanganan perjanjian bagi penubuhan bersama Institut Confucius di Durban University of Technology antara China dan Afrika Selatan. Sejak itu, institut berkenaan telah melatih hampir 10,000 orang pelajar.

Dalam surat beliau, Xi memuji persahabatan China dan Afrika Selatan yang istimewa, mesra dan bersaudara. Mempelajari dan memahami bahasa serta budaya satu sama lain menyumbang untuk mempermudah persefahaman dan memupuk persahabatan yang berkekalan antara rakyat kedua-dua negara, tulis presiden China.

Guru dan pelajar dialu-alukan untuk melawat China dengan lebih kerap, memahami dengan lebih mendalam tentang China, berkongsi pemandangan China yang sebenar, berbilang dimensi dan panoramik dengan lebih ramai rakan dan berusaha menjadi utusan untuk mewarisi dan membangunkan persahabatan antara kedua-dua negara, menyumbang bagi mendorong persahabatan serta kerjasama China-Afrika dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, kata Xi.

Ketika ini, terdapat enam Institut Confucius dan tiga bilik darjah Confucius bebas di Afrika Selatan. Lebih daripada 10 universiti di China telah menjalin perkongsian dengan universiti-universiti di Afrika Selatan.

Pada tahun 2015, Afrika Selatan menjadi peneraju dalam mengintegrasikan pengajaran bahasa Cina ke dalam sistem pendidikan kebangsaan antara negara-negara Afrika.

Kepentingan lawatan Xi yang akan datang

Tahun ini turut menandakan ulang tahun ke-25 pewujudan hubungan diplomatik antara China dan Afrika Selatan.

Seorang jurucakap Kementerian Luar China berkata bahawa presiden China akan bertukar-tukar pandangan bersama Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengenai hubungan dua hala dan merangka pelan tindakan untuk pertumbuhan hubungan dua hala, menyuntik dorongan yang kuat ke dalam pembinaan komuniti China-Afrika Selatan peringkat tinggi dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Mengambil maklum bahawa Afrika Selatan merupakan rakan kongsi strategik China yang komprehensif dan merupakan negara Afrika pertama yang menyertai Inisiatif Jalur dan Jalan, jurucakap itu berkata hubungan dua hala telah mencapai pembangunan yang melonjak dan menjangkau lebih daripada skop dua hala dan semakin membawa kepentingan global.

Tidak kira sejauh mana landskap antarabangsa mungkin berubah, China tidak akan mengubah komitmennya untuk mempererat persahabatan dan meningkatkan solidariti serta kerjasama bersama Afrika Selatan, tambah beliau.

https://news.cgtn.com/news/2023-08-20/Youth-exchanges-reflect-success-of-China-South-Africa-friendship-1mqbhdDWccE/index. html

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service