SINGAPURA, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Kajian Sentimen Pengguna ASEAN (ACSS) 2023 utama UOB mendapati bahawa inflasi yang semakin meningkat dan peningkatan perbelanjaan mencetuskan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi di ASEAN, manakala penerimaan dan penggunaan perbankan digital dan saluran pembayaran menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan.
Lebih 70 peratus responden ACSS 2023 UOB berkata mereka menjangkakan negara mereka mengalami kegawatan ekonomi pada tahun hadapan[1], mematahkan harapan pemulihan memandangkan sentimen lemah secara relatifnya tetap tidak berubah dari tahun lalu. Kajian tersebut turut mendedahkan keutamaan yang semakin meningkat terhadap mod perbankan digital seperti aplikasi perbankan mudah alih serta mod pembayaran yang lebih baharu seperti e-dompet/pembayaran berasaskan-kod QR, platform pembayaran e-dagang dan kad debit atau kredit dompet mudah alih.
Dalam tahun keempatnya, kajian ACSS UOB dijalankan mulai 1 hingga 26 Jun 2023 dan menyoal selidik 3,400 responden secara dalam talian dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Ini juga merupakan kali pertama UOB bekerjasama dengan firma perunding pengurusan global Boston Consulting Group untuk kajian tersebut.
"Walaupun ACSS 2023 UOB menunjukkan bahawa pengguna ASEAN mempunyai pandangan yang berhati-hati mengenai prospek memandangkan inflasi di Singapura dan pasaran-pasaran maju yang lain tetap tinggi, kami gembira melihat bahawa keghairahan terhadap dorongan untuk digitalisasi dan penerimaan terhadap era teknologi baharu tidak menunjukkan penurunan. Sebagai barometer sentimen serantau terhadap ekonomi serta bidang kepentingan yang berkaitan seperti tingkah laku perbelanjaan dan kewangan serta teknologi, penemuan daripada UOB ACSS 2023 menawarkan pandangan berharga kepada pengguna dan perniagaan, untuk menyesuaikan diri dan menenangkan diri mereka untuk mengharungi persekitaran ekonomi yang tidak menentu ketika ini," kata Cik Jacquelyn Tan, Ketua, Perkhidmatan Kewangan Peribadi Kumpulan, UOB.
"Sebagai sebuah institusi kewangan, trend dan pandangan yang ditonjolkan oleh kajian ini yang berkaitan dengan kebimbangan utama pengguna, tingkah laku simpanan, kewangan dan digital serta keutamaan akan membantu kami memahami pelanggan kami dengan lebih baik di seluruh rantau ini. Ini membolehkan kami memenuhi keperluan mereka dan memantapkan usaha penglibatan kami, bagi menyokong pelanggan kami untuk menyesuaikan diri dalam landskap perbankan dan digital baharu serta merebut peluang dalam persekitaran ekonomi semasa untuk mara ke arah cita-cita kewangan mereka."
Inflasi mematahkan harapan pemulihan ekonomi, namun keyakinan masih kekal
Inflasi yang semakin meningkat merupakan aspek kebimbangan utama di ASEAN dengan 63 peratus responden meluahkan kerisauan terhadapnya, manakala 57 peratus bimbang tentang peningkatan perbelanjaan isi rumah. Rakyat Singapura merupakan yang paling bimbang terhadap dua aspek ini, dengan masing-masing 71 peratus dan 64 peratus responden bimbang mengenai inflasi yang semakin meningkat dan peningkatan perbelanjaan isi rumah. Tiga kebimbangan kewangan teratas untuk rantau ini ialah keupayaan untuk memperuntukkan wang untuk simpanan (37 peratus), keupayaan untuk membeli barang keperluan (31 peratus) dan keupayaan untuk mengekalkan gaya hidup semasa (28 peratus). Bil utiliti (42 peratus) dan barang runcit isi rumah (34 peratus) merupakan dua item teratas yang lebih banyak dibelanjakan oleh pengguna, diikuti oleh penghantaran/bawa pulang makanan dan pendidikan anak bersama-sama berada di tempat ketiga (31 peratus). Bagi perbelanjaan mengikut budi bicara, kebanyakan orang mengurangkan perbelanjaan terhadap barang kemas (38 peratus) dan makan luar (34 peratus), diikuti oleh perkakas rumah dan perabot (32 peratus).
Sungguhpun demikian, keyakinan meningkat memandangkan tiga dalam lima di rantau ini menjangkakan diri mereka akan berada dalam keadaan lebih baik dari segi kewangan menjelang Jun tahun hadapan, dengan Vietnam (76 peratus) mendahului kumpulan ini diikuti oleh Indonesia (74 peratus) dan Thailand (68 peratus). Ini selari dengan tinjauan UOB untuk separuh kedua 2023, bahawa sentimen akan bertambah baik apabila kadar faedah serantau stabil dan pertumbuhan ekonomi kekal kukuh.
Di Singapura, dua keadaan kewangan teratas yang paling membimbangkan ialah keupayaan untuk memperuntukkan wang untuk simpanan (42 peratus) dan keupayaan merancang lebih awal untuk persaraan (37 peratus), dengan keupayaan untuk membeli barang keperluan dan keupayaan untuk mengekalkan gaya hidup semasa bersama-sama berada di tempat ketiga (31 peratus). 43 peratus pengguna yang disoal selidik menyatakan bahawa mereka berbelanja lebih banyak untuk bil utiliti pada tahun lalu, dengan 34 peratus melaporkan peningkatan dalam perbelanjaan barang runcit isi rumah dan 32 peratus membayar lebih untuk perjalanan ulang-alik harian mereka. Lebih daripada satu perempat rakyat Singapura juga lebih membuat belanjawan untuk perbelanjaan mereka, satu pertumbuhan enam peratus berbanding tahun lalu. Lantaran itu, pengguna kurang memperuntukkan wang untuk simpanan, dengan 23 peratus mendedahkan keadaan sedemikian. Gen Z[2] ialah demografi yang paling konservatif dengan 48 peratus merancang untuk menyimpan lebih banyak pada tahun ini berbanding purata negara iaitu 35 peratus, manakala Gen Y[3] mengutamakan pelaburan dengan 30 peratus memperuntukkan wang mereka untuk dilaburkan berbanding purata negara 24 peratus.
Tanpa mengira sentimen ekonomi, UOB mengutamakan pandangan jangka panjang berhubung perancangan kekayaan, dengan sikap jimat-cermat dan pengurusan risiko menjadi asas utama. Pada mana-mana titik dalam kitaran ekonomi, UOB akan menasihati pelanggan untuk mewujudkan pelan kewangan yang kukuh, memenuhi perbelanjanaan yang diperlukan, perlindungan dan juga membina kekayaan mereka. Sebagai contoh, pelabur muda harus mengambil langkah kecil namun berterusan untuk mencapai matlamat kewangan mereka, membina simpanan mereka sambil meraih faedah pelaburan awal. Satu cara yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melalui UOB SimpleInvest, platform pelaburan digital yang dibina berkisarkan matlamat pelanggan dan selera risiko yang menawarkan empat penyelesaian pelaburan yang diurus dengan aktif, dua daripadanya memanfaatkan pandangan daripada Ketua Pegawai Pelaburan UOB Private Bank. Dengan penyelesaian dan produk yang memenuhi keperluan tahap kehidupan yang berbeza, UOB mempunyai cadangan untuk setiap demografi bagi memastikan keperluan kewangan mereka dipenuhi secukupnya.
Penggunaan perbankan digital dan saluran pembayaran semakin meningkat
Pengguna ASEAN semakin menggunakan perkhidmatan perbankan pada telefon bimbit mereka bagi memenuhi keperluan kewangan mereka dan lebih mudah menerima teknologi seperti platform disatukan untuk data kewangan mereka. Hampir 55 peratus responden telah meningkatkan penggunaan aplikasi perbankan mudah alih mereka sepanjang tahun lalu, dengan perbankan Internet melalui penyemak imbas web menduduki tempat kedua pada 35 peratus. Secara berasingan, platform data kewangan disatukan mencatatkan peningkatan penggunaan sebanyak 20 peratus di seluruh rantau ini. Thailand dan Vietnam merupakan pengguna yang paling bersemangat di seluruh rantau ini, manakala di Singapura, satu dalam lima Gen Y meningkatkan penggunaan platform seperti SGFinDex yang memberi pandangan disatukan tentang maklumat kewangan pengguna. Pelanggan UOB bukan sahaja dapat mengakses SGFinDex melalui aplikasi UOB TMRW, Bank juga merupakan yang mengintegrasikan platform ini dengan Alat Penasihat Portfolionya (Portfolio Advisory Tools), lalu membolehkan penasihat pelanggan memantau, mengurus dan mengoptimumkan portfolio kekayaan pelanggan secara lebih holistik.
Satu lagi titik data yang ketara ialah cawangan bank menyaksikan peningkatan penggunaan sebanyak 17 peratus di seluruh rantau ini, satu petunjuk bahawa pengguna masih menghargai interaksi bersemuka sebagai pelengkap kepada pelbagai saluran digital yang tersedia. Di Singapura, lebih daripada separuh memilih menggunakan platform digital untuk perkhidmatan yang ringkas seperti memohon kad kredit dan debit serta menyemak status ganjaran, namun memilih luar talian atau kombinasi saluran untuk transaksi yang lebih kompleks seperti transaksi bernilai tinggi, memohon dan membiayai semula pinjaman bank mereka serta membeli insurans. Ini benar-benar selaras dengan pendekatan omni-saluran UOB[4] yang mana Bank menawarkan model penglibatan dalam talian-ke-luar talian yang lancar bersama pelanggannya. Keberkesanan omni-saluran jelas memandangkan pelanggan ini merupakan yang paling terlibat dengan Bank, memegang dan membuat transaksi sehingga 20 kali lebih banyak daripada pelanggan tradisional[5].
Dalam bidang pembayaran, pengguna ASEAN menunjukkan mereka merupakan pengguna yang bijak bagi teknologi terkini. E-dompet/pembayaran berasaskan-kod QR mengungguli mod pembayaran serantau, dengan 56 peratus responden menggunakannya pada tahun lalu. Platform pembayaran e-dagang menduduki tempat kedua pada 49 peratus, dengan kad kredit atau debit dompet mudah alih menduduki tempat ketiga pada 48 peratus. Yang terakhir ialah mod pembayaran yang paling ingin dicuba oleh pengguna, dengan 22 peratus menyatakan keinginan untuk berbuat demikian pada tahun hadapan.
Di Singapura, pengguna masih memilih untuk membayar melalui platform bank berbanding platform pihak ketiga, dengan kad kredit dan debit fizikal merupakan mod pembayaran pilihan utama pada 62 peratus. Kad kredit dan debit dompet mudah alih dan perkhidmatan pembayaran Rakan-ke-Rakan bersama-sama menduduki tempat kedua pada 50 peratus. Sama seperti rakan serantau mereka, rakyat Singapura paling berminat untuk mencuba pembayaran kad kredit atau debit dompet mudah alih pada tahun akan datang, dengan 20 peratus menunjukkan mereka akan berbuat demikian.
Dengan jejak yang terbesar di ASEAN, UOB berkedudukan baik untuk memenuhi keperluan rentas sempadan pelanggan di rantau ini. Proposisi kad serantau yang unik daripada UOB, yang mana semua pemegang kad menikmati ganjaran dan keistimewaan yang sama pada pedagang rakan kongsi di seluruh ASEAN, digandingkan dengan pengembangan Bank untuk penyelesaian pembayaran rentas sempadan dan pindahan dana ke pasaran-pasaran utama seperti Malaysia dan Thailand, menempatkannya dalam perjalanan untuk menjadi bank runcit pilihan untuk pengguna di rantau ini. Penyertaan UOB dalam hubungan pembayaran rentas sempadan yang diterajui kerajaan ini akan turut mengukuhkan perkongsian minda serta penggunaan Bank di ASEAN, selain menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan di seluruh rantau ini.
Perbankan berhubung Pemperibadian
Majoriti besar pengguna ASEAN terbuka untuk berkongsi data kewangan mereka dengan bank dan menyokong maklumat mereka digunakan untuk menyusun atur produk dan perkhidmatan yang diperibadikan mengikut keperluan dan kemahuan mereka. Lebih 70 peratus daripada responden berasa selesa berkongsi data kewangan untuk disatukan oleh bank pada satu platform, dengan 83 peratus memilih untuk berbuat demikian melalui aplikasi perbankan berbanding penyedia perkhidmatan aplikasi lain seperti aplikasi e-dagang/membeli-belah dan aplikasi berbilang perkhidmatan. Daripada kesemua responden ini, lebih daripada 90 peratus menyatakan keutamaan menerima tawaran produk dan perkhidmatan diperibadikan pada aplikasi perbankan mereka. Permintaan yang kukuh terhadap pemperibadian juga konsisten dalam semua kumpulan umur, tahap pendapatan dan jantina yang disoal selidik.
Pemperibadian merupakan tonggak penting UOB. Bermula daripada tawaran hingga ganjaran yang ditawarkan kepada pelanggan berdasarkan kepada pembelian terdahulu mereka, hingga kad pandangan mendalam yang dihantar melalui aplikasi UOB TMRW berdasarkan kepada tingkah laku perbelanjaan dan bantu ingat yang dicetuskan apabila ambang untuk kadar faedah akaun simpanan akan dipenuhi, UOB komited untuk melakukan perkara yang betul oleh pelanggan untuk meraikan mereka seadanya.
Latar Belakang UOB
UOB ialah sebuah bank yang terkemuka di Asia. Beroperasi melalui pejabat besarnya di Singapura dan subsidiari-subsidiari perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, UOB mempunyai jaringan global dengan sekitar 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah serta Amerika Utara. Sejak diperbadankan pada tahun 1935, UOB berkembang secara organik dan melalui beberapa pemerolehan strategik. Hari ini, UOB dinilai sebagai antara bank terkemuka di dunia: Aa1 oleh Moody's Investors Service dan AA- oleh kedua-dua S&P Global Ratings dan Fitch Ratings.
Selama hampir sembilan dekad, UOB menerima pakai pendekatan berpusatkan pelanggan bagi mencipta nilai jangka panjang dengan kekal relevan melalui semangat keusahawannya dan melakukan perkara yang betul oleh pelanggannya. UOB memfokuskan pada pembinaan masa depan ASEAN – untuk penduduk dan perniagaan di dalamnya serta berhubung dengan, ASEAN.
Bank ini menghubungkan perniagaan dengan peluang di rantau ini dengan jejak serantau yang tiada tandingan serta memanfaatkan data dan pandangan untuk berinovasi dan mencipta pengalaman dan penyelesaian perbankan diperibadikan yang memenuhi keperluan unik setiap pelanggan dan keutamaan yang semakin berkembang. UOB juga komited untuk membantu perniagaan mencipta masa depan lestari, dengan memupuk keterangkuman sosial, mencipta impak alam sekitar yang positif dan mengusahakan kemajuan ekonomi. UOB percaya dalam menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan teguh dari segi sokongannya terhadap bidang seni, pembangunan sosial kanak-kanak dan pendidikan, melakukan perkara yang betul oleh komuniti dan pihak berkepentingannya.
[1] Tahun hadapan merujuk kepada 12 bulan akan datang, bermula dari Julai 2023. |
[2] Generasi Z merujuk kepada mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun. |
[3] Generasi Y merujuk kepada mereka yang berumur 25 hingga 40 tahun. |
[4] Pelanggan omni-saluran ialah pelanggan yang menggunakan kombinasi saluran fizikal dan digital, termasuk perbankan dalam talian dan aplikasi perbankan mudah alih. Pelanggan tradisional ialah pelanggan yang hanya menggunakan saluran fizikal seperti cawangan dan pusat panggilan. |
[5] Untuk tahun kalendar 2022. |