Membolehkan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) mencuba Pembuktian Konsep (PoC) sebelum memindahkan pelanggan ke 5G
MUMBAI, India, 23 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini mengumumkan pelancaran Makmal Perayauan 5G berasaskan awan global (Makmal) miliknya yang membolehkan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) mencuba kes penggunaan rangkaian kendiri 5G sebelum memperkenalkan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan mereka. Melalui makmal ini, Tata Communications memanfaatkan potensi 5G untuk membantu membawa pembaharuan dalam pengalaman mobiliti kepada pengendali rangkaian mudah alih yang memberi manfaat kepada pengguna dan pelanggan perusahaan mereka.
Makmal Perayauan 5G berasaskan awan daripada Tata Communications ini menguji pengalaman perayauan mudah alih antarabangsa dengan memantau pergerakan trafik dan penggunaan rangkaian dengan teliti untuk memberikan kualiti pengalaman tertinggi kepada pengguna telefon mudah alih semasa perayauan. Ujiannya mendapat penilaian prestasi objektif merentasi rangkaian yang terhubung dalam proses pertukaran semasa pengguna dalam perayauan. Ia juga termasuk penyertaan dan percubaan Internet pada rangkaian kendiri 5G berkelajuan tinggi, amat boleh dipercayai dan berkependaman rendah.
Makmal Perayauan 5G baharu daripada Tata Communications ini direka khas bagi memastikan keselamatan sebagai keutamaan operasinya. Ia dilengkapi dengan aplikasi pelayan berteknologi tinggi yang menyediakan ketersambungan perayauan 5G berkelajuan tinggi dan lancar serta keselamatan rangkaian. Rangkaian yang selamat dan tangkas adalah penting memandangkan penerimagunaan 5G yang semakin pesat di peringkat global dengan GSMA meramalkan 5 bilion sambungan 5G menjelang tahun 2030 (Sumber: The Mobile Economy 2023 (gsma.com).
"Ketersambungan merupakan bahan utama dalam dunia digital yang serba pantas hari ini. Internet yang pantas, selamat dan tersedia pada setiap masa adalah amat penting kepada pelanggan, sama ada mereka pelanggan individu atau perusahaan. Kami teruja untuk memperkenalkan keupayaan terbaharu kami dalam ujian perayauan 5G yang memastikan pelanggan MNO menerima perkhidmatan yang terbukti," kata Mysore Madhusudhan, Naib Presiden Eksekutif, Kerjasama dan Penyelesaian Terhubung Tata Communications. "Dengan memastikan bahawa ujian boleh dilakukan merentasi lokasi geografi, ia meningkatkan fleksibiliti yang tersedia kepada MNO untuk menyampaikan perkhidmatan yang unggul dan tangkas. Dilengkapkan dengan ketersambungan yang pantas dan tanpa gangguan, generasi ini akan memecut jauh lebih pantas berbanding generasi sebelumnya!"
Tata Communications ialah peneraju global dalam Perkhidmatan Perayauan Mudah Alih, dengan rekod prestasi yang terbukti dalam membawa perkhidmatan isyarat perayauan 2G/ 3G/ 4G di lebih 200 buah negara. Hubungannya di seluruh dunia dengan lebih 700 MNO memberikannya kelebihan semula jadi untuk menyediakan perkhidmatan perayauan 5G. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com.
Tentang Tata Communications
Sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah pemboleh ekosistem digital global yang menjana ekonomi digital yang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah syarikat Fortune 500 merupakan pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com.
Twitter | Facebook | LinkedIn | Instagram | YouTube
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya dan pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan ini melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend, yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications, atau keputusan industri, berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini termasuk, antara lainnya, kegagalan untuk meningkatkan jumlah trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan untuk berjaya menyelesaikan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu, termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan untuk menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat ini; kegagalan untuk menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dalam dasar atau peraturan kerajaan India dan secara khususnya, perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; serta secara amnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab untuk, dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2023 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Tata Sons Private Limited di India dan negara-negara tertentu.