omniture

Huawei dan Ericsson Tandatangani Perjanjian Pelesenan-Silang Paten Jangka Panjang

Huawei
2023-08-28 08:50 43

SHENZHEN, China, 28 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Huawei dan Ericsson telah menandatangani perjanjian pelesenan-silang paten global jangka panjang yang meliputi paten yang penting untuk pelbagai jenis standard seperti standard 3GPP, ITU, IEEE dan IETF untuk teknologi selular 3G, 4G dan 5G. Perjanjian tersebut meliputi penjualan infrastruktur rangkaian dan peranti pengguna syarikat masing-masing, memberi akses global kepada kedua-dua pihak untuk teknologi terpiawai, berpaten satu sama lain.

"Kami berasa gembira dapat mencapai perjanjian pelesenan-silang global jangka panjang dengan Ericsson," kata Alan Fan, Ketua Jabatan Harta Intelek Huawei. "Sebagai penyumbang utama kepada paten penting standard (SEP) untuk komunikasi mudah alih, syarikat-syarikat ini mengiktiraf nilai harta intelek satu sama lain dan perjanjian ini mewujudkan persekitaran paten yang lebih mantap. Ia menunjukkan komitmen yang diberikan oleh kedua-dua pihak bahawa harta intelek haruslah dihormati dan dilindungi sewajarnya."

Sepanjang 20 tahun lalu, Huawei telah menjadi penyumbang utama kepada standard ICT arus perdana termasuk untuk codec selular, Wi-Fi dan multimedia. Pada tahun 2022, Huawei mengungguli senarai kedudukan pemohon Pejabat Paten Eropah bagi bilangan permohonan paten yang difailkan dengan 4,505 permohonan.

"Komitmen kami untuk berkongsi inovasi teknologi yang terkemuka akan memacu pembangunan industri yang sihat, mampan serta menyediakan kepada pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang lebih tangkas," tambah Fan.

Huawei merupakan kedua-dua pemegang dan pelaksana SEP serta berusaha mengambil pendekatan yang seimbang terhadap pelesenan. Dengan menandatangani perjanjian ini, ia memberi dan juga mendapat akses kepada teknologi penting. Fan berkata, "Perjanjian ini merupakan hasil daripada perbincangan intensif yang memastikan kepentingan kedua-dua pemegang paten dan pelaksana dipenuhi dengan adil."

Latar Belakang Huawei

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai 207,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan berusaha ke arah sambungan merata dan akses rangkaian inklusif, meletakkan asas untuk dunia pintar; menyediakan kuasa pengkomputeran terpelbagai di tempat anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya, untuk membawa infrastruktur awan dan kecerdasan ke semua empat pelosok dunia; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; serta menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih pintar dan lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, semasa dalam perjalanan, di pejabat, sedang berseronok atau bersenam. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts