EYSINS, Switzerland, 5 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Selari dengan misinya sebagai inovator pasaran, Biosafe dengan bangganya mengumumkan pelancaran peranti multipemprosesan, SepaMax di majlis Simposium Darah Tali Pusat Antarabangsa di San Francisco.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140407/679480)
SepaMax dihasilkan untuk pemprosesan sel kadar celus yang tinggi. Berdasarkan teknologi Sepax oleh Biosafe yang menerajui industri, ia menyediakan enam modul pemprosesan dalam pakej padat yang dikawal secara berpusat. Digabungkan dengan kit dan protokol yang sangat berkesan daripada segi kos, SepaMax dapat memproses sepenuhnya secara automatik sehingga 20 unit / jam, lalu menjadikannya sangat menarik bagi pengeluaran bank darah tali pusat berskala besar.
Olivier Waridel, Ketua Pegawai Eksekutif Biosafe mengulas: "Peranti SepaMax baharu ini melengkapkan portfolio Biosafe, menyediakan automasi serta kadar celus yang tinggi dan berkualiti dalam satu pakej. SepaMax sangat sesuai untuk bank darah tali pusat besar yang mahukan prestasi tinggi berserta keberkesanan kos. SepaMax ialah platform teknologi serba baharu yang juga akan menyediakan aplikasi baharu untuk biopemprosesan pada masa akan datang."
Latar Belakang Biosafe Group
Setelah diasaskan pada tahun 1997, Biosafe Group aktif mereka bentuk, mengeluarkan dan turut memasarkan sistem pemprosesan sel automatik. Beribu pejabat di Switzerland dan dimiliki secara persendirian, Biosafe Group beroperasi melalui syarikat subsidiari serantau (Geneva, Houston, Hong-Kong, Shanghai serta São Paulo) dan berada di lebih 50 negara, sama ada secara terus atau melalui pengedar.
Maklumat lanjut:
Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group SA
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch
SUMBER Biosafe Group S.A.