omniture

KAJIAN MASA SKRIN GOLONGAN BELIA LINGOKIDS 2023: BAGAIMANA MEMBANTU KANAK-KANAK TIDAK MENJADI 'ZOMBI SKRIN'

Lingokids
2023-08-29 15:35

LOS ANGELES, MADRID dan MEXICO CITY, 29 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada masa kini, ibu bapa dan penjaga menghadapi kerisauan yang semakin meningkat tentang pendedahan dan penglibatan anak-anak mereka dengan skrin. Bagi membantu membimbing ibu bapa tentang keputusan masa skrin yang ideal untuk keluarga mereka, Lingokids iaitu aplikasi pembelajaran nombor satu untuk kanak-kanak, telah menjalankan sebuah  kajian yang komprehensif bersama-sama dengan pakar industri yang menyelami trend dan tabiat masa skrin dalam kalangan kanak-kanak yang berumur daripada 2 hingga 8 tahun.

 

Penemuan Utama: 

  • 1 daripada 3 ibu bapa berasa bimbang anak mereka ketagih dengan skrin.
  • Hanya 50% daripada ibu bapa yang sangat terlibat dalam memantau masa skrin anak-anak mereka.
  • 64.6% daripada ibu bapa percaya bahawa mereka sendiri menghabiskan terlalu banyak masa pada skrin.

"Skrin akan sentiasa wujud dalam persekitaran rumah," kata Dr. Michael Rich, Pengasas Digital Wellness Lab. "Masa skrin interaktif ialah suatu bahasa pada zaman kita dan ia juga adalah cara kita belajar, berkomunikasi, mencipta dan berhubung dengan orang lain. Perkara utama bukanlah dengan mengehadkan masa skrin kanak-kanak, sebaliknya membimbing mereka tentang cara menggunakannya". 

Bagaimana Ibu Bapa Boleh Memantau Pilihan Masa Skrin

Kajian ini mendedahkan bahawa hanya 50% daripada ibu bapa terlibat secara aktif dalam memantau dan mengawal masa skrin anak-anak mereka. Para pakar percaya bahawa ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam memeriksa perkara yang dilakukan oleh anak mereka pada skrin, sekiranya anak-anak meneroka jenis masa skrin tanpa had pada aplikasi seperti YouTube, TikTok atau aplikasi yang mempunyai pengiklanan.

Masa Skrin Berkualiti lwn Tidak Berkualiti

Kajian ini menyelami kepentingan masa skrin "aktif", iaitu jenis masa skrin yang menggalakkan perkembangan kognitif, pemikiran kritis dan kemahiran sosio-emosi.

"Melihat masa skrin yang tidak berkualiti menggalakkan kepasifan, hiburan kosong dan gangguan tanpa rasa ingin tahu. Ia juga boleh menggantikan pengalaman memperkayakan kognitif lain untuk kanak-kanak, seperti bermain dengan kanak-kanak lain, berimaginasi atau meneroka alam semula jadi," jelas Dr. Michael Rich, Pengasas Digital Wellness Lab. "Masa skrin yang berkualiti ialah sesuatu yang mencabar, membangkitkan rasa ingin tahu dan bertanyakan soalan kepada kanak-kanak supaya mereka berinteraksi dan mengembangkan pengetahuan mereka, bukannya hanya memberi mereka maklumat yang telah diringkaskan terlebih dahulu."

Memberi Teladan Yang Baik 

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak mereka dari segi penggunaan masa skrin. 64.6% daripada ibu bapa yang ditinjau percaya bahawa mereka sendiri

menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan skrin. Pakar menekankan kepentingan memimpin melalui teladan dan menggunakan skrin dengan cara yang menggalakkan kandungan berfaedah dan tabiat sihat untuk seisi keluarga.

Kesimpulan Utama 

Kajian ini menyimpulkan bahawa skrin boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak apabila digunakan dengan betul dan secara interaktif. Ibu bapa harus memberi tumpuan kepada kandungan dan had masa, menggunakan aplikasi dan video pendidikan untuk menggalakkan pembelajaran, rasa ingin tahu dan perkembangan. Dengan menunjukkan contoh yang baik dan memupuk masa skrin aktif dan selamat, ibu bapa boleh memastikan bahawa pengalaman digital anak-anak mereka memperkaya dan menyeronokkan.

Tentang Lingokids 

Lingokids ialah sebuah syarikat media dan teknologi pendidikan yang membantu mengubah cara kanak-kanak boleh memperoleh pendidikan tradisional dan kemahiran hidup moden.

Hubungan media:  
Sara Mateos-Aparicio
Tel: +34 638324038
E-mel: sara@lingokids.com
Laman Web: www.lingokids.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=Py4cheYoWYY
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2194511/Lingokids_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Lingokids
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Mobile Entertainment Social Media Telecommunications Children-related news Survey, Polls & Research