omniture

Pusat Pengajian Perniagaan Antarabangsa Suzhou Tandatangani MOU Promosikan CSR di China

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2014-06-06 13:02 120

SUZHOU, China, 6 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Peranan tanggungjawab sosial korporat di masa depan persekitaran perniagaan China yang berkembang merupakan topik yang menarik lebih 80 ahli eksekutif Perikatan Tanggungjawab Sosial Korporat Suzhou Industrial Park (SIP) untuk berhimpun di Pusat Pengajian Perniagaan Antarabangsa Suzhou (IBSS) minggu lalu. Persidangan tersebut yang telah diadakan di Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU), telah dianjurkan bersama oleh IBSS dan Pejabat Ketamadunan Kerohanian Publisiti SIP.

Para hadirin terdiri daripada pengurus dan perwakilan industri dari China dan seluruh dunia, serta ahli pegawai kerajaan Suzhou dan juga profesor daripada XJTLU.

IBSS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Perikatan CSR SIP yang memperlihatkan komitmen IBSS untuk membangunkan integriti dalam perniagaan dan dalam masa yang sama memastikan Pusat Pengajian Perniagaan dapat memberikan kesan positif serta sumbangan yang bermakna kepada masyarakat menerusi pendidikan, penyelidikan dan juga pelibatan perniagaan.

"IBSS telah memeterai Prinsip Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pendidikan Pengurusan Bertanggungjawab dan majlis menandatangani MOU hari ini merupakan langkah penting dalam melaksanakan beberapa konsep dan juga prinsip tanggungjawab sosial korporat serta pembangunan mampan," jelas Dekan IBSS, Sarah Dixon. "Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Perikatan CSR SIP dan berharap dapat memberikan kesan yang lebih besar terhadap ekonomi dan juga masyarakat SIP."

Puan Yao, Pengarah Pejabat Ketamadunan Kerohanian Publisiti SIP berkata, "Kami telah beroleh sejumlah pengalaman dalam beberapa tahun yang lalu. Namun, bagi manfaat kemajuan masa depan kawasan ini, organisasi ini perlu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada jabatan akademik yang berkaitan. IBSS ialah apa yang kami cari selama ini. Sebenarnya ini merupakan kerjasama sama menang. Melalui kerjasama dengan SIP, IBSS boleh menggunakan sumber SIP secara sepenuhnya, lalu mengukuhkan hubungan dengan syarikat dari luar negara dan juga syarikat domestik."

Latar Belakang XJTLU:

Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool merupakan universiti antarabangsa yang ditubuhkan bersama oleh institusi yang menerajui bidangnya dari China dan U.K. Sebagai usaha sama China-British bebas, XJTLU ialah perintis bidang pengajian tinggi di tanah besar China. Kampusnya terletak di bandar Warisan Dunia Suzhou di kawasan pinggir laut Timur China yang terkenal sebagai tumpuan keempat terbesar bagi KDNK di China serta menyediakan persekitaran yang tersendiri untuk menuntut ilmu, menetap dan juga berkembang maju. Selain jumlah pelajar tempatan dan kakitangan kami yang ramai, XJTLU terus membangunkan imej kosmopolitan serta potensi akademik pada peringkat global dengan mengambil pelajar dan profesor dari seluruh dunia.

Ikuti kami:
facebook.com/xjtlu
weibo.com/xjtlu
twitter.com/xjtlu
linkedin.com/company/xi'an-jiaotong-liverpool-university

SUMBER: Xi'an Jiaotong-Liverpool University

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Corporate Social Responsibility Trade show news