omniture

XJTLU Menganjurkan Pembukaan Rasmi Kesatuan Universiti Kerjasama China-asing di Suzhou, China

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2014-06-06 17:09 101

SUZHOU, China, 6 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Enam universiti China-asing berhimpun bersama semalam bagi menandakan pembukaan rasmi Forum Presiden dan Kesatuan Universiti Kerjasama China-asing, acara yang pertama seumpamanya yang diadakan di tanah besar China.

Sebagai salah satu daripada universiti usaha sama yang tertua di China, Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU) telah terpilih bagi mengacarakan acara seharian tersebut yang memberi peluang kepada para pemimpin keenam-enam universiti itu bertemu dengan wakil kerajaan China bagi menyaksikan pembentukan Kesatuan itu dan menyertai forum itu.

Enam universiti kolaboratif antarabangsa yang menyertai Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool dalam pembentukan Kesatuan baharu itu ialah Universiti Nottingham Ningbo China, Universiti New York Shanghai, Universiti Duke Kunshan, Universiti Wenzhou-Kean serta Universiti China Hong Kong (Shenzhen).

Kesatuan itu ditubuhkan bagi menerokai isu kerisauan bersama dengan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik. Dalam cara yang sama, forum tahunan itu dijangka dapat mengukuhkan komunikasi dalam kalangan ahli Kesatuan dan juga untuk meningkatkan pengaruh Universiti Kerjasama China-Asing ke atas pembaharuan serta pembangunan pendidikan tinggi di China.

Ketika berucap semasa Forum Presiden itu, Profesor Youmin Xi, Presiden Eksekutif XJTLU, mengetengahkan kepentingan Kesatuan itu bukan hanya untuk ahlinya sahaja, tetapi juga untuk pendidikan tinggi China. "Sudah tiba masanya kami [Kesatuan ini] mentakrifkan semula pendidikan," terang Presiden Xi, seraya memetik kelebihan daya saing pembelajaran berpaksikan pelajar, struktur pentadbiran inovatif dan juga kekurangan beban bersejarah sebagai sebab mengapa universiti seperti XJTLU bakal menjadi peneraju generasi seterusnya institut pendidikan tinggi antarabangsa.

Forum itu telah disertai perwakilan kanan daripada Kementerian Pendidikan (MoE) kebangsaan yang datang dari Beijing untuk menyertai acara itu. En. Jianjun Cen, Pengarah Jabatan Komunikasi dan Kerjasama Antarabangsa Kementerian Pendidikan, telah berucap tentang kepentingan Kesatuan itu dan kesan positif yang mereka harap ia dapat beri ke atas pendidikan lebih luas di China.

Latar belakang XJTLU:

Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool ialah universiti antarabangsa yang diasaskan bersama oleh institusi yang menerajui bidangnya dari China dan U.K. Sebagai usaha sama China-British bebas, XJTLU ialah perintis bidang pendidikan lebih tinggi di tanah besar China. Kampusnya terletak di bandar Warisan Dunia Suzhou di kawasan pinggir laut Timur China, yang mempunyai kepadatan KDNK keempat terbesar di China, dan turut menawarkan persekitaran tersendiri untuk belajar, hidup serta berjaya.

Ikuti kami:

facebook.com/xjtlu
weibo.com/xjtlu
twitter.com/xjtlu 
linkedin.com/company/xi'an-jiaotong-liverpool-university

 

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Trade show news