omniture

Kumpulan Bata Meraikan Hari Pengasas: Hari Global untuk Memperingati dan Memberi Sumbangan Kembali

Bata Brands SA
2023-08-31 16:00

LAUSANNE, Switzerland, 31 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Kumpulan Bata, jenama kasut yang terkenal dengan warisan yang kaya, gembira untuk mengumumkan sambutan Hari Pengasas tahunannya yang akan datang pada 21 September 2023. Acara global ini memperingati perjalanan Bata yang luar biasa dan menghimpunkan para pekerja, pelanggan dan komuniti di seluruh dunia untuk menghayati semangat perpaduan.

Bata Group announces its global partnership with SOS Children’s Villages
Bata Group announces its global partnership with SOS Children’s Villages

Hari Pengasas mempunyai makna yang sangat besar bagi Bata kerana ia menandakan ulang tahun penubuhan syarikatnya pada tahun 1894 oleh adik-beradik Bata yang berwawasan iaitu Thomas, Anna dan Anthony. Cita-cita, inovasi dan komitmen mereka terhadap kedermawanan telah meletakkan asas kepada Bata untuk menjadi peneraju global dalam industri kasut.

Pada teras Hari Pengasas, terletak salah satu nilai utama Bata iaitu Meningkatkan Kehidupan. Melalui Program Kanak-Kanak Bata (Bata Children's Program, BCP), syarikat ini memberi tumpuan untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka melalui kerjasama penduduk dan institusi tempatan. Sejak tahun 2011, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 400,000 orang kanak-kanak dalam komuniti tempat syarikat tersebut beroperasi.

Sepanjang bulan September, para pekerja Bata di seluruh dunia digalakkan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif kesukarelawanan Program Kanak-Kanak Bata (BCP) untuk melibatkan diri dengan komuniti tempatan dan memberi kesan yang positif kepada kehidupan kanak-kanak. Matlamat Hari Pengasas adalah untuk memupuk semangat perpaduan, menghormati sejarah dan pencapaian syarikat serta membuat perubahan.

Sempena sambutan ini, Bata berbesar hati mengumumkan kerjasama global mereka dengan SOS Children's Villages International, organisasi terbesar di dunia yang memberi tumpuan dalam memastikan kanak-kanak dan golongan muda tanpa penjagaan ibu bapa atau berisiko kehilangannya untuk membesar dengan kasih sayang, perhubungan dan sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi diri mereka sendiri yang paling tabah. Kerjasama ini merupakan satu peluang untuk Bata memperkukuhkan lagi usahanya dalam menyokong dan memperkasakan golongan muda.

Sandeep Kataria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bata meluahkan keterujaan beliau terhadap Hari Pengasas dengan menyatakan, "Hari Pengasas ialah suatu peristiwa istimewa untuk kami merenung perjalanan kami, meraikan nilai kami dan memberi sumbangan kembali kepada komuniti yang telah menyokong kami selama bertahun-tahun. Program Kanak-Kanak Bata menjadi bukti terhadap komitmen kami dalam mendorong perubahan positif. Kami tidak sabar untuk melihat potensi luar biasa yang akan dihasilkan daripada kerjasama ini. Dengan menggabungkan sumber, kepakaran dan semangat kami terhadap tanggungjawab sosial, kami boleh menghasilkan kesan yang berkekalan."

Kumpulan Bata menjemput pihak berkepentingan globalnya, termasuk para pekerja, pelanggan dan ahli komuniti untuk menyertai sambutan Hari Pengasas serta mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan inisiatif sepanjang bulan September ini.

Tentang Kumpulan Bata:
https://thebatacompany.com

Tentang SOS Children's Villages:
www.sos-childrensvillages.org

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sarah Stocchetti
Pengurus Komunikasi Kumpulan
communications@bata.com
+41 21 613 40 00

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2195338/Bata_Group_SOS_Childrens_Villages.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2195339/Bata_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Bata Brands SA
Keywords: Banking/Financial Service Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news Corporate Social Responsibility Joint ventures Future Events