omniture

LC Financial Holdings Menyelesaikan Pengambilalihan BCM Global, Memperkukuh Kedudukannya sebagai Pakar Kredit Dipacu Teknologi yang Terkemuka

LC Financial Holdings
2023-09-01 14:00

LONDON, 1 September 2023 /PRNewswire/ -- LC Financial Holdings (LCFH) dengan bangganya mengumumkan kejayaan menyelesaikan pengambilalihan BCM Global (BCM), yang menandakan langkah seterusnya dalam evolusinya sebagai pakar kredit berpandukan teknologi. Pengambilalihan syarikat yang penting ini mengukuhkan kedudukan LCFH dalam bidang pengurusan pinjaman, pajakan dan gadai janji bagi pengguna dan PKS di seluruh Eropah.

Ditubuhkan pada tahun 1998, LC Financial Holdings terdiri daripada LCM Partners, salah sebuah syarikat pengurus pelaburan kredit alternatif terkemuka di Eropah, Link Financial Group, syarikat perkhidmatan dan LDMS, sebuah syarikat penyedia teknologi yang memberi tumpuan kepada sektor pengurusan kredit. Penyepaduan BCM sebagai tonggak keempat LCFH Group mengukuhkan komitmen syarikat tersebut terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan pelabur asalnya.

Operasi BCM yang merangkumi lokasi di Ireland, UK, Itali dan Belanda akan menjadi bahagian penting bagi keluarga LCFH. Barisan perniagaan teras BCM merangkumi perkhidmatan pengasalan dan pengurusan gadai janji komersial dan kediaman, penyumberan luar aktiviti pentadbiran perbankan dan pentadbiran kewangan berstruktur. Sebagai penyedia perkhidmatan pinjaman gadai janji, hartanah dan komersil yang bebas dan terkemuka di Eropah, BCM akan menerima sokongan yang besar daripada LCFH untuk mengembangkan barisan perniagaannya yang sedia ada serta membangunkan perkhidmatan baharu di seluruh Eropah.

"Kerjasama strategik kami dijangka akan mewujudkan portfolio produk yang diperluas, kecekapan operasi selanjutnya dan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik untuk BCM pada tahun-tahun yang akan datang. Kekuatan gabungan LCFH Group yang disatukan dengan BCM, akan menguruskan aset bernilai lebih €100 bilion yang meliputi hampir 7 juta pelanggan, memberi perkhidmatan kepada 110 buah institusi kewangan merentasi 10 bidang kuasa dengan hampir 2,000 orang profesional yang berdedikasi. Kami benar-benar percaya bahawa gabungan ini mempunyai manfaat yang besar, terutamanya untuk pelanggan dan organisasi yang kami berikan perkhidmatan." kata Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif LCFH.

Antoinette Dunne, Ketua Pegawai Eksekutif BCM, "Menjadi sebahagian daripada LCFH Group membawa kepada era baharu pertumbuhan dan inovasi untuk BCM. Kerjasama dengan LCFH ini membawakan perspektif baharu, penekanan yang diperbaharui terhadap kemajuan teknologi serta sokongan berharga dalam mengembangkan aktiviti semasa dan menerokai wilayah baharu. Menyertai LCFH akan mentakrifkan semula strategi perniagaan BCM, memberi manfaat kepada pekerja dan menjalin pakatan baharu sambil meningkatkan lagi pengalaman pangkalan pelanggan kami yang sedia ada."

Butiran Hubungan:
LC Financial Holdings
Perhubungan Pelabur
Tel: +44 203 457 5050
info@lcmpartners.
 eu

Nota kepada Editor: 

Tentang LC Financial Holdings (LCFH) 

LC Financial Holdings ialah sebuah syarikat pakar kredit dipacu teknologi yang terkemuka dengan portfolio perniagaan yang menyeluruh dalam sektor kewangan. Ia terdiri daripada LCM Partners, syarikat perkhidmatan Link Financial dan LDMS. LCFH komited untuk memacu inovasi dan kecemerlangan dalam bidang pengurusan kredit dan perkhidmatan kewangan. Brookfield Asset Management (penanda: BAM US) mempunyai pegangan saham minoriti yang signifikan dalam LCFH dan syarikat-syarikat Kumpulannya.  

Tentang BCM Global (BCM) 

BCM Global ialah peneraju Eropah dalam bidang perkhidmatan pinjaman gadai janji, hartanah dan komersial. Dengan operasi merentasi pelbagai bidang kuasa, BCM berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan penyelesaian yang inovatif kepada para pelanggannya dalam industri kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LC Financial Holdings di https://lcfinancialholdings.com/

Source: LC Financial Holdings
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers New products/services Financial Technology