omniture

MKU GmbH Terlibat dalam Projek Frigat Jerman F-125 Bernilai 650 Juta Euro

MKU GmbH
2014-06-06 21:49 160

SITTENSEN, Jerman, 6 Jun 2014 /PRNewswire/ -- MKU GmbH dengan bangganya akan bekerjasama dalam projek frigat kelas F-125 (7,200 tan) Baden Wurttemberg yang sedang dibina untuk Tentera Laut Jerman oleh dua limbungan kapal Jerman yang menerajui bidangnya, Thyssenkrupp dan Lurssen, dengan kos bernilai lebih 650 juta Euro setiap satu. Ini merupakan projek tersendiri yang memperlihatkan ciri kemandirian yang ditingkatkan – memastikan kapal kekal beroperasi walaupun mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan atau tindakan musuh.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140602/690158-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140602/690158-b )

MKU GmbH merupakan peneraju pengeluar dan penyedia penyelesaian bagi tujuan perlindungan kapal laut di Jerman dengan lebih 28 tahun pengalaman domain. Selama ini, MKU GmbH telah menyediakan penyelesaian perlindungan untuk lebih 500 kapal laut besar dan kecil, termasuk kapal frigat, kapal layar mega, bot peronda, kraf pemintas pantas, RIB dan juga hoverkraf. Ia telah menjadi pembekal NATO berdaftar sejak tahun 1993 dan juga merupakan pembekal bertauliah untuk Pejabat Persekutuan Peralatan Bundeswehr, Teknologi Maklumat dan Sokongan Dalam Perkhidmatan (BAAINBw).

MKU GmbH menyediakan penyelesaian menyeluruh dan pengurusan projek lengkap untuk melindungi platform tanah, udara serta laut yang menyediakan perlindungan kepada platform tersebut daripada gelombang letupan, serpihan dan juga peluru. Ia juga merupakan sistem yang lengkap untuk reka bentuk, pembangunan, pengeluaran serta integrasi sistem pemerisaian kepada platform. Ia turut menyediakan penyelenggaraan dan sokongan kitar hayat bagi kesemua penyelesaian tersebut dan menggunakan teknologi dipatenkan khas yang telah dihasilkan melalui usaha penyelidikan & pembangunan selama beberapa tahun.

Penyelesaian balistik yang disediakan oleh MKU GmbH menepati Piawaian Alam Sekitar bagi setiap MIL 810 G manakala kemudahannya pula telah memperoleh pengiktirafan EN 9100.

MKU mempunyai pengalaman yang luas dan telah menyediakan perisai badan dan topi keledar untuk lebih 1.5 juta tentera manakala penyelesaian perlindungan balistik pula telah disediakan untuk hampir 2,000 platform di seluruh dunia. MKU mempunyai repositori yang terdiri daripada lebih 1,000 penyelesaian perlindungan untuk lebih 100 ancaman. Produk dan penyelesaian yang disediakan adalah digunakan oleh lebih 230 pasukan tentera merentasi 100 negara termasuk kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah.

Seawork 2014 

MKU GmbH akan menyertai acara Seawork 2014 yang akan diadakan di Pelabuhan Southampton bermula pada 10 hingga 12 Jun 2014, yang akan memperlihatkan kemampuannya serta pelbagai penyelesaian perlindungan yang disediakan bagi kapal laut.

Sumber: MKU GmbH

Source: MKU GmbH
Keywords: Homeland Security Maritime/Shipbuilding Transportation