omniture

APR Energy mula hasilkan kuasa di Myanmar

APR Energy
2014-06-07 16:50 118

JACKSONVILLE, Florida, 7 Jun 2014 /PRNewswire/ -- APR Energy, peneraju global dalam penyelesaian kuasa pantas, dengan bangganya mengumumkan loji jana kuasa 100 megawatt milik syarikat tersebut di Myanmar kini sedang beroperasi sepenuhnya. Berpusat di Kyaukse di Rantau Mandalay, loji tersebut menyediakan jaminan penjanaan kuasa sekurang-kurangnya 82 megawatt untuk Syarikat Kuasa Elektrik Myanmar (MEPE) dan akan menyediakan bekalan elektrik serta kuasa kepada lebih enam juta individu.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO

Ini memperlihatkan satu lagi pelaburan yang besar oleh syarikat dari Amerika dalam infrastruktur Myanmar. APR Energy akan menyumbang kepada prestasi ekonomi serta sosial di Myanmar dengan mengambil penduduk tempatan sebagai pekerja dan turut menyokong program pembangunan masyarakat.

Kontrak loji itu yang telah ditandatangani pada Februari 2014 merupakan perjanjian pertama antara syarikat AS dan kerajaan Myanmar bagi penjanaan kuasa sejak pemansuhan sekatan. Antara faktor lain, APR Energy telah dianugerahkan kontrak tersebut disebabkan kemampuan syarikat itu untuk menyelesaikan projek dalam jangka masa yang mencabar dan juga kecekapan teknologi penjanaan kuasa syarikat tersebut. Dikuasakan oleh sumber gas asli tempatan Myanmar, loji tersebut mempunyai 68 daripada modul kuasa gas mudah alih (GPM) CAT generasi terbaharu dengan pelepasan rendah dan turut menyediakan salah satu penyelesaian penjanaan kuasa paling bersih di Myanmar.

Clive Turton, Pengarah Urusan Asia Pasifik di APR Energy berkata: "Myanmar mempunyai ekonomi yang berkembang pesat. Seperti kebanyakan negara lain di rantau ini, Myanmar memerlukan kuasa yang andal untuk mula memenuhi potensinya yang sangat besar. Pembinaan loji jana kuasa terma kami, salah satu yang terbesar di negara ini ialah langkah pertama yang penting ke arah menyediakan kapasiti penjanaan kuasa yang mencukupi dan andal di Myanmar. Kami berharap dapat terus memainkan peranan untuk membantu Myanmar membekalkan kuasa dengan cekap dan andal kepada rakyat dan industrinya."

Penny Pritzker, Setiausaha Perdagangan AS berkata: "APR Energy merupakan contoh hebat bagi hasil usaha perniagaan A.S. yang sedang dilakukan untuk menyokong pembangunan ekonomi di Myanmar. Komitmen mereka untuk menyediakan penyelesaian kuasa di sini adalah kritikal, terutamanya memandangkan 75 peratus daripada populasi negara ini kurang mendapat capaian kepada bekalan elektrik. Pelibatan perniagaan A.S. di Myanmar akan menggalakkan pertumbuhan terangkum yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negara ini."

Latar Belakang APR Energy

APR Energy merupakan perniagaan kuasa turbin mudah alih pantas yang menerajui di dunia. Kami menyediakan kuasa pantas berskala besar, menyediakan capaian cepat kepada bekalan elektrik andal untuk para pengguna ketika mereka memerlukannya. APR menggabungkan teknologi canggih yang cekap daripada segi bahan api dengan kepakaran yang menerajui industri untuk menyediakan loji kuasa siap guna yang boleh ditentukan skala, disesuaikan serta digunakan dengan pantas. APR Energy yang menyediakan perkhidmatan kepada segmen kemudahan dan juga segmen perindustrian, turut menyediakan penyelesaian penjanaan kuasa kepada para pelanggan dan masyarakat di seluruh dunia, dengan memberi tumpuan pada Afrika, Amerika, Asia Pasifik serta Timur Tengah. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web syarikat di www.aprenergy.com.

Source: APR Energy
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Corporate Expansion