omniture

Pangkalan Pengilangan Luar Negara Pertama Dimiliki Sepenuhnya XCMG Ditubuhkan di Brazil

XCMG
2014-06-07 17:26 166

POUSO ALEGRE, Brazil, 7 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Pada 6 Jun 2014, majlis penyempurnaan dan perasmian pangkalan pengilangan XCMG, Brazil telah diadakan di Pouso Alegre, Minas, Brazil. Para pegawai kerajaan, perwakilan syarikat dan juga pihak media serta lebih 600 individu telah menghadiri majlis tersebut.

Sebagai pangkalan pengilangan XCMG pertama di luar negara dan dimiliki sepenuhnya, pangkalan pengilangan Brazil ini meliputi kawasan dengan keluasan 800,000 meter persegi dengan pelaburan bernilai 2 bilion dolar bagi fasa pertama projek tersebut dan turut mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 7,000 untuk produk jentera pembinaan utama, termasuk kren bergerak, jengkaut hidraulik, pemuat roda, jentera pemadatan, penggred motor, dan lain-lain. Pada masa yang sama, untuk lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan bekerja di Brazil, XCMG telah menubuhkan pusat penyelidikan & pembangunan yang menggabungkan sumber teknikal setempat, membentuk pusat penyelidikan asas yang mantap, pusat penyelidikan aplikasi serta pusat pengesanan dan eksperimen.

Pangkalan pengilangan XCMG, Brazil ini mendapat pengiktirafan kerajaan Brazil, persatuan jentera pembinaan dan juga rakan kongsi tempatan. Berkenaan XCMG, kerajaan tempatan mengatakan keutamaan pelaburan XCMG untuk Brazil bukan hanya akan menyediakan pekerjaan untuk penduduk tempatan, malah ia turut memperkaya kepelbagaian jentera pembinaan dalam pasaran Brazil serta memacu infrastruktur pembinaan dan turut menggalakkan komunikasi dan integrasi budaya.

Sebagai salah satu pengeluar jentera pembinaan terbesar, XCMG berada di kedudukan ke-5 dalam industri jentera pembinaan dunia dan mempunyai hasil tahunan yang melebihi RMB 100 bilion. Di samping itu, produk XCMG juga telah dieksport ke 167 negara dan rantau di serata dunia. Pada tahun 2011, XCMG telah berjaya mengambil alih AMCA serta FT, dua pengeluar komponen dari Belanda dan Jerman. Pada Julai 2012 pula, XCMG telah bergabung dengan pengeluar dari Jerman, Schwing Stetter yang terkenal sebagai perintis dunia bagi jentera konkrit. Pada Oktober 2013, secara rasminya XCMG telah membuka GmbH Eropah miliknya, Pusat Penyelidikan & Pembangunan serta pusat perolehan di Jerman.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Carolina Li
xcmg_media@163.com

Source: XCMG
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Corporate Expansion