![]() |
Jumlah prosedur pembedahan dan bukan pembedahan meningkat sebanyak 11.2%
MOUNT ROYAL, N.J., 2 Sept. 2023 /PRNewswire/ -- International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS) mengeluarkan hasil dapatan Tinjauan Global tahunannya mengenai Prosedur Estetik/Kosmetik pada minggu ini di ISAPS Olympiad Athens World Congress 2023, yang menghimpunkan lebih 1,000 hadirin dari 90 buah negara untuk membincangkan tentang penyelidikan saintifik, inovasi dan teknik terkini untuk meningkatkan keselamatan pesakit dalam pembedahan plastik estetik.
Laporan ini menunjukkan 11.2% peningkatan keseluruhan dalam prosedur yang dilakukan oleh pakar bedah plastik pada tahun 2022 dengan lebih 14.9 juta prosedur pembedahan dan 18.8 juta prosedur bukan pembedahan yang dilakukan di seluruh dunia.
Sorotan
Laporan ini menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam Pembedahan Estetik dengan peningkatan sebanyak 41.3% sepanjang empat tahun yang lalu.
Kedua-dua prosedur pembedahan dan bukan pembedahan telah menunjukkan peningkatan sejak tinjauan terakhir (masing-masing sebanyak 16.7% dan 7.2%) dengan peningkatan ketara sebanyak 57.8% dalam prosedur bukan pembedahan dalam tempoh empat tahun yang lalu.
Prosedur Estetik
Pembuangan lemak ialah prosedur pembedahan paling banyak dilakukan pada tahun 2022 dan juga 2021, dengan lebih 2.3 juta prosedur dilakukan dan menyaksikan peningkatan sebanyak 21.1%. Lima prosedur pembedahan paling banyak ialah pembuangan lemak, pembesaran payudara, pembedahan kelopak mata, abdominoplasti, dan penegangan payudara yang menggantikan rinoplasti sebagai antara lima prosedur pembedahan paling popular. Prosedur bukan pembedahan yang paling popular ialah toksin botulinum, asid hialuronik, penyingkiran bulu rambut, pengelupasan kimia, dan pengurangan lemak tanpa pembedahan. Pengelupasan kimia berjaya memasuki kedudukan lima teratas dengan menggantikan penegangan kulit tanpa pembedahan.
Pembesaran payudara kekal sebagai prosedur pembedahan yang paling popular untuk wanita, dengan 2.2 juta prosedur dilakukan dan peningkatan ketara sebanyak 29% berbanding tahun 2021. Semua prosedur payudara menunjukkan pertumbuhan yang ketara dari tahun sebelumnya, dengan lebih 4.4 juta prosedur dijalankan untuk payudara dan menunjukkan peningkatan sebanyak 25%.
Pembesaran Punggung menunjukkan peningkatan terbesar dari segi prosedur pembedahan dengan 820,762 telah dilakukan dan menyaksikan peningkatan sebanyak 56.8%. Secara keseluruhan, prosedur untuk anggota badan serta tangan dan kaki telah meningkat sebanyak 25.3%. Prosedur pada muka dan kepala kekal sebagai yang paling popular, walaupun dengan hanya sedikit peningkatan iaitu sebanyak 4.3% yang disebabkan oleh sedikit penurunan dalam prosedur yang paling kerap dilakukan: pembedahan kelopak mata, rinoplasti dan pembesaran bibir/prosedur berkala. Pembedahan kelopak mata telah didahului oleh pembuangan lemak sebagai prosedur pembedahan yang paling popular dalam kalangan lelaki.
Untuk mengakses siaran akhbar, metodologi dan laporan termasuk maklumat terperinci mengikut negara, sila layari https://www.isaps.org/discover/media-centre/. Maklumat terperinci tersedia untuk Argentina, Brazil, Colombia, Jerman, Greece, India, Iran (Republik Islam), Itali, Jepun, Mexico, Romania, Sepanyol, Thailand, Turki, United Kingdom dan AS.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@isaps.org.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1038963/ISAPS_Logo.jpg?p=medium600