AMSTERDAM dan DUSSELDORF, Jerman, 8 Jun 2014 /PRNewswire/ -- BIC telah mula mendapatkan data dan sumbangan tulisan tangan digital secara khidmat luar kumpulan dari seluruh dunia bagi menggabungkan kesemuanya ke dalam satu muka taip. Eksperimen Muka Taip Sejagat ini adalah untuk meraikan pen mata bulat BIC Cristal yang telah dihasilkan sebanyak lebih 100 bilion sejak tahun 1950.
Satu impian agensi DDB di Dusseldorf dan dihasilkan oleh syarikat pengeluaran digital kreatif MediaMonks, Eksperimen Muka Taip Sejagat oleh BIC ini ialah usaha pertama yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk menggabungkan sumbangan gaya tulisan tangan dan data demografi dari seluruh dunia ke dalam satu muka taip atau fon.
Pen mata bulat Cristal daripada BIC merupakan pen yang paling laris dijual dalam sejarah dan turut dikenali sebagai 'pen sejagat'. Cabaran kempen ini adalah untuk mengabadikan tulisan tangan pengguna dari serata dunia dalam fon digital yang boleh dikongsi bersama semua orang – yang terus berkembang sambil sumbangan baharu disertakan. Pada platform digital, para pengguna boleh menghantarkan tulisan tangan mereka melalui teknologi 'Mobile Connect'. Ini membolehkan mereka untuk menulis dalam gaya yang intuitif serta semula jadi pada telefon pintar mereka atau skrin sentuh tablet, dan pada masa yang sama turut memaparkan sumbangan mereka pada komputer meja mereka yang lebih besar.
Laman web tersebut turut mengandungi bahagian penerokaan serba boleh yang membolehkan para pengguna untuk membandingkan sumbangan mereka sendiri dengan purata sejagat. Para pengguna juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan dan persamaan statistik antara sumbangan mereka sendiri dan purata sumbangan demografi berbeza, yang telah dikumpulkan mengikut umur, jantina, industri pekerjaan dan ciri lain. Algoritma tersendiri turut dicipta bagi mencapai matlamat usaha ini untuk menggabungkan kesemua input dan mengumpulkan hasilnya: Muka Taip Sejagat.
Jan Propach, Pengarah Kreatif DDB Dusseldorf berkata: "Tulisan tangan kita ialah salah satu harta paling peribadi milik kita. Memandangkan BIC menghasilkan salah satu alat untuk menulis yang paling sejagat dan berbilion individu menggunakan produk mereka ini, persoalan utama ialah: bagaimanakah tulisan tangan sejagat dunia akan kelihatan? Eksperimen ini membolehkan kami untuk meneroka persoalan ini serta meraikan pen yang kita kenal dan gunakan ini."
Joris Pol, Pengarah Projek Antarabangsa, MediaMonks berkata: "Bagi menentukan Muka Taip Sejagat yang paling mewakili seluruh sumbangan dan agar muka taip tersebut dapat dibaca, MediaMonks telah menghasilkan algoritma terperinci yang menyokong eksperimen digital ini. Peluang untuk pasukan reka bentuk dan pembangunan kami menggabungkan kreativiti dan teknologi dalam projek ini dengan merapatkan jurang dunia tulisan analog dan digital ialah usaha terpuji."
Dennis May, Pengarah Urusan Kreatif DDB Dusseldorf berkata: "Warisan DDB sentiasa melingkari idea yang benar-benar berhubung dengan orang ramai. Inilah sebabnya kami amat teruja dengan Muka Taip Sejagat ini – memandangkan kami menggunakan teknologi baharu untuk menjelmakan warisan itu dalam kehidupan dengan cara yang baharu."
Pada bulan Ogos, versi pertama Muka Taip Sejagat ini akan dapat dimuat turun dan boleh digunakan seperti fon yang lain.
Pautan ke Eksperimen Muka Taip Sejagat: http://theuniversaltypeface.com/
Latar Belakang DDB
DDB Worldwide (www.ddb.com) merupakan salah satu rangkaian pengiklanan dan pemasaran terbesar dan paling banyak menerima anugerah di dunia. Pada tahun 2012, DDB telah dipilih sebagai Rangkaian Pengiklanan Terbaik oleh Campaign serta Agensi Terbaik dan juga Agensi Digital Terbaik oleh majalah Strategy. Di Pesta Kreativiti Antarabangsa Cannes 2013 yang berprestij, DDB berjaya merangkul 93 anugerah Lions iaitu pencapaian paling hebat oleh rangkaian ini. Di samping itu, The Gunn Report telah memilih DDB sebagai salah satu Rangkaian Global 3 Teratas bagi 12 tahun daripada 15 tahun yang lalu. Para pelanggan agensi ini termasuklah Volkswagen, McDonald's, Unilever, Mars, Johnson & Johnson, Exxon Mobil, dan banyak lagi.
Setelah ditubuhkan pada tahun 1949, DDB adalah sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE) dan terdiri daripada lebih 200 pejabat di lebih 90 negara dengan pejabat utamanya di New York, NY.
Latar Belakang Omnicom Group Inc.
Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC) merupakan syarikat pemasaran dan komunikasi korporat yang menerajui pada peringkat global. Rangkaian berjenama Omnicom dan pelbagai firma pakar menyediakan perkhidmatan pengiklanan, perancangan dan pembelian media strategik, pemasaran digital serta interaktif, pemasaran langsung dan promosi, perhubungan awam, serta lain-lain perkhidmatan komunikasi khusus kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Omnicom dan jenamanya, sila layari www.omnicomgroup.com.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut:
Marta Tomczak, FinchFactor
marta@finchfactor.com
+0031-(0)20-794-4733
Sara Cosgrove, DDB Europe
sara.cosgrove@ddb-europe.com
+44-(0)-20-7258-4230