omniture

Optosecurity Menandatangani Persetujuan dengan Smiths Detection

Optosecurity Inc.
2014-06-09 10:00 149

QUÉBEC CITY, 9 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Optosecurity dan Smiths Detection telah menandatangani Persetujuan Muktamad jangka panjang untuk membangunkan dan turut mengedarkan Penyelesaian Perisian Syarikat Titik Semak canggih yang meningkatkan prestasi keseluruhan serta merendahkan lagi kos pengendalian titik semak keselamatan tanpa menjejaskan keselamatan atau pematuhan kawal selia.

Inilah persetujuan yang kedua sepertinya antara kedua-dua syarikat itu. Persetujuan yang pertama, yang telah dijalankan selama dua (2) tahun lalu, ialah persetujuan kerjasama bagi jualan dan pengedaran penyelesaian Optoscreener Optosecurity, perisian pengesanan berautomasi yang menyediakan algoritma pengesanan canggih yang, apabila digabungkan dengan sistem sinar-X titik semak Smiths Detection, membolehkan pengesanan berautomasi bahan peletup cecair, botol, senjata dan juga penyelesaian pengurusan risiko lanjutan lain.

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Smiths Detection, peneraju global dalam teknologi titik semak," kata Eric Bergeron, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Optosecurity. Kedua-dua syarikat itu berganding bahu untuk membawakan penyelesaian perniagaan kepada industri yang akan membawa perubahan positif kepada ekonomi dan kecekapan penyediaan penapisan keselamatan tanpa menjejaskan keselamatan. "Gabungan teknologi kami akan membolehkan kecekapan titik semak yang meningkatkan daya pemprosesan penumpang dan merendahkan kos pengendalian, semuanya sambil mengekalkan keperluan keselamatan hari ini yang sangat ketat," En. Bergeron berkata lagi.

Latar belakang Optosecurity Inc.

Optosecurity menyediakan penyelesaian pengesanan ancaman dan kecekapan pengendalian untuk keselamatan titik semak di dalam lapangan terbang serta persekitaran infrastruktur kritikal lain. Optosecurity ialah syarikat yang pertama di dunia yang membolehkan penapisan jarak jauh berpusat untuk bagasi tangan dan turut menyediakan perisian pengesanan ancaman yang membolehkan pengesanan berautomasi bahan peletup cecair serta ancaman lain. Penyelesaian Optosecurity diperakui oleh Persidangan Penerbangan Awam Eropah serta entiti kawal selia lain. Setelah ditubuhkan pada tahun 2003 dan beribu pejabat di Quebec, Kanada, Optosecurity ialah syarikat teknologi sampingan daripada Institut Optik Kebangsaan Kanada, pusat kepakaran bertaraf dunia dalam bidang optik dan juga fotonik.

Latar belakang Smiths Detection

Smiths Detection menawarkan penyelesaian keselamatan canggih dalam pasaran awam dan ketenteraan seluruh dunia, membangunkan dan turut menghasilkan produk teknologi yang dikawal selia kerajaan yang membantu mengesan dan mengenal pasti bahan peletup, ejen biologi serta ejen kimia, ancaman radiologi dan nuklear, senjata, dadah dan juga barang larangan. Ia merupakan sebahagian daripada Smiths Group, peneraju global dalam mengaplikasikan teknologi canggih bersepadu ke dalam pasaran bidang pengesanan ancaman dan barang larangan, tenaga, peranti perubatan, komunikasi serta komponen tereka bentuk. Smiths Group menggaji kira-kira 23,000 individu di lebih 50 negara.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut:

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Nancy Ruel +1-418-653-7665 samb. 116 nruel@optosecurity.com

Source: Optosecurity Inc.
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Joint ventures New products/services