omniture

HONOR Dedahkan Telefon Masa Depan di IFA 2023

HONOR
2023-09-04 14:18 114

Jenama Perkenalkan Buat Julung Kali Konsep 'Telefon-jadi-Dompet' Baharu dan Menarik dengan Pendedahan HONOR V Purse, Pamerkan HONOR Magic V2 dan Melancarkan Varian Warna Baharu untuk HONOR 90

BERLIN, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan visi strategiknya untuk masa depan telefon pintar di IFA 2023. Semasa sesi ucaptamanya yang bertajuk "Membongkar Masa Depan" ("Unfold Tomorrow") Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao menekankan komitmen jenama ini untuk menjadi telefon pintar boleh lipat arus perdana, dengan inovasi berpusatkan-manusia terkininya termasuk telefon pintar boleh lipat ke dalam yang paling ringan dan paling nipis HONOR, Magic V2. Jenama ini turut mendedahkan HONOR V Purse, konsep baharu yang membayangkan semula telefon pintar boleh lipat sebagai dompet mendepani fesyen yang boleh dipakai, menawarkan kemungkinan yang tidak berkesudahan untuk gaya dan ekspresi diri.


"Telefon pintar boleh lipat HONOR telah menempuh perjalanan yang panjang, dengan setiap lelaran memaparkan kemajuan luar biasa dari segi reka bentuk, fungsian dan ketahanan," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR. "Bukan itu sahaja, bahkan dengan konsep telefon ke dompet kami yang dijayakan melalui HONOR V Purse, kami meneroka penyelesaian lestari yang memanfaatkan teknologi boleh lipat baru muncul bagi memperkasa daya kreativiti dan membentuk gaya hidup masa depan."

Membuka Perbatasan Seterusnya dalam Teknologi Fesyen Ke Hadapan

HONOR menerima peranannya dalam membentuk gaya hidup masa depan dan mendedahkan HONOR V Purse, konsep "Telefon-jadi-dompet" baharu yang menandakan bermulanya peranti elektronik dilihat sebagai kategori baharu sepenuhnya bagi barangan pengguna bergaya yang menawarkan peluang tanpa batasan untuk ekspresi diri.


HONOR V Purse berukuran kurang daripada 9mm apabila dilipat, iaitu lebih nipis berbanding sesetengah telefon bar terunggul dalam pasaran, menjadikannya lebih mudah dibawa berbanding sebelum ini. Ia mentransformasikan telefon pintar boleh lipat dengan mudah kepada pemakaian fesyen fi-gital (phy-gital) terunggul, hasil daripada siri sentiasa pada paparan (AOD) boleh disesuaikan yang meniru reka bentuk beg tangan, termasuk elemen-elemen reka bentuk seperti rantai, bulu dan jumbai yang bertindak balas dan bergoyang dengan telefon pintar apabila ia bergerak. Telefon konsep ini juga serasi dengan pilihan tali dan rantai yang boleh ditukar ganti, yang menyepit pada engsel bagi membolehkan telefon pintar dipakai dengan mudah pada bahu seseorang seperti dompet atau beg tangan biasa, lalu membolehkannya menjadi beg rebutan baharu pada masa depan.

Direkayasa dengan mengutamakan kelestarian, HONOR V Purse melambangkan komitmen HONOR kepada alam sekitar. Selain menampilkan bahan-bahan yang diperoleh secara lestari seperti kulit vegan untuk talinya, AOD boleh disesuaikan tanpa kesudahan pada telefon konsep ini boleh dipadankan dengan sebarang pakaian. Memandangkan industri fesyen merentasi dunia fizikal menuju ruang yang lebih bersifat digital, teknologi mengupayakan kemungkinan tanpa batasan untuk gaya dan ekspresi diri. Dengan cara yang kecil ini, HONOR V Purse boleh membantu pengguna yang prihatin terhadap alam sekitar mengurangkan penggunaan fesyen pantas mereka dan lebih penting lagi, ia membantu dunia fesyen menerima teknologi baharu bagi menggalakkan pengguna membeli sedikit dan menggunakan lebih lama.

Menghidupkan semangat jenama kolaborasi-terbuka, HONOR berganding bahu dengan pencipta cita rasa budaya yang terkemuka daripada seluruh platform HONOR Talents Global Design Awards, termasuk pengarah reka bentuk pakaian lelaki BURBERRY Bram Van Diepen, artis kontemporari Yunuene Esparza, dekan China Academy of Art International College Yuan Youmin dan artis antara disiplin Xiao Hui Wang untuk mereka bentuk satu siri AOD tersuai untuk peranti ini, menawarkan kemungkinan fesyen yang tidak berkesudahan. Dalam fasa program yang seterusnya, dengan membuka antara muka API yang membolehkan pereka memanggil sensor seperti giroskop, sentuhan atau sensor cahaya ambien, HONOR akan menjemput bakat-bakat baru muncul dari seluruh dunia untuk tampil dengan reka bentuk mereka sendiri, mencerminkan inspirasi trend reka bentuk terkini bagi membentuk semula gaya hidup.

Pameran Global Permulaan HONOR Magic V2

Semasa IFA 2023, HONOR turut mempamerkan telefon boleh lipat unggulan baharunya, HONOR Magic V2, buat kali pertama seumpamanya di acara global, yang menggambarkan visi HONOR dengan sempurna untuk telefon pintar boleh lipat, mentakrifkan semula penanda aras industri dengan penambahbaikan yang signifikan merentas faktor bentuk, bateri, paparan dan aspek pengalaman pengguna.


HONOR Magic V2 ialah telefon pintar boleh lipat ke dalam yang paling ringan dan paling nipis yang diperkenalkan oleh HONOR setakat ini, hanya seberat 231g[1] dan hanya berukuran 9.9mm[2] tebal apabila dilipat. Ia menampilkan generasi baharu Dwi-Bateri-Karbon-Silikon yang ketebalan purata hanya 2.72mm yang mencapai kapasiti tinggi sehingga 5,000mAh dalam ruang badan unggulan boleh lipat yang nipis dan ringan.

Selain daripada ciri yang nipis dan ringan, HONOR Magic V2 menampilkan Engsel Titanium Amat-ringan yang pertama seumpamanya dan keluli proprietari HONOR baharu, menyediakan keteguhan dan ketahanan tambahan pada mekanisme engsel. HONOR Magic V2 turut mendapat pensijilan ketahanan yang menjadi rebutan daripada SGS, dengan membolehkan engsel bertahan dengan lebih 400,000 lipatan, memastikan jangka hayat sehingga sepuluh tahun untuk melipat 100 kali sehari.

HONOR Magic V2 menampilkan persediaan tiga kamera belakang termasuk Kamera Utama 50MP (f/1.9), Kamera Ultra-Luas 50MP (f/2.0) dan Kamera Telefoto 20MP (f/2.4). Persediaan dwi kamera menghadap ke hadapan menampilkan dua Kamera 16MP (f/2.2).

Menggabungkan inovasi berpusatkan manusia, HONOR Magic V2 turut menyokong teknologi Pemalapan PWM 3840Hz yang utama dalam industri yang meminimumkan ketegangan pada mata, lalu memastikan tontonan yang selesa walaupun semasa penggunaan berterusan yang panjang.

Pengalaman interaktif yang baharu dijayakan oleh HONOR Magic V2. HONOR Magic V2 bukan sahaja menyokong fotografi 'hover', tetapi juga pengalaman 'hover' yang lain seperti mesyuarat dan hiburan. Buat julung kalinya, HONOR Magic V2 menyokong Parallel Space (Ruang Selari), yang bukan sahaja membolehkan data kerja dan kehidupan disimpan berasingan dan data diasingkan dengan selamat, tetapi juga memungkinkannya untuk mengendalikan aplikasi dwi-ruang secara bebas dengan serentak, sama seperti telefon kedua dimasukkan ke dalam telefon boleh lipat ini.


Warna Baharu untuk Pemenang EISA Award HONOR 90

Melengkapkan kemas kini produknya, HONOR turut mengumumkan bahawa HONOR 90 telah memenangi anugerah Telefon Pintar Belian Terbaik 2023-2024 yang menjadi rebutan daripada Expert Imaging and Sound Association (EISA). Demi meraikan kemenangan itu, HONOR melancarkan kombinasi warna Peacock Blue yang menjadi trend untuk HONOR 90 di peringkat global.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia menumpukan perhatian untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan pelbagai telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

[1] Data daripada makmal HONOR. Berdasarkan kepada versi paling ringan yang didatangkan dengan kulit belakang vegan. Versi kaca belakang seberat 237g. Jumlah berat termasuk bateri. Berat sebenar mungkin berbeza-beza lantaran konfigurasi produk, proses pembuatan dan kaedah pengukuran.

[2] Data daripada makmal HONOR. Berdasarkan kepada versi paling nipis yang didatangkan dengan kulit belakang vegan. Versi kaca belakang senipis 10.1mm. Ketebalan seluruh peranti diukur pada titik paling nipis dan tidak termasuk ketebalan bonggol kamera. Saiz produk mungkin berbeza-beza dengan konfigurasinya, proses pembuatan dan kaedah pengukuran. Butiran spesifikasi adalah untuk rujukan sahaja.

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications New products/services Trade show news