omniture

Smirnoff® Melancarkan Vodka Perintis Baharu Eksklusif untuk Pengembara: Smirnoff White™

Diageo Global Travel
2014-06-09 11:07 231

MIAMI, 6 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Ditapis beku pada suhu -6°C untuk rasa lembut yang luar biasa

SMIRNOFF®, vodka[1] premium yang menerajui di dunia, hari ini telah mengumumkan vodka super-premium perintis baharu - SMIRNOFF WHITE™ - yang boleh didapati secara eksklusif untuk para pengembara.

Minuman itu telah ditapis beku pada suhu -6°C lalu menghasilkan rasa lembut yang luar biasa. Penapisan beku menandakan revolusi berterusan dalam proses penyulingan SMIRNOFF – vodka akan disejukkan sehingga ke suhu di bawah takat beku dan akan disalurkan melalui penapis arang yang canggih lalu menghasilkan vodka yang lembut luar biasa.

SMIRNOFF WHITE diilhamkan daripada sifat inovatif dan semangat reka cipta bapa pengasasnya, Vladimir Smirnoff, yang bertekad untuk menggegarkan dunia vodka dalam pencarian beliau untuk kesempurnaan. Baik pemiliknegaraan perniagaan vodka beliau yang berjaya mahupun revolusi yang memaksa beliau dan keluarga beliau meninggalkan Rusia tetap gagal mematahkan komitmen beliau terhadap inovasi. Beliau telah membina semula perniagaan beliau yang diasaskan atas prinsip perintis yang, hari ini, telah mengilhamkan jenama dan juga ciptaan SMIRNOFF WHITE.

SMIRNOFF telah beradaptasi dan berevolusi secara berterusan, mencetuskan revolusi koktel pada tahun 1950-an, dan sebagai hasilnya, ikon Hollywood turut menggemari minuman ini.

Pengembara global seharusnya mencari kaunter kilat SMIRNOFF WHITE istimewa di lapangan terbang seluruh dunia agar mereka boleh mencuba vodka yang lembut luar biasa itu dan membeli sebotol untuk dibawa pulang. Botol putih SMIRNOFF WHITE yang memukau pandangan mencerminkan pembentukan kristal yang hanya ditemui dalam ais artik paling tulen dan turut menyerlahkan kualiti tersendiri vodka baharu ini. Tapak kaca yang jernih berubah menjadi perapian putih yang lembut ke arah leher botol itu tempat logo SMIRNOFF WHITE muncul, seolah-olah terukir atas blok ais padu.

Steve White, Pengarah Pemasaran Global Diageo Global Travel and Middle East (GTME), berkata: "SMIRNOFF WHITE benar-benar merupakan vodka menguja yang mencerminkan semangat perintis Vladimir Smirnoff. Proses tapisan beku yang inovatif menjamin rasa lembut luar biasa yang tentu akan menawan hati para pengembara seluruh dunia."

"Kami telah memilih kedai bebas cukai sebagai outlet global tunggal untuk SMIRNOFF WHITE agar dapat memberi ganjaran kepada pengembara yang mencari tawaran tersendiri bagi meningkatkan pengalaman mereka serta sebagai tanda kenangan pengembaraan mereka."

SMIRNOFF WHITE lazat dinikmati dengan sendiri atau dengan ais, tetapi boleh juga dinikmati sebagai sebahagian daripada koktel kegemaran. Mulai minggu ini, Smirnoff White akan dikeluarkan secara besar-besaran ke kedai bebas cukai seluruh dunia secara eksklusif untuk para pengembara, pada harga runcit yang disarankan sebanyak £21.00 untuk 1 liter.

Nota kepada Editor 

[1]Sumber: Impact DataBank, Februari 2013

  • SMIRNOFF WHITE mempunyai ABV sebanyak 41.3 peratus
  • SMIRNOFF WHITE paling lazat dihidangkan dengan sendiri terus dari penyejuk beku

LATAR BELAKANG SMIRNOFF: 

Jenama SMIRNOFF yang berbangga dengan minuman keras premiumnya yang paling mendapat sambutan seluruh dunia dan vodka berperisa yang paling laris dijual di Amerika Utara, memiliki warisan seawal kurun ke-19 di Rusia. Sebagai jenama vodka yang paling banyak merangkul anugerah seluruh dunia, SMIRNOFF memang dikenali kerana kualitinya dan dinikmati secara berhemah di 130 negara seluruh dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari http://www.smirnoff.com.

LATAR BELAKANG DIAGEO 

Diageo ialah perniagaan minuman premium yang menerajui di dunia dengan koleksi hebat yang terdiri daripada jenama minuman beralkohol merentasi kategori minuman keras, wain serta bir. Jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, vodka Smirnoff, Cîroc serta Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo ialah syarikat global, dengan produknya dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, para kakitangannya serta jenamanya, lawati http://www.diageo.com. Bagi mendapatkan sumber global Diageo yang menggalakkan amalan minum dengan berhemah melalui perkongsian alatan amalan terbaik, maklumat serta inisiatif, lawati http://www.DRINKiQ.com.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana sahaja.

Perkataan dan logo berkaitan SMIRNOFF dan SMIRNOFF WHITE ialah tanda dagangan © The Smirnoff Co 2014

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140606/690578-a
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140606/690578-b
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140606/690578-c

Source: Diageo Global Travel
Keywords: Beer, Wine & Spirits Entertainment Food/Beverages Licensing/marketing agreements New products/services