omniture

Pelumba wanita muda India pertama yang Bertanding dalam Equestrian World Endurance Championship akan datang yang akan diadakan di Castelsagrat, Perancis - 2 September

Push 360 LLP
2023-09-04 16:41 0

NEW DELHI, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Buat pertama kalinya dalam kejuaraan ketahanan FEI, seorang pelumba wanita muda India akan turut bertanding. Wanita muda tersebut, Nida Anjum Chelat yang baru berusia 21 tahun dan lahir di Tirur, Kerala, akan mewakili India dalam Equestrian World Endurance Championship (Kejohanan Ketahanan Ekuestrian Dunia) bagi pelumba Muda dan Junior yang dikendalikan oleh FEI, International Federation for Equestrian Sports (Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa)iaitu badan berwibawa dunia dalam sukan Ekuestrian. PUSH 360 menguruskan kebanggaan India ini, dari segi penglibatan dan komunikasi untuk beliau.

First Indian young lady rider Nida Anjum Chelat with her companion horse Epsilonn Salou at the FEI Equestrian World Endurance Championship for Young riders and Juniors, Castelsagrat, France, Sep 2, 2023
First Indian young lady rider Nida Anjum Chelat with her companion horse Epsilonn Salou at the FEI Equestrian World Endurance Championship for Young riders and Juniors, Castelsagrat, France, Sep 2, 2023

Nida Anjum yang menunggang kuda beliau, Epsilonn Salou akan membuktikan kekuatannya dalam barisan seramai 70 orang peserta dari 25 buah negara yang bersaing untuk hadiah Ketahanan yang berprestij. Kejuaraan ini meletakkan kemahiran menunggang dan keyakinan penunggang serta kecergasan kuda melalui satu siri ujian yang ditentukur dalam beberapa pusingan, yang meregangkan keupayaan kuda dan penunggang ke tahap maksimum. Ideanya ialah supaya kuda dan penunggang mempunyai hubungan yang amat akrab dan amat memahami antara satu sama lain.

Pusingan tersebut termasuk satu siri beberapa pusingan yang sangat mencabar dan kejayaan menamatkan perlumbaan berjarak 120 kilometer yang amat sukar ini dianggap sebagai satu pencapaian bertaraf dunia dalam dunia sukan Ekuestrian. Kita benar-benar boleh mengatakan bahawa Nida Anjum telah pun mengukir namanya dalam sejarah sukan tersebut.

Kejohanan FEI merupakan salah satu kejohanan yang paling dihormati di dunia dan bersaing dalam pusingan ini akan meletakkan Nida setanding dengan pelumba ketahanan terbaik di Dunia.

Beliau memikul semangat juang negara di atas bahu beliau sebagai seorang wanita muda ketika bersaing dengan negara-negara yang sentiasa mendahului sukan ini. Beliau akan menjadi sebahagian daripada pencabar baharu dari 25 buah negara termasuk China dan Libya. India akan bersorak untuk beliau walaupun ia merupakan nuansa sukan yang baharu kepada orang ramai.

Hari ini, dengan berada dalam kejohanan ini bukan sahaja menjadikan Nida sebagai satu nama yang perlu diperhitungkan tetapi pastinya akan meningkatkan sukan Ekuestrian ke tahap baharu di India.

Pertandingan ini akan berlangsung pada 2 September 2023 di bandar Castelsagrat yang indah di Perancis. Perlumbaan ini boleh diikuti di Aplikasi Yamamah.

Tentang PUSH 360

Push 360 ialah sebuah syarikat penyelesaian penjenamaan dan komunikasi di India. Push menggunakan pendekatan 360 darjah yang lengkap untuk mencipta jenama yang kukuh dan mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut selama 30 tahun.

Hubungan Media:

Sethu Raj Kadaikal, 
Ketua - Perhubungan Awam, 
Tel: +91-9746486617
E-mel: sethu@push360.agency

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2199775/Nida_Anjum_Chelat.jpg?p=medium600

 

Source: Push 360 LLP
Keywords: Sporting Events Sports New products/services Personnel announcements