omniture

Coherus BioSciences Lantik Vince R. Anicetti sebagai Naib Presiden Kanan Kualiti Global

Coherus Biosciences, Inc.
2014-06-09 20:00 145

REDWOOD CITY, California, 9 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Coherus BioSciences, Inc. ("Coherus"), dengan bangganya mengumumkan pelantikan Vince R. Anicetti sebagai Naib Presiden Kanan, Kualiti Global. En. Anicetti menyertai Coherus dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam hal ehwal kualiti dan kawal selia di syarikat bioteknologi terkemuka.

"Pengalaman Vince yang luas dan mendalam adalah kritikal untuk menyediakan biosimilar berkualiti tinggi kepada para pesakit dengan ketekalan yang teguh," kata Denny Lanfear, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Coherus. "Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Vince ke dalam pasukan Coherus ketika kami mempergiat strategi pembangunan dan pengkomersilan pada peringkat global merentasi portfolio kami."

"Saya amat berbesar hati dapat menyertai pasukan Coherus dan berharap dapat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan capaian pesakit kepada pelbagai ubat-ubatan yang penting," kata En. Anicetti. "Pasukan pengurusan kami amat komited terutama sekali untuk menyediakan produk berkualiti terbaik. Peluang untuk memimpin pembangunan Sistem Kualiti kami di Coherus merupakan suatu penghormatan."

En. Anicetti menyertai Coherus dengan latar belakang yang luas dalam membangunkan dan turut memimpin organisasi Kualiti Biofarmaseutikal. Baru-baru ini, beliau telah menjawat jawatan Pengarah Eksekutif Kualiti untuk kemudahan California Boehringer-Ingelheim, yang bertanggungjawab terhadap Kualiti dan Kimia Kawal Selia, Pengeluaran serta Kawalan di tapak. En. Anicetti turut menghabiskan masa selama 30 tahun bersama Genentech dan telah memegang beberapa jawatan pimpinan kanan dalam bidang Kualiti, Hal Ehwal Kawal Selia dan juga Pengurusan Portfolio Projek, termasuk sebagai Naib Presiden Kualiti Biologi untuk Genentech serta tapak pengeluaran Roche Biologics di serata dunia. En. Anicetti juga merupakan profesor adjung di Institut Siswazah Keck yang mengajar kelas tentang Kualiti Biofarmaseutikal dan Hal Ehwal Kawal Selia CMC. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Persatuan Ubat Parenteral dan memainkan peranan dalam Lembaga Yayasan Universiti San Francisco State (SFSU). En. Anicetti mempunyai ijazah BA serta ijazah MS dalam bidang sains biologi daripada Universiti San Francisco State.

Latar Belakang Coherus BioSciences, Inc.

Coherus merupakan syarikat platform biologi yang menerajui bidangnya dengan memberi tumpuan terhadap usaha menyediakan ilmu terapi biosimilar berkualiti tinggi yang dapat melanjutkan capaian pesakit kepada ubat-ubatan yang dapat mengubah kehidupan di seluruh dunia. Beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan telah ditubuhkan oleh sekumpulan perintis bioteknologi yang membantu membangunkan industri bioterapeutik generasi pertama Amerika, Coherus telah menghasilkan model perniagaan kolaboratif yang memanfaatkan konsortium penyedia perkhidmatan yang strategik menerusi pemilikan dan juga insentif bersama. Perkongsian pengkomersilan global Coherus ini terdiri daripada syarikat biofarmaseutikal terbaik di Eropah, Asia serta Amerika Latin.

Biosimilar bertujuan untuk digunakan bagi menggantikan agen biologi berjenama sedia ada untuk merawat pelbagai penyakit kronik dan biasanya mengancam nyawa, serta mempunyai potensi untuk mengurangkan kos dan turut melanjutkan capaian pesakit.

Hubungi – Beth Jimisonbjimison@coherus.com +1.650.649.3526

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120507/SF01448LOGO

Source: Coherus Biosciences, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements