omniture

SCE 2023 Pamerkan Inovasi China dalam NEV Terhubung Pintar

iChongqing
2023-09-04 20:26 109

CHONGQING, China, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing- Ekspo China Pintar 2023 (SCE 2023) bersiap sedia untuk dilancarkan mulai 4 hingga 6 September di Pusat Ekspo Antarabangsa Chongqing, dengan topik-topik tahunan termasuk Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) Terhubung Pintar dan China Digital, seperti yang diumumkan di sidang akhbar baru-baru ini.

All the 7 exhibition halls of the Smart China Expo 2023 open to the media on 3rd September. (Photo Luo Jia)
All the 7 exhibition halls of the Smart China Expo 2023 open to the media on 3rd September. (Photo Luo Jia)

Ekspo pada tahun ini membincangkan tentang revolusi pengangkutan pintar melalui penambahan seperti penjadualan trafik masa sebenar, tempat letak kenderaan pintar dan pengurusan digital kenderaan. Mencakupi 12 sub-bidang, termasuk bateri kuasa dan kokpit pintar, Ekspo berkenaan turut menghimpunkan lebih 310 usahawan industri yang ulung seperti Changan dan Seres.

Pada hadirin boleh mengharapkan pandangan daripada ahli akademik Cina tersohor dan peneraju industri daripada syarikat-syarikat gergasi seperti STMicroelectronics, Dassault Systèmes dan Ford. Satu sesi dialog yang membawakan para eksekutif kanan daripada Microsoft, IBM dan Tencent akan turut diadakan untuk mendalami tentang aplikasi komersial model AI dan pertumbuhan industri berhubung rangkaian pintar.

Bahagian Peralatan dan Pembuatan Pintar akan menonjolkan penemuan teknologi dalam robot pintar dan sensor berkejituan tinggi, menampilkan 69 syarikat gergasi industri seperti China Aerospace Science and Industry Corporation Limited dan China Electronics Technology Group Corporation.

Penekanan khusus pada Data Raya, AI dan pengkomputeran awan memacu Generasi Baharu bahagian IT, menghimpunkan 43 perusahaan utama termasuk Huawei, Alibaba dan China Unicom. Sektor ini berbicara tentang penggunaan teknologi dalam memajukan bandar, bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan secara realiti.

Ekspo tersebut menggesa peneraju alat ganti auto global, termasuk Bosch dan CATL serta syarikat-syarikat gergasi daripada lingkungan NEV, seperti BMW, BYD dan NIO untuk mengambil bahagian. Tambahan pula, 27 duta negara yang mewakili negara-negara seperti Mexico dan Argentina bersedia untuk mengambil bahagian dengan acara kemuncak Pertandingan Inkubasi Perniagaan Sino-Swiss yang membawakan lebih 20 pasukan global.

Singapura menaja bersama SCE dengan aktif sejak tahun 2020 dan akan meneruskan perkongsiannya mulai tahun 2023 hingga 2025. "Singapura, menjadi tuan rumah bersama untuk acara pada tahun ini, akan menunjukkan kehebatan teknologinya dengan reruai berkeluasan 1,000-meter-persegi," kata Chu Bin, Timbalan Pengarah Biro Pentadbiran Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Kesalinghubungan Strategik.

Pengunjung akan berasa sangat teruja dengan hampir 3,000 inovasi daripada lebih 480 pemimpin industri dan pendedahan NEV di sebalik tabir. Sejak dimulakan pada tahun 2018, SCE telah mencapai kejayaan yang cemerlang selama lima tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
https://www.ichongqing.info/special/smart-china-expo-2023/ 

Source: iChongqing
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things