DOHA, Qatar, 10 Jun 2014 /PRNewswire/ --
Qatar Solar Energy (QSE), syarikat tenaga boleh dibaharui yang berpusat di Qatar, hari ini memasuki pasaran suria menerusi pengumuman tentang kemudahan pengeluaran dan pembangunan teknologi suria terbesar di rantau MENA.
Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh para pegawai kerajaan, orang kenamaan asing, pemimpin industri dan alam sekitar serta tetamu kehormat yang akan menjadikan Qatar sebagai salah satu pengeluar tenaga suria terbesar di dunia. Aktivis alam sekitar, Robert F. Kennedy Jr. dan Dr. Rajendra K. Pachauri, pengerusi Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim, turut berucap di majlis tersebut.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140608/690639-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140608/690639-b)
QSE, selari dengan Wawasan Negara Qatar 2030 yang dirancang oleh Yang Amat Mulia Amir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, menyediakan penyelesaian tenaga suria dan menghasilkan produk daripada tenaga suria yang dapat mengurangkan kebergantungan ekonomi terhadap industri bahan api hidrokarbon.
Model QSE yang inovatif menggabungkan penyelidikan, pembangunan teknologi, pengeluaran serta pembangunan dan pelaksanaan projek di bawah satu bumbung, lalu membentuk rantai nilai disepadukan secara menyeluruh daripada bahan mentah untuk pengguna akhir. Dengan menggalakkan sinergi antara bidang ini, QSE membolehkan inovasi dan penggabungan teknologi paling canggih dalam produknya dilakukan secara berterusan. Pusat Kecemerlangan Al Jazari memainkan peranan penting dalam proses ini, iaitu institusi penyelidikan QSE yang mengumpulkan pakar terbaik di rantau tersebut.
"Qatar Solar Energy dikhususkan untuk mendemokrasikan tenaga mampan dengan menyediakan penyelesaian yang mengutamakan alam sekitar bagi menangani cabaran yang mendesak dalam bidang tenaga dunia. Dengan mengurangkan kos, teknologi kami dapat memperkasa individu dan syarikat dengan tenaga elektrik yang berpatutan dalam pasaran maju dan pasaran baru muncul," kata Salim Abbassi, Ketua Pegawai Eksekutif QSE. "Ini merupakan pencapaian penting untuk Qatar dan membuktikan rantau ini dapat menerajui industri ini yang akan menjamin tenaga mampan untuk masa depan generasi akan datang."
QSE turut mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian dengan Jermyn Capital pada hari ini untuk membekalkan tenaga suria sebanyak 150MW kepada pasaran Jepun, serta perjanjian dengan Power Capital untuk membekalkan tenaga suria sebanyak 150MW kepada pasaran Thailand. QSE telah dipilih sebagai pembekal pilihan tenaga suria atas kemampuannya untuk menyediakan penyelesaian tenaga suria berkecekapan lebih tinggi pada kos yang lebih rendah, dengan rancangan untuk terus bekerjasama bagi masa depan kedua-dua syarikat dengan melibatkan pelbagai inisiatif tenaga suria.
QSE telah mencapai kapasiti suria sebanyak 300 Megawatt untuk terus melanjutkan penghasilannya kepada 2.5 Gigawatt. Bagi meningkatkan kos dan kecekapan, QSE sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat teknologi tenaga suria yang menerajui dengan pengkhususan dalam teknologi jongkong, wafer, sel, modul serta pelaksanaan. Kini, QSE menghasilkan produk inovatif yang dipatenkan, direka khusus untuk rantau selatan Amerika Syarikat. Produk QSE untuk pasaran baru muncul direka bentuk dengan kualiti, keandalan serta prestasi yang sama atau lebih baik berbanding produk yang boleh didapati bagi pasaran maju. Dengan mengurangkan kos dan turut meningkatkan kecekapannya, QSE memacu pendemokrasian dan penggunaan tenaga boleh dibaharui di serata dunia.
Latar Belakang Qatar Solar Energy (QSE)
Qatar Solar Energy (QSE) adalah dikhususkan untuk membantu memenuhi keperluan tenaga boleh dibaharui yang semakin meningkat bagi negara maju dan negara membangun. Sebagai pembekal tenaga suria yang maju di dunia, model inovatif QSE memastikan individu dan perniagaan di setiap benua mempunyai capaian kepada tenaga boleh dibaharui pada atau di bawah pariti grid. QSE membangunkan dan turut menyempurnakan teknologi suria paling maju di dunia secara lancar dengan mengumpulkan penyelidikan, pembangunan teknologi, pengeluaran serta pembangunan dan pelaksanaan projek di bawah satu bumbung, membentuk rantai nilai yang disepadukan sepenuhnya daripada bahan mentah untuk pengguna akhir. QSE turut bekerjasama dengan pembekal teknologi tenaga suria yang menerajui serta institusi penyelidikan termasuk Meyer Burger, Eurotron, GT Advanced Technologies, Tempress, Asys, RENA, Rofin, Teamtechnik, Reis Robotic, ECN, Sunpreme dan banyak lagi.
SUMBER Qatar Solar Energy