omniture

Qihoo 360 bakal Mengetengahkan Enjin "Orion" Revolusioner 360 Security semasa Ekspo Asia Mudah Alih 2014

Qihoo 360 Technology Co. Ltd.
2014-06-10 00:42 102

BEIJING, 10 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Qihoo 360 Technology Co. Ltd., syarikat keselamatan Internet terbesar China, akan mempamerkan rangkaian produk antarabangsa penuh mereka semasa Ekspo Asia Mudah Alih 2014 (Dewan 2, N2.D60), yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun di Shanghai. Sewaktu acara ini, Qihoo 360 akan memperkenalkan buat julung kalinya enjin "Orion" revolusioner 360 Security, dan juga akan menunjukkan teknologi mereka yang menerajui industri serta produk inovatif lain.

Enjin "Orion" 360 Security meningkatkan kepantasan pengimbasan sebanyak lebih tiga kali kepantasan sebelumnya, sementara teknologi pengimbasan petikan milisaat "Retina" mereka meningkatkan lagi prestasi pengimbasan sistem. Produk penting lain yang bakal dipamerkan semasa Ekspo Asia Mudah Alih 2014 termasuklah 360 Browser dwiteras yang ultra pantas, kedai app berasaskan Android No. 1 di China, 360 Mobile Assistant, serta produk keselamatan komputer peribadi utama Qihoo 360, 360 Total Security. Tambahan lagi, Qihoo 360 bakal memperkenalkan versi terkini peranti pintar mereka.

Mulai Mei 2013, Qihoo 360 telah memperkenalkan produk canggih mereka dalam pasaran luar negara, dan telah menyaksikan kemajuan yang sangat pesat setakat ini di Asia Tenggara dan juga Amerika Selatan. Setakat 31 Mac 2014, Qihoo 360 mempunyai 479 juta pengguna komputer peribadi dan 538 juta pengguna telefon pintar.

Latar belakang Qihoo 360

Qihoo 360 Technology Co. Ltd. (NYSE: QIHU) ialah syarikat Internet yang menerajui di China. Syarikat itu juga merupakan penyedia nombor satu untuk produk keselamatan Internet dan mudah alih di China, berdasarkan pengguna tetap mereka, menurut iResearch. Qihoo 360 turut menyediakan titik capaian selamat untuk para pengguna agar dapat melayari Internet melalui pelayar web peneraju pasaran mereka serta kedai aplikasi. Syarikat itu telah membina salah satu platform Internet terbuka yang terbesar di China dan turut mengewangkan jumlah pengguna tetap mereka yang sangat besar terutamanya melalui pengiklanan dalam talian dan juga melalui perkhidmatan tambah nilai Internet pada platform terbuka mereka.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.360safe.com.

Facebook: www.facebook.com/360safecenter

Muat turun 360 Security di: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.qihoo.security&referrer=104676

Source: Qihoo 360 Technology Co. Ltd.
Related Stocks:
NYSE:QIHU
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news