omniture

AziPac Limited dengan Bangganya Mengumumkan Perjanjian Usaha Sama dengan Mitra Energy Limited bagi 40% Modal dalam Bone PSC, Luar Pesisir Indonesia

AziPac Ltd.
2014-06-10 00:52 136

HAMILTON, Bermuda, 10 Jun 2014 /PRNewswire/ -- AziPac Limited ("AziPac"), syarikat E&P (cari gali & penghasilan) dengan sokongan Seacrest Group, yang bertumpu pada kawasan luar pesisir lembangan maritim Asia Pasifik dan Teluk Bengal, dengan bangganya mengumumkan ia telah beroleh penyertaan modal sebanyak 40 peratus dalam Bone PSC luar pesisir Indonesia.

Di bawah syarat perjanjian itu, AziPac, menerusi syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya iaitu Azimuth Indonesia Limited, akan beroleh 40 peratus daripada penyertaan modal dalam Bone PSC.

Setelah perjanjian tersebut selesai, penyertaan modal dalam PSC adalah seperti berikut:

Bone PSC

Mitra Energy (Indonesia Bone) Ltd   

60%

Azimuth Indonesia Limited

40%

Perjanjian tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Kerajaan Indonesia.

Bone PSC bertempat di Teluk Bone, di luar pesisir Sulawesi Selatan dan terletak di kedalaman air berjarak lebih 2,000 m dari bahagian pantai. Blok tersebut meliputi kawasan seluas 7,516 km², bersamaan dengan kira-kira 327 blok Teluk Mexico atau 31 blok Laut Utara Tengah UK.

David Sturt, Pengarah AziPac, mengulas:

"Kami amat berbangga dapat menyertai Mitra dalam blok yang menguja ini. Kawasan Bone PSC beroleh manfaat daripada sistem petroleum yang sangat prospektif, serta kedudukan geografi yang ideal dalam pasaran serantau. Kami berharap dapat terus memajukan penerokaan serta pembangunan aset berpotensi tinggi ini."

Nota kepada Editor: 

Seacrest Capital Group merupakan pelabur tenaga yang menerajui dengan pengkhususan dalam bidang usaha cari gali luar pesisir dengan memanfaatkan hubungan dan aset proprietari untuk membina portfolio global berkepelbagaian yang terdiri daripada syarikat cari gali minyak dan gas yang bertumpu di kawasan serantau. Sejak tahun 2011, Seacrest Capital Group telah melabur dalam sejumlah syarikat permulaan yang berjaya di United Kingdom dan Laut Utara Norway, Afrika Barat, Ireland serta Asia Tenggara. Hasil daripada sokongan Seacrest, AziPac kini berada dalam kedudukan yang mantap bagi memanfaatkan pelbagai peluang selanjutnya di kawasan luar pesisir Asia Pasifik dan juga Teluk Bengal.

SUMBER  AziPac Ltd.

Source: AziPac Ltd.
Keywords: Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements