omniture

"With Saudi, Go Global" Huawei Cloud Lancar Perkhidmatan di Arab Saudi

Huawei
2023-09-06 01:17 106

RIYADH, Arab Saudi, 6 September 2023 /PRNewswire/ -- Huawei Cloud mengumumkan pelancaran Huawei Cloud Wilayah Riyadh hari ini di Sidang Kemuncak Huawei Cloud Arab Saudi 2023. Wilayah ini akan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diterajui oleh digital di negara ini.

Pelancaran Huawei Cloud Wilayah Riyadh mengumumkan bahawa Wilayah Arab Saudi akan menjadi tumpuan Huawei Cloud dalam menawarkan perkhidmatan di Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika, bagi menyediakan perkhidmatan awan yang inovatif, andal, terjamin dan mampan. Pencapaian ini menekankan dedikasi Huawei CLOUD yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong Visi 2030 Arab Saudi, sejajar dengan matlamat kemajuan teknologi, kepimpinan dan inovasi negara ini yang bercita-cita tinggi.

T.Y.T. Jurutera Haitham bin Abdul Rahman Al-Ohali, Naib Menteri di Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (MCIT) di Arab Saudi, berkongsi perspektif beliau mengenai pencapaian yang amat besar ini: "Huawei ialah rakan kongsi yang berbangga dengan kemajuan teknologi negara kami yang pernah bekerjasama dengan Kementerian, penyedia perkhidmatan, perusahaan dan universiti dalam pelbagai usaha kolektif menuju transformasi digital. Kami mengharapkan impak transformatif yang akan dibawakan oleh Huawei Cloud Wilayah Riyadh ke atas ekosistem digital kami, lalu mewujudkan jalan baharu untuk mencapai inovasi dan pertumbuhan."

Wilayah Riyadh menyediakan beberapa manfaat kepada pelanggan. Pertama, wilayah ini menterjemahkan kepakaran global Huawei berhubung transformasi digital kepada kecemerlangan industri-industri, lalu menjadikan inovasi lebih mudah dan lebih pantas. Huawei Cloud Wilayah Saudi terletak di Riyadh dan melalui seni bina 3AZ (zon ketersediaan), ia akan menyediakan perkhidmatan awan yang amat tersedia dan terjamin, memastikan operasi stabil pelbagai perkhidmatan. Di samping itu, Wilayah ini dapat menyediakan perkhidmatan awan tindanan penuh, termasuk infrastruktur, pangkalan data, bekas, data raya dan perkhidmatan AI bagi memenuhi keperluan pelbagai industri.

Berdasarkan kepada seni bina keandalan tinggi 3AZ, Wilayah Riyadh dapat menyediakan kependaman yang rendah, meliputi semua rangkaian pembawa sedia ada yang dikuasakan oleh STC, Zain dan Mobily. Pusat data tempatan akan menyimpan data secara setempat selaras dengan peraturan data tempatan. Syarikat ini akan turut melancarkan 68 perkhidmatan awan dalam tiga kategori – data, AI dan natif awan.

Steven Yi, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Huawei Wilayah Timur Tengah dan Asia Tengah, berkata: "Saya menghargai pelbagai detik yang tidak dapat dilupakan di dalam negara yang luar biasa ini. Baru semalam, berjalan melalui Diriyah yang baru diubah suai membangkitkan emosi saya yang mendalam. Ia mengingatkan kepada saya pepatah Cina lama: 'Buatlah sarang yang betul, burung Phoenix akan datang.' Intipatinya jelas: wujudkan persekitaran menarik dan anda akan dapat menarik minat yang terbaik. Ini tidak dapat dinafikan benar untuk Saudi, sebuah negara yang tekal menarik minat pelabur terkemuka."

Syarikat ini mendedahkan bahawa Huawei Cloud akan menggunakan beberapa teknologi yang utama dalam industri untuk memajukan kecerdasan buat Arab Saudi, termasuk Pangu Models 3.0, yang dapat menangani cabaran penggunaan AI, memanfaatkan pandangan industri untuk meningkatkan keupayaan AI merentas sektor-sektor seperti kewangan, kerajaan, pembuatan dan banyak lagi. Pangu Models 3.0 akan menyambut era inovasi yang baharu dalam Kerajaan ini sambil mempercepatkan pempelbagaian ekonomi.

Di Sidang Kemuncak Huawei Cloud Arab Saudi 2023, syarikat ini turut melancarkan program "Saudi Arabia Go Cloud Go Global" ("Arab Saudi Menuju Awan Menuju Global") untuk menghubungkan perusahaan-perusahaan Cina dan Saudi, lalu memupuk pertumbuhan dan inovasi. Syarikat ini akan memanfaatkan pengalamannya yang kukuh berkhidmat di lebih 170 negara dan wilayah, pelbagai industri, teknologi canggih dan penyelesaian untuk membantu perusahaan-perusahaan Cina menembusi Arab Saudi serta meningkatkan perkongsian dengan pihak berkepentingan tempatan.

Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Penjualan Global Huawei Cloud berkata, "Huawei Cloud meletakkan sasaran tinggi, menyasarkan global dan menyasarkan di sini iaitu di Arab Saudi. Wilayah Arab Saudi akan menjadi fokus kami dalam menawarkan perkhidmatan kepada Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika, menyediakan perkhidmatan awan yang inovatif, andal, terjamin dan mampan. Kami berharap dapat mencipta pilihan yang lebih baik untuk memajukan kecerdasan. Awan ini memberi lebih banyak pilihan kepada anda untuk kekal inovatif, inklusif dan terbuka. Awan ini akan membantu anda berjaya dalam era digital dan pintar. Awan ini untuk semua orang."

Di acara tersebut, syarikat ini turut mengumumkan bahawa Huawei Cloud akan melatih 200,000 pemaju di Arab Saudi dalam lima tahun akan datang. Ia juga akan membina penyelesaian bersama dengan 1,000 rakan kongsi tempatan dan melancarkan Huawei Cloud Startup Program (Program Syarikat Pemula Huawei Cloud) untuk membantu 2,000 syarikat pemula berkembang

Eric Yang, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Arab Saudi, berkata: "Kami dengan bangganya melancarkan Huawei Cloud Wilayah Riyadh hari ini. Ia telah menjadi satu perjalanan yang hebat buat kami di Arab Saudi sejak 20 tahun yang lalu. Huawei merupakan pembina untuk masyarakat pintar, penyumbang kepada ekonomi yang berkembang maju dan pemupuk untuk ekosistem bakat yang sejahtera. Menuju tahun 2030, kami akan tetap menumpukan perhatian untuk terus menyediakan sambungan merata, tenaga hijau, pengkomputeran awan pervasif dan keupayaan AI untuk Arab Saudi membuka peluang tanpa had dalam era digital baharu."

Huawei Arab Saudi ditubuhkan pada tahun 2002 dan memainkan peranan penting dalam transformasi digital Arab Saudi. Sepanjang tempoh 19 tahun, Huawei berkolaborasi dengan penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) serantau bagi memberi jaminan rangkaian yang andal untuk Jemaah Haji di Arab Saudi tanpa insiden. Syarikat ini turut menyokong pelancaran 5G dalam Kerajaan ini, lalu membolehkan negara ini menjadi salah satu pasaran 5G perintis di dunia. Huawei telah membantu menghubungkan 3.5 juta orang di kawasan luar bandar, mencipta 20,000 peluang pekerjaan tempatan dan memupuk 10,000 bakat ICT untuk Arab Saudi.

Di bawah strategi "Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan", Huawei Cloud memberi tumpuan untuk menjadi asas awan dan pengupaya pendigitalan industri, bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 170 negara dan wilayah seluruh dunia.

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Cloud Computing / Internet of Things