omniture

Amelie Vidal-Simi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Henkel France, Dianugerahkan Prix EDHEC 2014

EDHEC Business School
2014-06-11 01:25 145

PARIS, 11 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Cik Amelie Vidal-Simi telah menerima Prix EDHEC 2014 – anugerah tahunan yang disampaikan oleh Persatuan Alumni EDHEC – semasa majlis yang diadakan di kampus kolej perniagaan itu di Paris.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/71400550-amelie-vidal-simi-henkel-awarded-prix-edhec

Sejak tahun 1983, anugerah itu telah disampaikan kepada bekas penuntut yang, melalui tindakan profesional atau persendirian mereka, telah melakukan yang terbaik untuk mempromosikan reputasi EDHEC pada peringkat tempatan, negara serta antarabangsa.

Cik Vidal-Simi telah mula menjalankan tugas baharu beliau sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Henkel France pada 1 Mac 2013.

Cik Vidal-Simi telah memulakan kerjaya beliau dengan Henkel pada tahun 1990 sebagai pengurus produk yang menyelia jenama detergen yang berbeza. Beliau telah diangkat menjadi ketua pemasaran pada tahun 1996, sebelum beliau dilantik sebagai pengarah pemasaran pada tahun 2000. Sebagai sebahagian daripada misi beliau sebagai ketua jualan, beliau juga menyelia akaun antarabangsa penting seperti Carrefour World Trade, Auchan International dan juga IRTS.

Pada bulan Oktober 2009, beliau telah dilantik menjadi ketua pengarah divisyen glu dan pelekat untuk orang awam serta pakar profesional pembinaan, dan turut menyertai jawatankuasa eksekutif untuk Henkel France.

Sejak tahun 2012, Cik Vidal-Simi juga telah menguruskan glu dan pelekat untuk orang awam dan golongan profesional untuk Henkel Benelux.

Dengan penerimaan Prix EDHEC 2014 ini, Cik Vidal-Simi menggantikan pemenang tahun lepas Michael Burke, EDHEC 1980, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton.

"Amelie Vidal-Simi mewakili kejayaan dan kebolehsuaian para siswazah kami dalam syarikat antarabangsa yang kami ingin pupuk dalam para siswazah kami. Alumni kami ialah duta terbaik yang kami ada kerana mereka menjadi contoh kualiti tinggi pendidikan Kolej Perniagaan EDHEC dan juga nilai tanggungjawab serta inovasi yang telah disampaikan oleh kolej kami kepada para siswazah kami selama lebih 100 tahun," kata Olivier Oger, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EDHEC Group.

Statistik Alumni EDHEC

Alumni EDHEC ialah persatuan yang mewakili siswazah Kolej Perniagaan EDHEC
Alumni EDHEC mewakili 25 000 siswazah di 120 negara
Alumni EDHEC menganjurkan 400 acara setiap tahun
Alumni EDHEC menyediakan kaunseling kerjaya kepada 300 mahasiswa dan mahasiswi setiap tahun
Alumni EDHEC menyediakan 8 000 tawaran kerja kepada siswazah baharu setiap tahun

Latar belakang Kolej Perniagaan EDHEC

6,200 pelajar dan 10,000 pengurus meneruskan pembangunan profesional
17 program ijazah dasar: ESPEME  program ijazah sarjana muda, Ijazah dalam Pengurusan serta MSC
2 MBA, 1 PhD dalam Kewangan
23,000 peserta dalam kuliah dan bengkel yang dianjurkan di 28 pusat kewangan seluruh dunia
Lebih 25,000 siswazah di 120 negara
142 pensyarah tetap (49 peratus daripada mereka pensyarah antarabangsa) dan 810 pensyarah sambilan
13 jawatan penyelidikan
Belanjawan sebanyak 85 juta euro, satu pertiga daripadanya datang daripada perniagaan dan 20 peratus daripadanya dilaburkan dalam penyelidikan
5 kampus (Lille, Nice, Paris, London serta Singapura)
Tiga akreditasi oleh EQUIS - AACSB - AMBA

Kolej Perniagaan EDHEC ingin mendapatkan pengiktirafan untuk impak penyelidikannya dan program akademiknya, dan untuk idea serta kaedah inovatif yang disediakannya kepada perniagaan. Matlamat ini, yang diringkaskan dengan moto 'EDHEC untuk Perniagaan', ditekankan lagi melalui penyelidikan akademik yang cemerlang, keputusannya dikongsi bersama para pelajar melalui program akademik EDHEC (MSc, PhD, MBA, dan sebagainya), serta dengan dunia perniagaan dan masyarakat secara keseluruhannya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Kolej Perniagaan EDHEC, sila lawati http://www.edhec.com.

SUMBER  Kolej Perniagaan EDHEC

Source: EDHEC Business School
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Awards