omniture

In de Wulf Dinamakan Restoran #1 di Eropah

Opinionated About Dining
2014-06-11 02:12 146

-- Opinionated About Dining Mengumumkan 100 Restoran Eropah Teratas bagi tahun 2014

NEW YORK, 10 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Steve Plotnicki dan Opinionated About Dining dengan rasminya mengumumkan senarai 100 Restoran Eropah Teratas tahun ini yang menampilkan restoran dari 12 negara. Lebih 4,300 penggemar makanan telah menyumbang lebih 140,000 ulasan sebagai sebahagian daripada kaji selidik tahun ini – paling banyak setakat ini.

Senarai 2014 tersebut memperkenalkan senarai "10 Teratas" baharu dengan In de Wulf (Dranouter, Belgium) berada di kedudukan pertama; La Maison Troisgros (Roanne, Perancis) di kedudukan kedua; Quique Dacosta Restaurante (Denia, Sepanyol) di kedudukan ketiga; 41 Degrees (Barcelona) naik daripada tangga kesembilan belas kepada kedudukan keempat; Le Louis XV-Alain Ducasse (Monte-Carlo, Monaco) di kedudukan kelima; Restaurant Amador (Mannheim, Jerman) naik daripada tangga kesembilan kepada kedudukan keenam; noma (Copenhagen, Denmark) di kedudukan ketujuh; The Fat Duck Restaurant (Bray-on-Thames, UK) di kedudukan kelapan; L'Astrance (Paris) di kedudukan kesembilan; manakala L'Arpege (Paris) pula berada di kedudukan kesepuluh.

"Saya tidak sabar-sabar menunggu gaya yang menjadi arah aliran dan jenis hidangan dalam senarai Eropah – ia benar-benar berpandangan jauh dan senarai tahun ini tidak jauh berbeza memandangkan para pengundi kami dari Eropah menunjukkan mereka berada dalam kedudukan makan kontemporari yang terkini seperti yang digambarkan menerusi undian mereka agar In de Wulf berada di kedudukan pertama," jelas Plotnicki. "Terdapat juga kebangkitan semula minat terhadap restoran yang menghidangkan masakan Perancis klasik."

Restoran baharu yang turut diiktiraf pada tahun ini termasuklah Azurmendi, Larrabetzu, Sepanyol (19); Maaemo, Oslo, Norway (49); Andreas Caminada, Furstenau, Switzerland (54); Tim Raue, Berlin, Jerman (62); Passage 53, Paris (71); Restaurant Bareiss, Baiersbronn, Jerman (72); Oaxen Krog & Slip, Stockholm, Sweden (79); Marcus, London (97); dan juga Yam'Tcha, Paris (100).

"Senarai tahun ini turut memperkenalkan senarai 'Just Missed' pertama kami yang memberi para pembaca tinjauan tentang para pesaing untuk tahun hadapan," sambung Plotnicki.

Kaji selidik OAD ini bergantung pada tindakan memanfaatkan pengalaman dan pandangan para pengunjung yang amat meminati tempat hidangan yang mereka pilih. Metodologi yang digunakan adalah dengan memberikan nilai tertentu kepada setiap restoran berdasarkan faktor seperti harga dan jenis pengunjung yang berjaya ditarik serta memberi penilaian kepada pengulas berdasarkan kuantiti dan kualiti restoran yang telah dilawati oleh seseorang pengulas itu.

Steve Plotnicki merupakan penulis blog OAD dan Opinionated About U.S. Restaurants 2011. Beliau akan muncul dalam dokumentari "Foodies" yang bertumpu pada subbudaya tempat makanan baik yang dikunjungi oleh penggemar makanan, yang akan disiarkan pada penghujung tahun ini. Beliau kini bertanggungjawab menerbitkan rancangan TV yang akan memaparkan bahan dari Amerika dan tukang masak yang menyediakannya.

Source: Opinionated About Dining
Keywords: Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel Survey, Polls & Research