![]() |
DIREKA UNTUK MELANGKAUI BATASAN
NEW YORK, 6 September 2023 /PRNewswire/ -- TUMI, jenama pengembaraan dan gaya hidup antarabangsa terkemuka, hari ini memperkenalkan penerokaan terbarunya dalam wangian lelaki yang mewah, TUMI 19 Degree. Diilhamkan oleh prestasi dan ketepatan Koleksi Aluminium 19 Degree daripada jenama ini yang ikonik secara serta-merta, wangian ini lahir daripada keinginan yang tidak berkesudahan terhadap penemuan, reka bentuk dan inovasi. TUMI 19 Degree menyampaikan pengalaman deria yang unik yang dibangunkan bagi mengatasi sebarang perkara yang dilalui oleh kehidupan. Digabungkan dengan teknologi tahan lama kami yang dipatenkan, TUMI 19 Degree mendorong batasan penerokaan terhadap bahan-bahan baharu dalam mencipta lambang kecemerlangan.
"Kami teruja untuk melancarkan wangian TUMI 19 Degree dengan mengembangkan portfolio wangian kami bagi merangkumi sejumlah tujuh jenis bauan yang hebat," kata Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz. "Botol yang direka bentuk dengan terperinci ini mencerminkan prinsip estetik yang sama yang terdapat dalam koleksi pengembaraan 19 Degree kami yang ikonik – suatu gabungan yang harmoni antara kekuatan dan kebendaliran yang disediakan dengan sempurna bagi menemani anda dalam setiap perjalanan."
TUMI 19 Degree ialah wangian ambar, kayu, kulit yang kuat yang mendedahkan sifatnya yang menggoda kerana bahan-bahan berkualiti ini digabungkan dan kontras dengan hebat. Mentafsir kemaskulinan yang menakjubkan melalui nota yang canggih dan menyegarkan, TUMI 19 Degree menzahirkan aura kesungguhan dan bertenaga, semuanya pada masa yang sama. Wangian ini dimulai dengan nota bergamot dan thyme yang digandingkan dengan bauan eksotik yang kuat daripada safron untuk memberikan kontras yang unggul dan serta-merta. Perasaan ketagihan muncul dengan nota raspberi hitam yang menarik dan sedap serta suede yang membuatkan ketagihan, diselubungi oleh kesegaran air birch. Ketika wangian semakin kering, nota kulit sensual mencabar persepsi deria bau anda apabila dicampur dengan kehangatan cendana dan kesturi hitam yang mendedahkan kuasa yang kaya dan menarik yang menjadi lambangnya.
Nota wangian TUMI 19 Degree
Nota Atas: Bergamot, Safron, Thyme
Nota Tengah: Rasberi Hitam, Sued, Air Birch
Nota Asas: Kulit, Cendana, Kesturi Hitam
Bagi meraikan pelancaran ini, TUMI akan membawa wangian mereka melalui perjalanan di seluruh dunia, mengembara ke luar negara bersama sepuluh orang pempengaruh yang berpangkalan di NYC ke London untuk sebuah majlis makan malam akhbar yang intim dan majlis pelancaran sebagai rakan kongsi rasmi London Fashion Week.
TUMI 19 DEGREE dengan botol bersaiz 100 ml dijual pada harga $175 di TUMI.com, kedai TUMI dan peruncit terpilih di seluruh dunia. Sila layari TUMI.com dan ikuti @TUMITravel untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tentang TUMI
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta barangan keperluan perniagaan, pelancongan dan barangan berprestasi yang bertaraf dunia dan mewah, yang direka untuk menaik taraf, mempermudah dan memperelokkan semua aspek kehidupan individu yang sedang dalam perjalanan. Menggabungkan fungsi yang sempurna dengan semangat penuh kebijaksanaan, kami komited untuk memperkasakan perjalanan sebagai rakan sepanjang hayat bagi para pengembara dalam mengejar impian mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TUMI, sila layari TUMI.com. TUMI dan logo TUMI ialah tanda dagangan berdaftar bagi Tumi, Inc. © 2023 Tumi, Inc.
Tentang The Fragrance Group
Fragrance Group telah dibangunkan sebagai pengedar AS yang eksklusif untuk kumpulan terpilih wangian istimewa yang berprestij. Kami adalah pemegang lesen yang berbangga untuk TUMI, Christian Siriano Perfumes dan Thalia Sodi Fragrances, Pengedar Global untuk Banana Republic dan Pengedar AS untuk Tiziana Terenzi, Lalique Parfums, Nishane dan Tous. Malah pada September 2022, kami kini merupakan pengasas yang berbangga bagi jenama wangian kami yang pertama iaitu MIND GAMES. Sila layari so-avant-garde.com dan @fragrancegroup di Instagram, Facebook, dan Twitter untuk maklumat lanjut.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2202191/TUMI_19_Degree_Fragrance_campaign_image.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2202192/tumi_logo__2_Logo.jpg?p=medium600